[80] Something's Wrong With Him

2.4K 138 28
                                    

Kimi Zarif membuka pintu bilik Danian lalu melangkah masuk ke dalam bilik arwah sepupunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kimi Zarif membuka pintu bilik Danian lalu melangkah masuk ke dalam bilik arwah sepupunya itu. Kimi Zarif tidak ingat bila kali terakhir dia masuk ke dalam ruangan tersebut.

Kimi Zarif menutup pintu bilik, pandangannya terhenti pada meja yang berada di depan jendela kaca. Kimi Zarif masih ingat dengan jelas, di situlah dia dan Danian mengulang kaji pelajaran bersama. Ternyata Danian tidak pernah mengalihkan meja itu.

Kimi Zarif berjalan mendekati meja itu lalu melihat ke arah bawah meja, bibirnya mengukir senyuman saat melihat beberapa stiker yang melekat di bawah meja. Stiker yang mereka dapat dari dalam bungkusan gula-gula getah yang mereka beli di sekolah. Puan Aishah tidak pernah tahu tentang hal itu kerana Danian memang sangat licik dalam menyembunyikan hal seperti itu dari pengetahuan Puan Aishah. Sangat berbeza dengan Damian yang selalu berdisiplin dan tegas, Damian tidak pernah suka dengan idea nakal mereka berdua.

"Kalau besar nanti, kau nak jadi apa?" Soal Kimi Zarif. Saat itu mereka sedang duduk di kerusi meja belajar sambil melihat ke arah kolam renang dari tingkap kaca bilik Danian.

"Macam lah aku boleh pilih nak jadi apa." Jawab Danian lalu menyandarkan belakangnya di kerusi.

"Maksud kau? Kau tak ada cita-cita?" Soal Kimi Zarif lagi. Tiba-tiba Danian mengeluh kecil.

"I wish i can be like Ian, he can do whatever he wants.. Mama tak akan pernah peduli dengan apa yang Ian buat. Sedangkan aku? I need to be perfect because aku akan jadi pengganti papa. Tapi mestilah aku ada cita-cita aku sendiri.." Jelas Danian panjang lebar. Kimi Zarif menjadi simpati saat melihat wajah sedih sahabat baiknya itu.

"Apa cita-cita kau?" Soal Kimi Zarif.

"Aku nak jadi... Naga." Danian tergelak besar kerana sudah berjaya menyakat Kimi Zarif. Kimi Zarif menepuk kuat bahu Danian, dia tidak menyangka bahawa Danian sudah mempermainkannya.

"Takdelah, aku suka je dengan semua ni. Jadi pengganti papa tu bukannya teruk, asalkan semua orang happy. Aku pun akan happy juga." Bibir Danian mengukir senyuman manis saat melihat ke arah kolam renang. Kimi Zarif melihat ke arah yang sama, ternyata Danian sedang melihat ke arah Damian yang sedang duduk seorang diri di kerusi yang berada tidak jauh dari kolam renang.

"Ian tu pelik kan? Dia tak pernah nak main dengan kita. Aku tak faham lah dengan dia tu." Kata Kimi Zarif secara tiba-tiba.

"Nanti aku bagi tau Ian yang kau cakap macam tu dekat dia." Ugut Danian.

"Janganlah.. Aku gurau je.."

"Ian!!" Tiba-tiba Danian berdiri dari duduknya lalu menjerit memanggil nama Damian.

"Woi!" Kimi Zarif terus menekup mulut Danian dari belakang. Mata Kimi Zarif membulat saat Damian melihat ke arah mereka berdua. Danian sekadar menggeleng lalu membuat bentuk love menggunakan jari jemarinya ke arah Damian, sedangkan tangan Kimi Zarif pula masih kemas menekup mulutnya dari belakang. Damian sekadar berpaling tanpa menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

"Kau ni!" Kimi Zarif menarik tangannya dari mulut Danian.

"Hah, tau takut." Danian ketawa terbahak-bahak sehingga air matanya keluar. Dia tidak tahan melihat wajah takut Kimi Zarif.

Kimi Zarif duduk di kerusi meja belajar, hatinya terasa tenang saat teringat kenangan bersama sahabat baiknya itu. Dia sangat merindui Danian, tetapi Allah lebih sayangkan Danian. Kimi Zarif menarik satu laci yang berada di hadapannya, pandangannya terhenti pada satu buku hitam yang berada di dalam laci tersebut.

Tok tok tok!

Kimi Zarif melihat ke arah pintu bilik Danian saat terdengar pintu itu diketuk dari luar. Kimi Zarif terus membatalkan niatnya untuk mengambil buku hitam tersebut.

