[81] If This Is Love

2.7K 148 27
                                    

"Aku nak cakap dengan Saleha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku nak cakap dengan Saleha." Kata Kimi Zarif tanpa melihat pun ke arah lelaki itu.

"Encik.. Kita boleh pergi dari sini.." Kata Saleha, dia rasa bersalah jika lelaki itu harus keluar dari kebun hanya kerana Kimi Zarif ingin bercakap dengannya.

"Kau dengar tak?" Soal Kimi Zarif dingin, kali ini Kimi Zarif mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.

"Baik Encik." Lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan Kimi Zarif dan Saleha di dalam kebun. Saleha undur satu langkah ke belakang kerana ingin memberi jarak di antara mereka berdua.

"Encik nak cakap apa?" Kenapa lelaki tu tiba-tiba ingin berbual berdua dengannya? Saleha merasa Kimi Zarif berkelakuan pelik hari ini. Saleha tidak akan pernah faham dengan isi kepala lelaki itu. Adakah dia menganggap Saleha sebagai bahan permainannya?

"Kau buat apa dekat sini? Kau tau kan semua ni bukan kerja kau?" Soal Kimi Zarif dengan wajah serius.

"Saya.."

"Siapa izinkan kau jumpa dengan dia dekat sini?!" Suara Kimi Zarif semakin meninggi. Saleha sudah biasa dengan sikap Kimi Zarif yang seperti itu. Saleha tertunduk merenung jari jemarinya. Adakah Kimi Zarif marah kerana hal itu?

"Jawab Saleha." Dingin, lagi-lagi lelaki itu bersikap seperti bossnya. Padahal Saleha berkerja dengan Puan Fatinah, bukannya Kimi Zarif.

Tiba-tiba Saleha mengangkat wajahnya memandang wajah Kimi Zarif, dia sudah berjaya mengumpul semua keberaniannya untuk melawan kata-kata Kimi Zarif.

"Kenapa Encik Zarif nak larang saya? Encik Zarif tu cuma anak majikan saya, bukannya suami saya."

Kimi Zarif bagaikan terpukul dengan kata-kata yang diucapkan oleh Saleha. Semua itu benar, dia tiada hak untuk melarang Saleha. Kimi Zarif juga tidak tahu kenapa dia melakukan hal itu.

"Kenapa Encik nak larang saya buat semua yang saya suka?" Soal Saleha lagi.

"Kau suka dengan dia?" Kimi Zarif mengetap rahangnya. Dia tidak tahu kenapa kata-kata Saleha membuatkan hatinya bertambah panas.

"Tak, saya.."

"Pembantu rumah dengan tukang kebun.. Layak lah dengan kau Saleha." Belum sempat Saleha menghabiskan katanya, Kimi Zarif sudah memotong.

Saleha menggenggam penumbuknya, Saleha tidak kesah jika Kimi Zarif mahu menghinanya, tetapi dia tidak suka jika Kimi Zarif menghina orang lain yang tiada kaitan dengan mereka.

"Why? You want to slap me? Go ahead." Kimi Zarif tersenyum sinis.

Kalau ikutkan hati, mahu saja Saleha menampar wajah Kimi Zarif, tetapi dia masih berfikiran waras. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa jika dia melakukan hal itu.

Kimi Zarif terkedu saat melihat cecair jernih mengalir di pipi Saleha. Itu adalah kali pertama Kimi Zarif melihat Saleha menangis kerana kata-katanya. Dengan pantas Saleha mengesat air matanya sendiri, dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan lelaki itu.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Saleha terus berlalu pergi meninggalkan Kimi Zarif seorang diri dalam kebun. Kimi Zarif juga seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja dia katakan. Kenapa dia perlu sekasar itu pada Saleha? Dia tidak dapat mengawal perasannya sendiri.

Tidak lama selepas itu, Kimi Zarif dapat melihat Saleha mendekatinya. Adakah Saleha sudah memaafkan dirinya?

