[83] He Fall First

2.8K 160 25
                                    

Puan Fatinah kelihatan sangat terkejut saat melihat Kimi Zarif dan Saleha yang balik ke rumah dengan keadaan basah kuyup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Fatinah kelihatan sangat terkejut saat melihat Kimi Zarif dan Saleha yang balik ke rumah dengan keadaan basah kuyup. Saat di soal, Kimi Zarif hanya mendiamkan diri. Puan Saleha hanya mampu menggeleng.

Puan Fatinah mengarahkan Saleha dan Kimi Zarif untuk membersihkan diri. Mereka berdua pun terus mengambil haluan masing-masing seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selepas selesai membersihkan diri, Saleha terus pergi ke bilik Puan Fatinah untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian tadi.

Saleha berniat ingin berterima kasih kepada Kimi Zarif kerana sudah membantunya tadi. Puan Fatinah memberitahu Saleha bahawa Kimi Zarif sedang melakukan siaran langsung di instagram untuk merayakan sesuatu. Kimi Zarif berharap tiada sesiapa yang akan menganggunya saat dia melakukan siaran langsung tersebut.

Puan Fatinah mengarahkan Saleha untuk berehat kerana tidak mahu pembantu kesayangannya itu sakit. Saleha meminta diri untuk pergi ke biliknya sebelum dia meninggalkan bilik Puan Fatinah. Saleha rasa bersyukur kerana mempunyai majikan yang baik hati seperti Puan Fatinah. Saleha tidak tahu Kimi Zarif mengikuti sikap siapa, yang pasti Puan Fatinah dan Tuan Faith Hakimi adalah majikan yang sangat baik dan memahami.

Saleha duduk di birai katil, kejadian tadi masih segar di dalam ingatannya. Bagaimana Kimi Zarif boleh tahu tentang laluan untuk pergi ke rumah lama keluarganya? Adakah Kimi Zarif mengikuti mereka senyap-senyap? Tetapi kenapa Kimi Zarif melakukan hal itu?

Saleha mengeluh kecil, dia tidak dapat untuk memikirkan jawapan dari semua soalan itu. Saleha membuka password handphonenya lalu menekan aplikasi instagram. Saleha tiba-tiba rasa ingin tahu bagaimana sikap Kimi Zarif saat berhadapan dengan semua peminatnya.

Tidak lama selepas mencari beberapa maklumat tentang Kimi Zarif, akhirnya Saleha menemui nama akaun instagram lelaki itu. Dengan pantas Saleha masuk ke dalam ruang siaran langsung Kimi Zarif.

Kelihatan Kimi Zarif sedang duduk di sofa yang berwarna putih, latar belakangnya pula dihiasi lukisan yang cukup besar sehingga hampir menutupi dinding itu. Saleha masih kagum dengan kemewahan rumah agam milik Puan Aishah. Saleha mula terfikir tentang harga lukisan mewah itu. Mungkin kerja selama 10 tahun pun, belum tentu Saleha dapat membeli lukisan tersebut.

Entah kenapa Saleha tiba-tiba merasa seperti seorang pengintip yang sedang mencari maklumat. Saleha terus menggeleng laju, dia hanya ingin tahu bagaimana sikap Kimi Zarif di hadapan peminatnya. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Kimi Zarif tersenyum sambil membaca beberapa komen di ruang komen yang tersedia. Ternyata lelaki itu hanya bersikap dingin saat bersama dengan dirinya saja.

"You look different, are you in love?" Kimi Zarif mula membaca komen dari salah seorang peminatnya. Kimi Zarif mendiamkan diri buat seketika.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now