[67] Forever Yours

4.5K 216 26
                                    

Noah keluar dari bilik air lalu pergi ke arah katil, dia duduk di sebelah Maya yang masih lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noah keluar dari bilik air lalu pergi ke arah katil, dia duduk di sebelah Maya yang masih lena. Dahi Noah berkerut saat melihat cecair jernih mengalir di pipi Maya.

"Sayang.." Panggil Noah, dia menggoncang pelan lengan Maya. Dahi Maya berkerut, sepertinya Maya sedang bermimpi buruk.

"Sayang.." Panggil Noah lagi. Maya terus membuka matanya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Abang.." Wajah Maya kelihatan terkejut dan takut.

"Sayang mim-

Belum sempat Noah menghabiskan katanya, Maya sudah menarik tubuh Noah ke dalam pelukkannya membuatkan dahi Noah terhantuk di kepala katil. Bunyi dari besi kepala katil terdengar sangat kuat membuatkan Maya terkejut.

"Ah.." Noah memejamkan matanya kerana ingin menahan sakit. Maya meleraikan pelukannya lalu duduk di hadapan Noah.

"Abang!" Maya tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir saat melihat kesan merah di dahi Noah.

"Tak apa.. Tak sakit pun." Tipu Noah.

"Sakit.." Maya sudah menangis teresak-esak.

"Tak sayang.." Noah mengesat air mata Maya menggunakan ibu jarinya lalu mencium lama dahi Maya.

"Tadi sayang mim.. Mimpi.. Abang.." Maya berkata dengan tersekat-sekat. Noah memeluk tubuh Maya lalu mengusap pelan belakang Maya. Kebelakangan ini Maya selalu mimpi buruk.

"Shh.. Cuma mimpi kan.." Pujuk Noah. Dua hari lepas, Maya bermimpi bahawa Noah terbabit dalam kemalangan jalan raya. Maya kelihatan sangat takut sehingga dia tidak mengizinkan Noah untuk keluar pergi kerja. Selepas di pujuk beberapa kali, barulah Maya mengizinkannya untuk keluar.

Mungkin Noah perlu menemani Maya di rumah untuk beberapa minggu ini, dia tidak mahu membuatkan Maya risau dan takut saat berseorang di rumah.

"Sayang takut.."

"Abang ada ni.. Abang tak akan pergi mana-mana. Abang akan teman sayang dekat rumah." Pujuk Noah lagi, dia berharap Maya akan tenang setelah mendengar kata-katanya tadi.

"Jan.. Ji?" Maya meleraikan pelukannya lalu menatap wajah Noah. Hati Noah terasa tenang saat melihat sepasang mata indah itu melihat ke arahnya.

"Janji." Noah tersenyum.

"Baju abang dah basah." Maya melihat ke arah baju tidur Noah yang sudah sedikit basah kerana air matanya.

"Tak apa." Noah mengusap rambut Maya, isterinya itu kelihatan seperti anak kecil saat sedang menangis. Dia ingin melindungi Maya dan membuat wanita itu bahagia. Dia tidak suka saat melihat air mata Maya, namun dia tidak dapat menghentikan hal itu. Semenjak mengandung, hati Maya menjadi lebih lembut. Terkadang Maya akan menangis hanya kerana drama yang dilihatnya.

"Dahi abang dah merah.. Sayang minta maaf.." Maya mengusap lembut pipi Noah.

"Yaa sayang.."

"Abang sayang Maya?" Soal Maya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now