[43] Do Anything For You

7.9K 313 9
                                    

Kaisara membuka matanya, sinaran cahaya matahari dari balkoni bilik membuat pandangannya sedikit kabur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara membuka matanya, sinaran cahaya matahari dari balkoni bilik membuat pandangannya sedikit kabur. Kaisara terus mencapai handphonenya yang berada di atas meja tepi katil kerana ingin memeriksa waktu. Jam sudah menunjukkan angka 9:AM. Ternyata hari ini Kaisara bangun agak lewat lagi dari sebelumnya.

Kaisara terus bangun lalu duduk, dia melihat ke arah sofa yang berada tidak jauh dari katil. Ternyata Damian sudah tiada disitu. Kenapa Damian tidak mengejutkannya waktu solat subuh tadi?

Tanpa membuang waktu lagi, Kaisara terus turun dari katil lalu pergi ke bilik air kerana ingin membersihkan diri.

~°~

Damian membetulkan posisi apron yang dipakainya. Apron yang berwarna hitam itu menjadi pilihan Damian. Damian menaikkan lengan kemejanya sampai ke siku, dia berniat untuk masak sarapan pagi buat Kaisara. Dia sengaja tidak mengejutkan isterinya kerana tahu bahawa isterinya tidak sihat.

Damian mengerling ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan angka 9:30AM namun Kaisara masih belum kelihatan.

Setelah selesai masak, Damian membuka apron yang dipakainya lalu meletakkan apron itu di tempat asalkannya.

"Ian."

Damian terdengar suara Kaisara memanggil namanya, Damian terus melihat ke arah Kaisara yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Ian." Panggil Kaisara lagi. Pandangan mereka bertemu.

"My name is not Ian." Jawab Damian.

"Damian." Kaisara tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

"Sayang.." Damian mendekati Kaisara namun Kaisara undur satu langkah kebelakang.

"Kalau Damian tak nak bagi tau siapa perempuan tu, Kaisara akan pergi dari rumah ni." Ugut Kaisara dengan wajah serius berharap Damian akan menjelaskan semua kepadanya.

"Sayang.."

"Nama saya Kaisara, bukan sayang." Wajah Kaisara kelihatan serius, dia tidak bergurau sekarang. Dia cuma mahukan penjelasan dari Damian.

Kaisara bertambah kesal saat Damian hanya diam sambil memandangnya.

"Jadi betul lah Damian ada perempuan lain?" Soal Kaisara.

"Abang tak pernah ada perempuan lain.." Damian cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Habistu kenapa Damian tak nak bagi tau perempuan tu siapa."

"Sayang cuma salah faham."

Jawapannya dari Damian tidak dapat memuaskan hati Kaisara. Kalau dia cuma salah faham, kenapa Damian tidak mahu menjelaskan hal sebenar?

"Okay.. Kai akan pergi sekarang.." Kaisara terus berlalu pergi namun langkahnya terhenti saat Damian memegang pergelangan tangannya.

"Lepaskan tangan Kai!" Kaisara cuba melepaskan tangannya dari genggaman Damian walaupun dia tahu dia tidak akan berjaya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now