[49] Scared Of Losing You

6.9K 346 15
                                    

Damian mengerling ke arah jam tangannya, jam menunjukkan angka 1:24AM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian mengerling ke arah jam tangannya, jam menunjukkan angka 1:24AM. Damian melangkah masuk ke dalam rumah agam Puan Aishah.

Pagi tadi dia pergi ke pejabat kerana tidak mahu menganggu pertemuan antara Kaisara dan Kaiz Ize. Walaupun Kaiz Ize hanyalah anak angkat, Kaiz Ize tetaplah keluarga bagi Kaisara.

Sebenarnya Damian berniat untuk tidur beberapa hari di rumah Puan Gress kerana ingin memberi ruang pada Kaisara, namun hal itu tidak mudah seperti yang dia fikirkan. Dia sangat merindui isterinya.

Langkah Damian terhenti saat pandangannya bertemu dengan Kaisara, saat itu Kaisara sedang duduk di sofa ruang tamu. Jantung Damian berdegup kencang saat melihat wajah isterinya yang sangat dia rindui.

Damian ingin memeluk tubuh Kaisara namun dia bahkan tidak berani untuk bersuara saat melihat wajah serius Kaisara.

Damian tidak menyangka Kaisara akan menunggu dirinya pulang ke rumah. Melihat riak wajah serius Kaisara, Damian yakin bahawa Kaisara pasti sudah tahu tentang semua rahsia yang selama ini Damian sembunyikan dari dirinya.

"Sa-

"Abang dari mana?" Belum sempat Damian menghabiskan katanya, Kaisara sudah memotong. Damian telan air liur, peluh halus mengalir di dahinya.

"Abang.."

"Kenapa abang keluar tak bagi tau sayang?" Tiada senyuman di bibir Kaisara.

"Kenapa abang tinggalkan sayang?" Soal Kaisara lagi. Mata Damian membulat saat melihat cecair jernih mengalir di pipi Kaisara. Damian terus mendekati Kaisara lalu memeluk tubuh Kaisara dengan erat.

"Jadi selama ni-

"Abang minta maaf.." Damian tahu, perkataan maaf saja tidak cukup. Hati Damian bagaikan hancur berkepingan saat melihat Kaisara menangis. Dia tidak sanggup melihat air mata Kaisara mengalir kerana dirinya. Tanpa sedar air matanya juga mengalir di pipi. Dia merasa gagal untuk menjadi suami yang terbaik untuk Kaisara.

"Abang minta maaf sayang.." Damian memejamkan matanya lalu mengeratkan pelukannya seperti tidak mahu melepaskan Kaisara lagi.

"Kenapa abang tinggalkan sayang?" Kaisara sudah menangis teresak-esak di dada Damian.

"Abang tak pernah terfikir pun untuk tinggalkan sayang.." Sepatutnya dia yang merasa takut untuk kehilangan Kaisara. Sepatutnya dia yang menangis dan merayu pada Kaisara untuk tidak meninggalkannya.

"Habistu ke.. Kenapa abang pergi tak bagi tau sayang?" Soal Kaisara lagi. Damian meleraikan pelukannya lalu menatap sepasang mata indah milik isterinya. Damian mengesat air mata Kaisara menggunakan ibu jarinya lalu mencium mata Kaisara yang kelihatan merah.

"Abang tak nak ganggu sayang.. Abang tak nak jadi penghalang untuk sayang jumpa dengan keluarga sayang." Tangan Damian masih menyentuh pipi Kaisara. Selama ini dia menolak permintaan Kaiz Ize untuk bertemu dengan Kaisara kerana masih belum bersedia dengan semua ini.

Damian tahu dia pentingkan diri, dia tidak bertanya tentang kemahuan Kaisara. Mungkin Kaisara akan gembira saat bertemu dengan Kaiz Ize. Akhirnya Damian mengalah, dia juga tidak boleh menyembunyikan hal itu buat selamanya.

"Tapi abang pun keluarga sayang.. Sayang cuma ada abang.." Kaisara tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Damian terkedu saat Kaisara mengatakan hal itu. Dia menyangka bahawa Kaisara akan membenci dirinya selepas mengetahui hal sebenar.