"Masuk." Arah Kimi Zarif sebelum pintu bilik itu terbuka dari luar. Kelihatan seorang pembantu rumah berdiri di depan pintu bilik sambil melihat ke arah Kimi Zarif.

"Puan Fatinah panggil Encik.." Kata pembantu rumah itu dengan sopan.

"Baiklah, terima kasih." Kimi Zarif berdiri dari duduknya lalu keluar dari ruangan itu. Pembantu rumah menutup pintu bilik lalu kembali melakukan tugasnya yang belum sepenuhnya selesai.

Kimi Zarif pergi ke arah bilik Puan Fatinah yang kebetulan tidak jauh dari bilik arwah Danian. Kimi Zarif mengetuk pintu bilik Puan Fatinah sebelum masuk ke dalam bilik. Kelihatan Puan Fatinah sedang duduk di sofa yang berada tidak jauh dari katil.

"Kenapa ibu panggil Kimi?" Soal Kimi Zarif.

"Boleh tak tolong panggilkan Saleha?" Pinta Puan Fatinah. Kimi Zarif bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja Puan Fatinah ucapkan.   Puan Fatinah memanggilnya hanya kerana hal itu?

Bukankah menjaga Puan Fatinah dan berada di Puan Fatinah adalah tugas Saleha? Kenapa Saleha pergi meninggalkan Puan Fatinah seorang diri? Semakin Kimi Zarif fikirkan, semakin sakit hati dan fikirannya.

"Saleha ada dekat kebun sayur." Sambung Puan Fatinah lagi.

"Baiklah ibu." Kimi Zarif meminta diri untuk pergi sebelum keluar dari ruangan Puan Fatinah.

Kimi Zarif menuruni setiap anak tangga lalu pergi ke ruang tamu, kelihatan beberapa pembantu rumah menyapa Kimi Zarif. Mereka senang dapat melihat Kimi Zarif kembali lagi di rumah agam Puan Aishah, mereka juga sudah pernah melihat semua drama yang dibintangi Kimi Zarif. Beberapa pembantu rumah baru juga kelihatan bersemangat untuk berkerja saat mengetahui bahawa perlakon terkenal itu adalah cucu Puan Aishah.

Sesampai di hadapan kebun sayur,  Kimi Zarif terus masuk ke dalam kebun kerana tidak mahu membuang waktu. Dia tidak pernah masuk ke dalam kebun sayur itu sebelum ini, jadi dia tidak berada tahu selok belok di dalam kebun tersebut.

Dari kejauhan Kimi Zarif dapat melihat Saleha sedang meletakkan sayur-sayuran yang baru saja di petiknya ke dalam bakul kecil yang berwarna coklat.

Tiba-tiba mata Saleha membulat saat melihat ulat bulu yang berwarna hijau melekat di tudungnya. Saleha berdiri kaku seperti tunggul buruk, tanpa sedar bibir Kimi Zarif mengukir senyuman saat melihat riak wajah takut Saleha.

Kimi Zarif berjalan mendekati Saleha. Namun, langkahnya terhenti saat melihat seorang lelaki sedang berdiri di sebelah Saleha. Lelaki itu sepertinya ingin membantu Saleha untuk membuang ulat bulu itu.

Kimi Zarif tiba-tiba merasakan satu perasaan yang sangat pelik di dalam hatinya. Dia tidak tahu kenapa hatinya terasa sakit saat melihat Saleha bersama dengan lelaki lain.

"Saleha.." Panggil Kimi Zarif. Saleha dan lelaki itu terus melihat ke arah Kimi Zarif dengan serentak. Melihat riak wajah serius Kimi Zarif, Saleha tahu bahawa dia sudah melakukan salah yang besar. Tetapi salah apa yang sudah dia lakukan? Kenapa lelaki itu mencarinya sehingga ke dalam kebun? Banyak persoalan bermain di fikiran Saleha sehinggakan dia terlupa dengan ulat bulu yang masih berada di tudungnya.

Kini Kimi Zarif sudah berdiri di hadapannya, mata Saleha membulat saat Kimi Zarif mengangkat tangannya ke arah wajah Saleha. Adakah Kimi Zarif akan memukulnya? Saleha memejamkan matanya kerana takut. Namun, sudah beberapa saat berlalu, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

Saleha membuka matanya membuatkan pandangan mereka bertemu. Saleha melihat ke arah ulat bulu sudah menghilang dari tudungnya. Mata Saleha membulat kerana terkejut, adakah Kimi Zarif baru saja membantunya?

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now