[39] Kaiz Ize

7.5K 353 20
                                    

Kaiz Ize masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaiz Ize masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam.

"Tuan Muda."

Panggilan dari pembantu rumah tidak dihiraukan oleh Kaiz Ize, dia terus mendaki setiap anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Kaiz!" Panggil Puan Sofee, mama kepada Kaiz Ize. Namun dia tidak menghiraukan panggilan itu.

Puan Sofee mengikuti Kaiz Ize dari belakang sehinggalah dia dapat memegang pergelangan tangan anak lelakinya itu.

"Kaiz! Dengar tak mama panggil?!"

Langkah Kaiz Ize terhenti, dia melihat ke arah Puan Sofee.

"Kenapa?" Soal Kaiz Ize tanpa riaksi di wajahnya.

"Kaiz ni dah kenapa? Dah macam mayat hidup! Lepas balik kerja Kaiz pergi mana?! Pergi kubur perempuan tu lagi?!" Wajah Puan Sofee kelihatan merah menahan marah. Kaiz Ize terus menepis tangan Puan Sofee.

Kaiz Ize mengetap rahangnya sambil menatap wajah Puan Sofee dengan wajah serius.

"Kenapa?! Nak lawan mama?!" Bergema suara Puan Sofee di ruangan itu. Semua pembantu rumah melihat ke arah mereka berdua.

Kaiz Ize terus pergi meninggalkan Puan Sofee lalu masuk ke dalam bilik,
Kaiz Ize sempat mengunci pintu bilik sebelum baring di atas katil.

Dia sangat tertekan dengan semua ini, namun dia masih mencuba untuk mengumpul semua kesabarannya.

"Kaiz! Buka pintu ni!" Puan Sofee mengetuk pintu bilik beberapa kali tapi tidak dihiraukan oleh Kaiz Ize.

"Kalau Kaiz tidur dalam bilik ni lagi, esok mama akan arahkan pembantu rumah untuk buang semua barang perempuan tu dari bilik ni!" Jerit Puan Sofee. Saat mendengar perkataan itu, Kaiz Ize terus bangun lalu membuka pintu bilik. Puan Sofee kelihatan terkejut saat melihat wajah serius anak lelakinya itu.

"Kaiz dah dengar semua yang mama cakap! Apalagi yang tak cukup?!" Jerit Kaiz Ize.

"Berani Kaiz tinggikan suara pada mama!" Jerit Puan Sofee.

"Kaiz dah penat dengan semua ni! Mama jangan masuk campur dalam hidup Kaiz lagi! Macam yang mama cakap sebelum ni, semua harta ni dah jadi milik Kaiz! Jadi Kaiz boleh halau mama bila-bila masa je Kaiz nak!"

Pang!

Puan Sofee menampar wajah Kaiz Ize. Mata Puan Sofee membulat, dia tidak menyangka dia baru saja menampar wajah anaknya.

"Kaiz.." Puan Sofee merendahkan suaranya. Rasa bersalah menghantui Puan Sofee. Kaiz Ize menyentuh pipinya yang masih sakit akhibat tamparan Puan Sofee.

Mata Kaiz Ize kelihatan merah seperti ingin menangis. Dia juga tidak menyangka bahawa dia meninggikan suara kepada Puan Sofee.

"Kalau mama nak tinggal dalam rumah ni, jangan cuba nak atur kehidupan Kaiz lagi.." Kaiz Ize berkata dengan suara pelan sebelum menutup pintu bilik itu. Puan Sofee terkedu, dia tidak menyangka anaknya akan mengatakan hal itu kepada dirinya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now