[75] Mind Full Of Unsaid Things

3.1K 161 21
                                    

Malam itu mereka semua berkumpul untuk makan malam bersama, selalunya hanya ada Damian, Kaisara dan Diaz Ayyan saja, tapi kali ini makan malam mereka terasa sangat meriah sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu mereka semua berkumpul untuk makan malam bersama, selalunya hanya ada Damian, Kaisara dan Diaz Ayyan saja, tapi kali ini makan malam mereka terasa sangat meriah sekali.

Banyak lauk kegemaran Puan Fatinah yang dihidangkan untuk makan malam itu, makanan kegemaran Saleha juga tidak terkecuali.

"Banyak sangat ni Kai.." Kata Puan Fatinah, takut membazir makanan pula jika tidak habis.

"Kai ajak semua orang makan sekali." Kaisara tersenyum manis. Semua orang yang dimaksudkan oleh Kaisara adalah pembantu rumah Puan Aishah yang berada di rumah saat itu. Puan Fatinah tersenyum, dia tidak menyangka Kaisara akan melakukan hal itu. Kaisara merasa gembira saat Kimi Zarif balik ke Malaysia, rumah agam Puan Aishah terasa sangat meriah sekali.

Selepas Kimi Zarif membaca doa makan, semua orang mula menyantap makanan masing-masing. Kaisara melihat ke arah screen handphonenya, masih tiada pesanan ringkas dari Damian.

"Kenapa tak makan Kai?" Soal Puan Fatinah. Kaisara tersenyum kelat, sejujurnya dia masih memikirkan Damian. Saat mengetahui bahawa kawan lama yang Damian maksudkan adalah seorang wanita, Kaisara menjadi tidak senang duduk. Hatinya cemburu tapi dia tidak dapat untuk melakukan apa-apa.

"Maaf, Kai tengok phone tadi." Jawab Kaisara serbah salah. Dia tidak sepatutnya melihat ke arah phone saat mereka makan malam bersama. Dia tahu hal itu tidak sopan, dia tidak sepatutnya menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan Diaz Ayyan.

Selepas selesai makan malam bersama, Puan Fatinah meminta diri untuk berehat di bilik tidurnya. Kimi Zarif pula menemani Diaz Ayyan bermain di bilik tidurnya.

Kaisara mengajak Saleha untuk duduk bersama di ruang tamu. Saleha yang tidak penat mengikuti saja ajakan Kaisara, lagipun Saleha senang dengan sikap baik Kaisara terhadap dirinya.

"Saleha dah lama kerja dengan Aunty Fatinah?" Soal Kaisara pada Saleha yang saat itu sedang duduk di sebelahnya.

"Dah 3 tahun.." Jawab Saleha lalu tersenyum tipis.

"Oh.. Dah 3 tahun.." Kaisara mengangguk faham. Sebenarnya dia ingin bertanya tentang sikap Kimi Zarif yang kelihatan kasar terhadap Saleha, tapi dia membuang fikiran itu jauh-jauh. Kaisara takut Saleha tidak selesa dengan soalannya nanti.

"Encik Zarif.." Saleha tidak meneruskan kata-katanya. Melihat Saleha yang sepertinya ingin bertanya sesuatu tentang Kimi Zarif membuatkan Kaisara sedikit teruja.

"Kenapa dengan Kimi?" Soal Kaisara laju. Sejujurnya dia tidak suka saat Kimi Zarif bersikap kasar terhadap Saleha, Kaisara berfikir mungkin ada terjadi salah faham di antara Saleha dan Kimi Zarif sehingga membuatkan Kimi Zarif bersikap seperti itu.

"Tak adalah Kai.." Saleha tersenyum tipis. Dia ingin membatalkan niatnya untuk bertanya tentang Kimi Zarif.

"Tanyalah, Kai boleh jawab." Kaisara tidak dapat untuk menyembunyikan wajah terujanya. Dia juga tidak tahu kenapa dia teruja tentang hal itu, mungkin dia berfikir bahawa dia boleh memperbaiki hubungan di antara Kimi Zarif dan Saleha selepas ini.

"Saya tak pernah nampak Encik Zarif macam tu.." Saleha memberanikan diri untuk meluahkan isi hatinya.

"Macam mana?" Soal Kaisara tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Saleha.

