[58] Marry Me

7.2K 289 12
                                    

Noah menekan lonceng rumah Maya, tidak lama selepas itu pintu utama terbuka dengan luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noah menekan lonceng rumah Maya, tidak lama selepas itu pintu utama terbuka dengan luas. Kelihatan seorang pembantu rumah yang berumur lingkungan 40 tahun berdiri di hadapan Noah.

"Maya ada?" Soal Noah. Dia risau kerana sudah jam 9 malam namun Maya masih belum membalas pesanan atau panggilannya dari tengahari tadi. Dia takut ada hal yang buruk terjadi pada Maya kerana Maya tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

"Cik Maya ada dalam bilik, tapi Cik Maya belum keluar dari bilik dari tengahari tadi.." Jawab wanita itu. Tanpa berfikir apa-apa, Noah terus masuk ke dalam rumah lalu pergi ke bilik Maya.

Noah sudah tidak dapat memikirkan apa-apa lagi selain memeriksa sendiri keadaan Maya.

Sampai saja di depan pintu bilik Maya, Noah terus mengetuk pintu bilik itu.

"Maya.." Panggil Noah namun tiada sahutan dari Maya.

Noah tidak berputus asa, sudah berpuluh kali Noah mengetuk pintu bilik Maya namun masih tiada tanda-tanda bahawa Maya akan membuka pintu bilik itu.

"Kalau you tak buka, I akan pecahkan pintu bilik you!" Noah sudah semakin terdesak, dia takut ada sesuatu yang buruk terjadi pada Maya.

Tiba-tiba pintu bilik Maya terbuka dari dalam, kelihatan Maya berdiri di hadapan Noah. Mata Maya terlihat merah seperti baru selesai menangis.

"Maya.. Kenapa you tak reply chat I?" Soal Noah risau.

"Ikut I." Maya tidak menjawab soalan Noah, malahan dia meminta Noah untuk mengikutinya.

Maya keluar dari bilik bersama satu sampul surat di tangannya, dia pergi ke ruang bacaan Tuan Khaliq lalu duduk di sofa yang tersedia di ruangan itu.

Maya menyilangkan kakinya, Noah sedikit risau saat melihat riak wajah serius Maya. Adakah Maya marah terhadap dirinya? Salah apa yang sudah dia lakukan? Apa yang membuatkan Maya menangis? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Noah.

"Sampai bila you nak berdiri dekat situ?" Soal Maya tanpa melihat pun ke arah Noah.

"Sorry.." Noah terus duduk di sofa yang berada di hadapan Maya, hanya meja kaca yang memisahkan mereka. Noah perasan Maya membawa satu sampul surat di tangannya, adakah isi sampul surat itu ada kaitan dengan Maya yang tiba-tiba bersikap dingin terhadap dirinya?

"Kenapa you nangis? You ada masalah?" Soal Noah namun Maya hanya mendiamkan diri seperti patung yang tidak bernyawa.

"Maya.. I ada buat salah?" Soal Noah lagi. Kali ini, suaranya terdengar lebih lembut. Maya melihat ke arah Noah lalu meletakkan sampul surat itu di atas meja. Noah terus membuka sampul surat itu lalu melihat isi kandungan sampul surat tersebut.

Noah melihat beberapa keping gambarnya saat dia keluar dari kedai bunga tempoh hari. Saat itu Noah keluar bersama sejambak buang tulip yang ingin dia hadiahkan untuk Puan Rosaline pagi tadi.

"Ni-

"I baru nak terima you.. Tapi ni yang you buat dekat belakang I.." Suara Maya terdengar pelan. Dia sudah penat, tiada apa-apa yang akan berubah jika dia marah sekali pun.

Noah terkedu saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Maya. Adakah dia tersalah dengar? Adakah Maya berkata bahawa dia sudah ingin menerima Noah? Jadi adakah semua ini bermaksud bahawa Maya cemburu?

Maya menggeleng saat melihat riaksi Noah.

"Jadi betul lah you ada perempuan lain." Hati Maya bagaikan hancur berkepingan. Kecewa? Perasaannya saat ini lebih teruk daripada kecewa. Dia hampir mempercayai bahawa Noah sangat mencintainya namun ternyata dia silap.

