[63] Love That Drowns Oceans

9.1K 333 32
                                    

Sedari tadi Damian melihat ke arah tangga yang menghubungkan tingkat satu dan tingkat dua rumah agam Puan Aishah, sudah 10 minit dia menunggu kehadiran Kaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedari tadi Damian melihat ke arah tangga yang menghubungkan tingkat satu dan tingkat dua rumah agam Puan Aishah, sudah 10 minit dia menunggu kehadiran Kaisara. Saat itu Damian dan Ayyan sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Bila Oyang balik?" Soal Ayyan sambil melihat wajah Puan Aishah di screen handphone milik Damian. Sudah seminggu Puan Aishah bercuti di luar negara bersama dengan Puan Gress, keadaan rumah agam itu terasa sangat berbeza tanpa kehadiran Puan Aishah.

"Oyang balik minggu depan." Jawab Puan Aishah lalu tersenyum. Rindu semakin terasa saat melihat wajah cicit kesayangannya itu.

"Ayyan rindu Oyang.." Ayyan baring berbantalkan paha Damian, namun Damian masih melihat ke arah tangga rumah. Damian risau kerana sejak tengahari tadi Kaisara langsung tidak berbual dengannya. Adakah Kaisara masih marah disebabkan kejadian pagi tadi?

Damian mengeluh kecil, Kaisara tidak pernah bersikap seperti itu sebelum ini. Dia tidak boleh membiarkan hal itu berterusan.

"Kenapa Ian?" Soal Puan Aishah. Dia kenal betul dengan sikap cucunya yang satu ini.

"Tak ada apa." Jawab Damian tanpa riaksi di wajahnya, dia tidak melihat langsung ke arah screen handphone. Puan Aishah sekadar menggeleng. Macam lah dia tidak tahu, pasti ada sesuatu yang berlaku pada Damian dan Kaisara.

Riaksi wajah Damian terus berubah ceria saat melihat Kaisara turun di tangga rumah. Hatinya terasa tenang saat melihat wajah isterinya itu. Damian tersenyum namun Kaisara tidak menunjukkan apa-apa riaksi saat bertentang mata dengan Damian.

"Ayyan.." Panggil Kaisara yang sudah semakin mendekat di sofa ruang tamu. Kaisara bagaikan tidak peduli dengan kehadiran Damian.

"Sayang.." Panggil Damian namun Kaisara tidak menyahut. Kaisara duduk di hujung kaki Ayyan yang sedang sibuk video call dengan Puan Aishah.

"Kai." Panggil Puan Aishah.

"Yaa Nenda." Jawab Puan Aishah. Ayyan pun terus bangun lalu duduk di sebelah Kaisara, memudahkan Puan Aishah dan Kaisara untuk berbual.

Kaisara tersenyum lalu mengusap pelan rambut Ayyan. Sekali lagi, Damian merasa diabaikan oleh Kaisara. Damian ingin meminta maaf pada Kaisara, namun dia merasa bahawa masanya belum sesuai. Mungkin dia patut bersabar sehingga Kaisara mahu bercakap dengannya.

~°~

Noah memberhentikan enjin keretanya lalu keluar dari perut kereta bersama kotak kecil di tangannya. Bibir Noah mengukir senyuman saat membuka pintu utama, Noah memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang!" Maya kelihatan ceria saat bertentang mata dengan Noah, saat itu dia sedang duduk di sofa ruang tamu. Maya berdiri dari duduknya lalu mendekati Noah, dipeluknya tubuh Noah erat-erat. Noah membalas pelukan isterinya itu sebelum Maya meleraikan pelukannya. Sejak mengandung, sikap Maya menjadi semakin manja.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now