"Saleha.." Panggil Kimi Zarif. Namun, tiada sahutan dari Saleha.

Saleha mengambil bakul kecilnya yang berisikan sayur-sayuran yang dipetiknya tadi sebelum berlalu pergi meninggalkan Kimi Zarif untuk kedua kalinya.

Kimi Zarif meraup wajahnya dengan kasar, wajah yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Kimi Zarif sedar, Saleha tidak pernah melihatnya seperti wanita lain melihat ke arahnya. Adakah Saleha betul-betul membenci Kimi Zarif?

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Namun, Kimi Zarif masih belum melupakan kejadian pagi tadi. Dia tidak tahu kenapa dia bertindak seperti itu. Sebelum ini, dia hanya memarahi Saleha jika Saleha tidak melakukan tugas yang dia arahkan dengan betul.

'Takkan aku cemburu?' Soal Kimi Zarif dalam hati.

"Aku cemburu? Lawak." Kimi Zarif ketawa sendiri. Tidak lama selepas itu, riak wajahnya terus berubah serius. Kimi Zarif mencapai handphonenya yang berada di atas meja tepi katil. Cahaya dari screen handphone menerangi wajahnya di dalam bilik tidur yang sedari tadi gelap.

Kimi Zarif menekan aplikasi whatapp lalu mencari nama Saleha. Dia membaca beberapa pesan lama yang pernah di hantarnya pada Saleha.

Kimi Zarif:
Harini bersihkan kasut aku.

Pembantu Ibu:
Baik Encik Zarif...

17 February

Kimi Zarif:
Kemas almari baju aku, lepastu aku nak kau cuci semua baju aku dalam tu.

Pembantu Ibu:
Tapi harini saya sibuk Encik Zarif.

Kimi Zarif:
That's your problem, not mine.

19 February

Kimi Zarif:
Aku sakit, masak bubur untuk aku sekarang.

Pembantu Ibu:
Baik Encik Zarif.

Sedari tadi Kimi Zarif mengscroll pesanan lama mereka, dia sudah tidak ingat dengan semua itu. Semakin lama di baca, semua pesanan lama Kimi Zarif terlihat sama sahaja. Dia hanya akan memberi tugas lebih pada Saleha walaupun dia tahu semua itu bukan tugas Saleha.

Tiba-tiba Kimi Zarif teringat wajah sedih Saleha, dia sudah membuat wanita itu menangis kerana tindakannya sendiri. Kimi Zarif mula menekan-nekan screen handphonenya kerana berniat ingin menghantar pesanan ringkas pada Saleha.

Kimi Zarif:
Aku nak minta maaf.. Saleha..

Namun, dengan pantas Kimi Zarif memadam pesanan itu. Kimi Zarif mengeluh kecil, dia memejamkan matanya lama.

Kimi Zarif tidak tahu apa yang sedang dia lakukan dan apa yang harus dia lakukan. Dia yakin dia membenci Saleha, tetapi kenapa hatinya terasa panas saat melihat Saleha bersama lelaki lain?

Adakah dia menyukai Saleha?

Kimi Zarif terus menggeleng laju, dia menyembamkan wajahnya di bantal gulingnya lalu memeluk bantal gulangnya itu dengan erat. Dia tidak menyukai Saleha, dan dia tidak akan pernah menyukai gadis itu.

Tetapi Kimi Zarif tidak dapat mencari jawapan sebenar kenapa dia menjadi semarah itu saat melihat Saleha bersama lelaki lain.

'Aku suka.. Saleha?' Soalan itu bermain lagi di fikiran Kimi Zarif. Kini dia keliru dengan perasaannya sendiri.

'If this is love.. I can't be the only one who's suffering from it.. I will make you love me back no matter what.. And when that day comes..'

Kimi Zarif membuka matanya.

"I will leave you."

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now