"Abang minta maaf.." Damian mencium dahi Kaisara lalu memeluk kembali tubuh Kaisara. Dia tidak sepatutnya meninggalkan Kaisara seorang diri.. Dia hampir terlupa bahawa Kaisara memerlukan dirinya sama seperti dia memerlukan Kaisara.

"Tadi sayang dah jumpa Kaiz?" Soal Damian dengan suara lembut. Kaisara dapat merasakan tangan Damian mengusap pelan belakangannya.

"Yaa.. Kenapa abang rahsiakan semua ni dari sayang?" Soal Kaisara. Dia ingin mendengar sendiri penjelasan dari Damian.

"Abang takut sayang dah tak perlukan abang lagi.. Abang tak nak sayang tinggalkan abang.. Abang minta maaf sebab selama ni abang pentingkan diri.. Abang cuma tak nak sayang tinggalkan abang.. Abang-

"Sayang tak pernah terfikir pun nak tinggalkan abang.." Belum sempat Damian menghabiskan katanya, Kaisara sudah memotong.

"Abang minta maaf.." Hanya itu yang mampu Damian katakan. Dia tidak menyangka bahawa Kaisara akan mengatakan hal itu kepadanya selepas semua yang sudah terjadi.

"Noah ada cerita tentang Danian?" Soal Damian. Dia tahu dia tidak patut bertanya tentang hal itu, tapi sekarang dia akan jujur dengan Kaisara. Kaisara berhak untuk tahu semuanya.

"Sayang tak nak dengar.." Jawab Kaisara.

"Kenapa?" Soal Damian lagi.

"Sayang tak nak tau.." Suara Kaisara terdengar pelan.

"Sayang tak nak tau tentang masa lalu sayang.. Sayang cuma nak abang.." Kaisara mengeratkan pelukannya. Sekali lagi Damian terkedu saat mendengar jawapan dari Kaisara. Hatinya tiba-tiba terasa tenang dan bahagia. Semua hal yang menganggu fikirannya selama ini tiba-tiba terasa hilang.

Kaisara meleraikan pelukannya kerana ingin menatap wajah Damian.

"Sayang takut sangat.." Kaisara berkata sambil menatap sepasang mata indah milik suaminya.

Kaisara memandang air mata Damian yang mengalir di pipi. Pasti hal ini juga sukar untuk Damian, pasti semua ini ada kaitan dengan mimpi buruk Damian. Jika dia tahu hal ini lebih awal, mungkin dia dapat menghentikan semua hal yang menggangu fikiran suaminya itu.

"Sayang takut abang tinggalkan sayang.." Kaisara mengesat air mata Damian.

"Sayang tak nak kehilangan abang.. Sayang tak nak abang pergi lagi." Sesekali Kaisara menarik hingus yang membuat hidungnya tersumbat.

Wajah Kaisara kelihatan sangat comel saat dia menangis. Damian rasa bersalah kerana memikirkan hal itu, dia tidak sepatutnya membuat Kaisara menangis.

"Abang tak akan tinggalkan sayang.. Abang janji.. Abang akan jaga sayang, jaga baby kita sampai nafas terakhir abang." Akhirnya Damian dapat mengatakan semua itu pada Kaisara tanpa memikirkan apa-apa lagi.

Damian mendekatkan wajahnya pada wajah Kaisara kerana ingin mencium bibir isterinya. Kaisara memejamkan matanya, dia dapat merasakan bibir lembut suaminya menyentuh bibirnya. Selama beberapa saat, Kaisara membuka matanya lalu menolak dada Damian.

"Kenapa?" Soal Damian. Kaisara baru teringat bahawa ada Kimi di sofa yang berada tidak jauh dari mereka.

"Kimi.." Kaisara melihat ke arah Kimi, ternyata Kimi masih duduk diam di situ sambil melihat ke arah mereka. Kaisara terus menutup wajahnya menggunakan kedua telapak tangan kerana malu, pasti wajahnya sudah merah seperti tomato.

Damian terus melihat ke arah Kimi. Dia betul-betul tidak sedar dengan kehadiran Kimi.

Kimi hanya berniat untuk menemani Kaisara kerana tidak sampai hati membiarkan Kaisara duduk seoramg diri sehingga lewat malam. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menyaksikan adegan seperti di dalam drama dengan mata kepalanya sendiri.

"Goodnight." Kimi berdiri dari duduknya sebelum berlalu pergi meninggalkan Kaisara dan Damian di sofa ruang tamu.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now