[20] Merajuk?

11.1K 438 5
                                    

Maya membaling bag tanganya di atas katil lalu duduk di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya membaling bag tanganya di atas katil lalu duduk di birai katil. Maya cuba untuk mengingat jelas wajah Kaisara. Wajah gadis itu saling tak tumpah dengan gadis yang selalu bersama dengan Danian dulu.

"Tak mungkin.." Maya menggeleng beberapa kali.

Seingat Maya, Sara mempunya rambut yang lurus dan panjang. Sara juga adalah pelajar terbaik di university mereka dulu, dia sangat mengenali Sara. Tidak mungkin gadis yang berada di rumah Damian tadi adalah Sarah yang dia kenal. Tapi wajah mereka sangat serupa.

"Kaisara.. Kaisara.. Perempuan tu Sara!!" Maya meraup wajahnya dengan kasar.

"Ahh!!" Maya memeluk kedua lututnya. Dia sangat tertekan kerana situasi tersebut.

"Perempuan tu dah mati.." Maya menangis teresak-esak. Dia tidak tahu bagaimana wanita yang sudah mati, tiba-tiba bangkit kembali.

"Aku takkan biarkan dia dapatkan Damian.. Aku.. Takkan biarkan!"

~°~

Kaisara melihat ke arah Damian dari jauh. Saat itu Damian sedang berdiri di sisi kubur arwah ayahnya. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan membawa lelaki yang bergelar suami untuk menziarah kubur kedua orang tuanya.

Sebelum ini Kaisara sudah putus asa hidup teruskan hidup, dia tiada semangat dan dia tidak tahu mahu mula dari mana.

Masih banyak persoalan yang bermain di fikiran Kaisara. Tentang memori masa lalunya dan suara-suara yang dia dengar kebelakangan ini.

Dia tiada tempat untuk bertanya, dia hanya mempunyai kedua orang tuanya namun mereka tidak selamat dalam kemalangan tersebut.

Kaisara pernah berfikir kenapa dia tidak mati saja? Tapi akhirnya Kaisara cuba untuk meneruskan hidup tanpa memikirkan masa lalu. Dia tidak mencuba sedikit pun untuk ingat. Dia hanya mahu memulakan hidup baru..

Kaisara mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia tidak menyangka kedua orang tuanya akan pergi secepat itu.. Dia sudah tidak kesah dengan masa lalunya, tentang memorinya yang hilang.. Dia hanya merindui saat bersama dengan kedua orang tuanya.

Dia juga tidak menyangka kini dia sudah mempunyai suami dan keluarga. Semuanya terjadi dengan cepat bagi Kaisara. Dia juga tidak yakin pada Damian. Dia tidak tahu Damian betul-betul ikhlas mencintainya atau hanya mempergunakannya.

"Kai." Suara garau Damian membuatkan lamunan Kaisara terus mati. Kaisara mendongak untuk melihat wajah Damian. Ternyata Damian sudah berdiri di hadapannya. Pipi Damian kelihatan merah kerana cahaya matahari yang menyengat.

Damian mengusap air mata Kaisara yang mengalir di pipi. Kaisara tunduk, dia sengaja mengelak dari Damian kerana masih sakit hati dengan kejadian pagi tadi.

Nasib baiklah mereka sudah berjanji untuk menziarahi kubur ibu dan ayah Kaisara hari ini. Kalau tidak, mungkin dia tidak akan bercakap langsung dengan Damian.

"Kai.." Panggil Damian lagi namun Kaisara terus berlalu pergi meninggalkan Damian. Kaisara masuk ke dalam perut kereta tanpa menunggu Damian. Tidak lama selepas itu, Damian menyusuli Kaisara.

Damian masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta. Damian melihat ke arah Kaisara, ternyata Kaisara masih menangis.

"Maaf.." Damian cuba untuk meminta maaf pada Kaisara, namun gagal. Kaisara terus melihat ke arah tingkap kereta. Damian menyesal kerana sudah membuat Kaisara sakit hati. Damian rasa kecewa dengan dirinya sendiri.

Damian terus menghidupkan enjin kereta lalu keluar dari perkarangan kubur.

~°~

Saat makan malam bersama, Kaisara kelihatan ceria saat bersama dengan Puan Aishah. Namun Kaisara masih tidak mahu bercakap dengan Damian. 

Puan Aishah melihat ke arah Damian yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Ian ok?" Tanya Puan Aishah. Damian mengangguk tanpa melihat ke arah Puan Aishah.

"Ian dah selesai." Damian berdiri dari duduknya sebelum meninggalkan Puan Aishah dan Kaisara di meja makan.

Kaisara melihat saja Damian berlalu pergi sampai Damian tidak kelihatan. Dia tiba-tiba rasa bersalah kerana memarahi Damian. Dia tau Damian hanya bergurau tapi dia juga sakit hati disebabkan hal itu. Kaisara berniat ingin meminta maaf malam ini.

"Kai.." Panggil Puan Aishah. Kaisara terus melihat ke arah Puan Aishah lalu tersenyum manis.

"Kai gaduh dengan Ian?" Tanya Puan Aishah. Kaisara tersenyum kelat, dia tidak tahu ingin berkata apa.

"Biasa lah tu, nanti bincang elok-elok. Jangan ikutkan perasaan sangat. Kai sayang Ian kan?" Tanya Puan Aishah dengan suara lembut.

Sayang? Kaisara tidak pernah memikirkan hal itu. Tapi dia peduli dengan perasaan Damian. Dia mula rasa bersalah saat melihat Damian seperti itu. Sama seperti Damian yang dia kenal dulu, adakah Damian akan bersikap dingin lagi kepadanya?

"Sayang.." Jawab Kaisara singkat. Puan Aishah tersenyum lalu menepuk pelan bahu Kaisara.

"Selalunya kalau Ian macam tu maksudkan dia merajuk." Kata Puan Aishah.

"Merajuk?" Kaisara pamer wajah pelik. Damian merajuk?

"Nanti Kai pujuk lah Ian. Cakap elok-elok, nanti ok lah tu. Ian tu memang manja sikit." Puan Aishah tersenyum. Kaisara hanya mendiamkan diri kerana memikirkan sesuatu.

Selepas selesai makan malam bersama Puan Aishah. Kaisara terus pergi ke bilik tidur untuk mencari Damian, namun Damian tiada di situ.

"Mana Damian ni?" Tanya Kaisara sendiri. Takkan dia mau mencari Damian di semua ruangan yang ada di rumah agam Puan Aishah. Mungkin sampai besok pun belum tentu Kaisara dapat menemui Damian. Silap hari bulan, dia yang sesat.

Kaisara melihat screen handphonenya lalu mencari nama Damian di aplikasi whatapp. Dia mahu menghantar pesanan ringkas pada Damian namun dia terus membatalkan niatnya.

'Nanti dia masuk lah kalau dah nak tidur.' Kata Kaisara dalam hati. Kaisara pun terus naik di atas katil lalu baring. Kaisara masih dapat menghidu haruman Damian di selimut dan bantal.

"Selalunya kalau Ian macam tu maksudkan dia merajuk"

Kata-kata Puan Aishah bermain di fikiran Kaisara. Takkan Damian merajuk? Bisik hati kecilnya.

'Kalau Damian merajuk dengan Puan Aishah mungkin betul lah, tapi takkan Damian nak merajuk dengan aku? Aku bukannya sesiapa pun dalam hidup Damian..' Kata Kaisara dalam hati.

Kaisara memejamkan matanya, tanpa sedar akhirnya dia pun tertidur.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now