[12] Misi Kaisara

11.5K 478 16
                                    

Kaisara menilik wajah Damian yang kelihatan berbeza tidak seperti sebelumnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara menilik wajah Damian yang kelihatan berbeza tidak seperti sebelumnya. Damian marah ke?

"Saya boleh jelaskan.." Kaisara undur satu langkah kebelakangan kerana ingin memberi jarak di antara mereka.

Damian hanya mendiamkan diri. Tatapan dingin Damian membuatkan Kaisara sedikit gugup.

"Damian marah ke?" Tanya Kaisara. Damian tetap mendiamkan diri.

"Saya minta maaf.." Kaisara meminta maaf, walaupun dia tidak tau salah apa yang telah dia lakukan.

"Kaisara.." Akhirnya Damian bersuara.

"Yaa." Jawab Kaisara laju. Lega hati Kaisara kerana Damian akhirnya bersuara. Entah kenapa dia sangat risau ketika Damian tidak berkata apa-apa.

"Kau dah minum ubat?" Tanya Damian. Kaisara mengelip-ngelipkan matanya. Dia fikir Damian akan memarahinya. Kaisara menggeleng.

"Pergilah minum ubat." Kata Damian, tiada riaksi di wajahnya.

"Baik.." Jawab Kaisara. Namun dia masih berdiri kaku di hadapan Damian.

"Kau nak berdiri dekat situ sampai besok?" Tanya Damian.

"Tak!" Kaisara tersenyum kelat sebelum keluar dari ruangan itu. Kaisara berdiri di luar bilik sambil melihat ke arah Damian.

"Damian marah ke?" Tanya Kaisara sendiri.

Kelihatan Damian sedang melihat ke arah lukisan yang ditutup kain merah itu. Tanpa berfikir panjang lagi, Kaisara terus pergi ke biliknya kerana ingin minum ubat.

~°~

Maya masuk ke dalam ruangan VVIP yang menempatkan Tuan Khaliq. Maya menutup pintu lalu pergi ke arah katil Tuan Khaliq. Kelihatan Tuan Khaliq yang masih terbaring kaku di katil hospital.

Maya memegang tangan Tuan Khaliq sambil melihat ke arah jarum yang tercucuk di tangan kiri Tuan Khaliq. Maya tidak tahu keadaan akan menjadi seteruk ini. Tuan Khaliq tidak pernah memberitahunya bahawa Tuan Khaliq mempunya sakit jantung.

Doctor mengatakan bahawa Tuan Khaliq terkena serangan jantung kerana terkejut. Nasib baiklah Tuan Khaliq masih boleh diselamatkan.

'Ini semua sebab Natali.' Bisik hati kecil Maya.

~°~

Setelah selesai minum ubat, Kaisara mengambil bukunya yang berada di laci lalu duduk di birai katil.

Kaisara melihat ke arah peta yang dia lukis sambil mengangguk-angguk seperti berpuas hati dengan hasil karyanya sendiri.

"Hmm.." Kaisara meletakkan bukunya di tepi.

"Damian marah ke?" Tanya Kaisara sendiri. Dia tidak dapat bezakan jika Damian marah atau tidak.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now