"You tak perlu tipu I Noah, I dah tau semuanya.. Yaa I mengaku, dulu I pernah ada perasaan pada you tapi I tau you tak pernah cintakan I.." Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Maya, dia tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.

Berapa kali lagi Maya harus merasakan semua ini? Adakah ini semua balasan dari perbuatannya yang lepas? Maya melakukan semua itu kerana Maya hanya ingin dicintai.. Tapi adakah semua ini bermaksud bahawa dirinya tidak layak untuk bahagia?

"You tak sepatutnya bagi I harapan Noah.." Maya mengesat air matanya.

"Tu mama I Maya.." Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Noah bersuara.

"Apa?" Kelihatan perubahan yang ketara pada riak wajah Maya. Adakah dia tersalah dengar?

"Tu mama I.." Ulang Noah sekali lagi.

"I beli bunga tu untuk mama I.. I minta maaf sebab I tak jelaskan pada you.. I baru tahu yang selama ni mama I cari I.. Pagi tadi I datang jumpa dia.. I ada cerita you pada mama.. Mama kata dia nak jumpa you.." Jelas Noah panjang lebar.

Maya terkedu saat mendengar penjelasan Noah, bibirnya bagaikan terkunci.

"You cemburu dengan mama I?" Soal Noah lalu tersenyum. Dia rasa bersalah kerana sudah membuat Maya salah faham dan menangis, namun saat mengetahui bahawa Maya pernah mempunyai perasaan terhadap dirinya membuatkan dia tidak dapat menahan bibirnya untuk mengukir senyuman.

Noah berdiri dari duduknya lalu duduk di sebelah Maya. Noah mengesat air mata Maya menggunakan ibu jarinya.

"You upah orang untuk awasi I dari jauh?" Soal Noah. Maya sekadar mengangguk membuatkan Noah terggelak kecil.

"I minta maaf.." Hanya itu yang mampu Maya katakan.

Noah tersenyum, dia suka jika Maya ingin mengetahui apa yang dia lakukan. Dia tidak kesah jika Maya melakukan itu kerana Maya curiga dan tidak percaya terhadap dirinya. Mengetahui bahawa Maya memikirkannya saja sudah cukup untuk membuatnya bahagia.

"Maya.. Will you marry me?" Soal Noah membuatkan mata Maya membulat. Jantung Maya berdegup kencang, pipinya pula tiba-tiba terasa panas. Adakah Noah bergurau?

"It's easier to make you fall in love with me if we live in the same house and share the same bed." Noah tersenyum. Maya terus melihat ke arah lain kerana ingin menyembunyikan wajahnya yang pasti sudah merah.

"Ja.. Jangan bergurau Noah." Dia tidak menyangka Noah akan mengatakan hal itu tanpa sedikit pun rasa malu.

"I tak bergurau.." Jawab Noah namun Maya hanya mendiamkan diri. Dia bahkan tidak berani untuk menatap wajah Noah.

"You tak nak kahwin dengan I?" Soal Noah. Maya terus berdiri dari duduknya. Dia tidak tahu bagaimana harus berharap dengan situasi itu. Dengan matanya yang pasti sudah bengkak, saat itu bukanlah saat yang terbaik untuk Noah melamarnya.

"Maaf kalau I buat you tak selesa, I akan tunggu jawapan dari you.. Tapi I nak tau, sejak bila you ada perasan pada I?" Soal Noah lagi. Maya menutup wajahnya menggunakan telapak tangan.

Sudah lama dia menyembunyikan fakta itu. Namun dia sudah terlepas cakap kerana tidak dapat mengawal emosinya.

"I nak rest.. You balik lah.." Akhirnya Maya bersuara. Noah tersenyum lalu berdiri dari duduknya.

"Okay.. Rest cukup-cukup.. I pergi dulu.." Noah sempat mengusap rambut Maya sebelum dia berlalu pergi. Maya hanya diam sambil melihat Noah pergi meninggalkannya.

Tiba-tiba langkah Noah terhenti, Noah berpaling ke arah Maya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"I cintakan you Maya.. Cuma you seorang.." Noah tersenyum sebelum berlalu pergi. Sekali lagi jantung Maya diserang debaran.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now