[71] The Scars They Can't See

3.3K 145 12
                                    

Kimi Zarif mendekati Puan Fatinah yang sedang duduk seorang diri di sofa ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kimi Zarif mendekati Puan Fatinah yang sedang duduk seorang diri di sofa ruang tamu.

"Ibu.." Kimi Zarif duduk di sofa yang berhadapan dengan Puan Fatinah, bibirnya mengukir senyuman manis saat pandangan mereka bertemu.

"Maaf, pagi tadi Kimi tak dapat nak breakfast sama-sama dengan Ibu."

"Tak apa, Kimi." Bibir Puan Fatinah mengukir tersenyum tipis. Hari ini, dia akan menceritakan semuanya pada Kimi Zarif. Dia akan memberitahu sebab sebenar kenapa dia tidak pernah balik ke Malaysia untuk menjenguk Puan Aishah.

Puan Fatinah memulakan ceritanya, mula awal semua itu berlaku sehinggalah saat dia mengambil keputusan yang salah.

𝟯𝟱 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗹𝘂..

Fatinah yang merasa kecewa, mengambil keputusan untuk membawa dirinya pergi ke Jepun. Puan Aishah melarang Fatinah untuk pergi, tetapi Fatinah sudah tekad dengan keputusannya. Dia tidak sanggup melihat lelaki yang dia cintai bersama dengan adik kandungnya sendiri.

Tidak sampai 5 bulan Fatinah di luar negara, akhirnya Fatinah kembali ke Malaysia bersama khabar buruk yang hampir membuatkan Puan Aishah pitam. Fatinah telah di sahkan mengandung selama 2 bulan.

"Bawah ayah dalam kandungan kau tu datang jumpa aku!" Arah Puan Aishah dengan tegas. Saat itu Fatinah sudah duduk melutut di kaki Puan Aishah.

"Saya tak nak ada kaitan lagi dengan dia mama.." Jawab Fatinah, lelaki itu memang ingin bertanggungjawab dengan kandungan Fatinah. Namun, Fatinah menolak kerana dia tiada sedikit pun rasa suka terhadap lelaki itu. Semua itu terjadi kerana saat itu mereka dibawah pengaruh minum keras.

"Fatinah! Kau nak anak kau lahir tanpa ayah?!" Jerit Puan Aishah. Dia sudah tidak tahu harus melakukan apa lagi. Baru 5 bulan anaknya itu berpisah dengan mereka, kini Fatinah sudah mengandung anak luar nikah.

Tiba-tiba pintu ruangan Puan Aishah dibuka dari luar. Kelihatan Fatimah masuk ke dalam ruangan itu lalu mendekati Puan Aishah dan Fatinah.

"Kak! Betul ke apa yang adik dengar? Betul ke akak mengandung?!" Soal Fatimah dengan riak wajah kecewa. Fatinah tidak menghiraukan soalan dari Fatimah, kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya. Bukan ini yang dia inginkan, dia pergi ke luar negara kerana ingin menenangkan dirinya. Tapi hanya kerana satu kesalahan, sekarang dia harus berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai.

Tidak menunggu waktu yang lama, akhirnya perkahwinan di langsungkan. Hisoka Naoki, lelaki Jepun yang berumur 22 tahun, dia telah menukar agamanya kepada agama islam. Hisoka Naoki telah mengubah namanya kepada Faith Hakimi, dia berjanji akan menjaga Fatinah sehingga nafas terakhirnya. Dia juga sudah menyimpan rasa cinta pada Fatinah semenjak pertama kali mereka bertemu. Dia menyesal terhadap perbuatannya pada Fatinah, tetapi dia sanggup bertanggungjawab dan menebus kesalahannya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now