[53] Little Noah

7.5K 324 17
                                    

Kaisara keluar dari bilik air, dia mendapati Damian sudah tiada di dalam bilik tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara keluar dari bilik air, dia mendapati Damian sudah tiada di dalam bilik tidur. Saat mencuci muka, Kaisara menyuruh Damian untuk menemui Puan Gress terlebih dahulu kerana tidak sampai hati membuat Puan Gress menunggu mereka berdua.

Sudah pasti Damian tidak bersetuju dengan idea itu.

"Tapi abang nak pergi sama-sama dengan sayang." Damian memegang pergelangan tangan Kaisara.

"Kesian mama tunggu kita nanti, abang pergi lah dulu dekat ruang tamu." Pujuk Kaisara. Namun Damian hanya diam sambil memegang kemas pergelangan tangannya.

"Abang.. Kesian mama tunggu.." Kaisara tidak berputus asa. Dia tidak sampai hati saat teringatkan Puan Gress yang sedang menunggu mereka di ruang tamu.

"Ok.." Akhirnya Damian bersetuju, senyuman indah mekar di bibir Kaisara.

"Terima kasih abang." Kaisara sempat mencium pipi Damian sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Kaisara tersenyum sendiri saat teringat kejadian itu. Tanpa membuang masa lagi, Kaisara terus keluar dari bilik tidur lalu menutup pintu bilik tidur.

Kaisara pergi ke arah tangga yang menghubungkan tingkat dua dan tingkat satu, langkahnya terhenti saat dia terlihat Kimi yang juga sedang berjalan ke arah yang sama dengannya.

"Kimi!" Sapa Kaisara sambil tersenyum manis.

"Kai." Kimi membalas senyuman Kaisara, lalu mereka berdua jalan beriringan.

"Mana Ian?" Soal Kimi, kerana selalunya Kaisara akan bersama dengan Damian.

"Dekat ruang tamu dengan mama." Jawab Kaisara.

"Oh.." Kimi mengangguk tanda faham.

"Kimi." Panggil Kaisara.

"Hm?" Kimi melihat ke arah Kaisara.

"Kenapa Ian tak ada kawan?" Soal Kaisara. Saat itu mereka berdua sedang menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah.

"I don't know.. Maybe because of his shitty personality." Jawab Kimi tanpa riaksi di wajahnya. Sebenarnya dia masih tidak berpuas hati dengan Damian.

"Shi apa?" Soal Kaisara dengan wajah pelik. Kimi tergelak kecil saat melihat riaksi Kaisara.

"Tengok tu." Kimi melihat ke arah Damian yang sedang duduk di sofa ruang tamu bersama dengan Puan Gress. Kaisara terus melihat ke arah Damian.

"Aunty cakap dengan dia, tapi dia buat tak tau je." Kata Kimi. Saat itu Puan Gress sedang berborak dengan Damian, namun Damian tidak melihat pun ke arah Puan Gress. Damian tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya. Sangat berbeza saat dia bersama dengan Kaisara.

Adakah kerana itulah Damian tidak mempunyai kawan?

"Dia cuma berbeza bila dengan Kai." Kata Kimi lagi. Kaisara hanya mendiamkan diri.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now