[62] One Fine Day

7.3K 328 20
                                    

"Sayang nak pergi mana?" Soal Damian yang sedang duduk di sofa ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Damian yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Langkah Kaisara terus terhenti, dia ingin memastikan bahawa dia benar-benar melihat Damian atau dia cuma berimaginasi.

"Abang tak pergi kerja harini?" Soalan berbalas soalan.

"Tak.. Sayang nak pergi mana? Kenapa tak bagi tau abang?" Damian berdiri dari duduknya lalu mendekati Kaisara.

"Sayang baru nak bagi tau abang, harini sayang keluar jumpa Mia." Jawab Kaisara.

"Siapa Mia?"

"Isteri kawan abang lah, haritu kan abang ajak Hud dengan Mia dinner dengan kita. Takkan abang dah lupa?" Kaisara buat muka tak percaya, malam itu dia sangat gembira saat Damian mengajak kawannya untuk dinner bersama mereka.

"Abang nak ikut."

"Tak boleh.."

"Kenapa pula?"

"Sebab..." Kaisara melihat ke kiri dan kanan cuba untuk mencari alasan. Dia tidak menyangka bahawa hari ini Damian tidak pergi kerja. Kalau seperti ini, rancangannya untuk keluar bersama Mia akan gagal.

"Abang kena duduk rumah jaga Ayyan." Kaisara tersenyum sambil melihat ke arah Ayyan yang sedang bermain seorang diri di ruang tamu. Padahal Kaisara sudah berniat untuk membawa Ayyan bersamanya tadi.

"Ajak lah Ayyan seka-

"No.. Abang please.. Kali ni je.. Sayang nak keluar dengan Mia.." Belum sempat Damian menghabiskan katanya, Kaisara sudah memotong.

"You're not going anywhere without us."

"Abang.."

"Abang tak pergi kerja harini sebab abang nak luangkan masa dengan sayang, tapi sayang nak keluar tinggalkan abang dengan Ayyan dekat rumah."

"Abang.." Kaisara tertunduk, wajahnya monyok. Rasa bersalah terus menghantui dirinya. Tapi dia sudah berjanji dengan Mia untuk keluar bersama hari ini, dan sudah pasti dia tidak boleh membawa Damian bersama.

Kaisara tiada pilihan lain, dia terpaksa menggunakan senjata rahsianya. Kaisara memegang tangan Damian lalu melihat ke arah Damian dengan wajah sedih.

"Abang.. Please.." Kaisara buat muka kesian, bibirnya terjuih ke depan. Damian terdiam saat melihat wajah isterinya.

"Please.. Please.." Kata Kaisara dengan suara manja sambil menggoncang-goncang pelan tangan Damian.

"Ah.." Damian mengeluh kecil, dia menggeleng sendiri. Kaisara terlihat sangat comel membuatkan Damian hampir tidak dapat berfikir dengan waras.

Melihat Damian yang seperti tidak berniat untuk mengubah keputusannya, membuatkan Kaisara terpaksa mencari idea yang lebih bernas.

"Ayyan... Ayyan takkan tidur dengan kita malam ni."

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now