"Baik dan penyayang.." Jelas Saleha. Sebelum ini dia hanya melihat sisi tegas Kimi Zarif sahaja. Kimi Zarif juga tidak pernah sekali pun tersenyum di hadapannya, tapi hari ini dia melihat Kimi Zarif tersenyum gembira saat bersama dengan Diaz Ayyan. Ternyata masih banyak yang tidak dia ketahui tentang anak lelaki majikannya itu.

"Kimi memang selalu macam tu.. Saya terkejut sangat waktu saya nampak Kimi cakap kasar dengan awak.. Awak ada masalah dengan Kimi ke?" Kini Kaisara sudah berani untuk bertanya pada Saleha, Kaisara memang tidak dapat untuk melawan rasa ingin tahunya.

Saleha mula menceritakan salah faham yang sudah terjadi di antara dirinya dan Kimi Zarif pada pertemuan pertama mereka. Semenjak hari itu hubungannya dan Kimi Zarif tidak pernah sehaluan. Saleha sedar bahawa Kimi Zarif hanya bersikap dingin terhadap dirinya sahaja, kerana Saleha tidak pernah melihat Kimi Zarif mengarahkan pembantu lain seperti Kimi Zarif mengarah dirinya.

Saleha tahu dia salah kerana sudah menganggap Kimi Zarif sebagai pencuri, tapi hal itu cuma salah faham. Dia tidak tahu kenapa Kimi Zarif masih tidak mahu memaafkannya. Adakah dia pernah melakukan salah lain sehingga Kimi Zarif bersikap seperti itu?

"Ohh.. Macam tu.." Kaisara mengangguk-angguk. Sepertinya dia sudah faham dengan situasi antara Kimi Zarif dan Saleha. Kaisara berpihak kepada Saleha kerana Saleha tidak sengaja memukul kepala Kimi Zarif. Mungkin Kaisara perlu berbincang dengan Kimi Zarif tentang hal itu, selepas itu dia ingin tahu cerita dari pihak Kimi Zarif pula.

Kaisara tiba-tiba teringat bahawa Kimi Zarif hanya bersikap baik terhadap orang yang dia senangi sahaja, kerana dulu Kimi Zarif dan Damian juga tidak sehaluan kerana sikap Damian yang bagi Kimi Zarif sudah melampau. Mungkin jika Kaisara berjaya memperbaiki salah faham ini, Kimi Zarif akan memaafkan Saleha dan bersikap baik pada Saleha.

Kaisara merasa kasihan pada Saleha saat mengtahui Kimi Zarif selalu mengarahkan Saleha untuk melakukan tugas yang berat di rumah Puan Fatinah. Kaisara tidak menyangka Kimi Zarif akan melakukan hal itu pada seorang wanita yang tidak bersalah seperti Saleha.

"Kai.. Sebenarnya saya takut.." Suara Saleha memecahkan suasana sunyi.

"Kenapa awak takut?" Soal Kaisara risau.

"Saya takut suami Kai tak suka saya kawan dengan Kai.. Saya ni cuma pembantu rumah.." Jelas Saleha. Sejujurnya hal itu menganggu fikiran Saleha, dia tidak mahu membawa masalah pada Kaisara.

"Janganlah risau.." Kaisara tersenyum manis.

"Suami Kai tu baik.. Dia selalu buat Kai gelak, selalu ambil berat dengan Kai.. Dia tak kesah Kai kawan dengan sesiapa asalkan Kai happy." Jelas Kaisara dengan wajah gembira.

Tiba-tiba senyuman Kaisara mati saat teringat pada pesanan ringkas Damian.

"Kenapa Kai?" Soal Saleha saat melihat perubahan ketara pada riak wajah Kaisara.

"Tak ada apa.." Kaisara berpaling ke arah lain. Dia mula melihat ke arah sofa yang berada di hadapan mereka dengan tatapan kosong.

Kaisara betul-betul terlupa tentang Damian dan kawan lamanya kerana sibuk memikirkan Saleha dan Kimi Zarif tadi.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

Alhamdulillah.. Saya dah sihat. Saya lambat update sebab saya main game smpai tak ingat nak buat chapter baru.. Korang boleh marah saya kalau saya dah lama tak update..

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now