[11] Lukisan Misteri

11.8K 467 5
                                    

Maya masuk ke dalam ruangan Tuan Khaliq tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya masuk ke dalam ruangan Tuan Khaliq tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Maya?" Tuan Khaliq mengerutkan dahinya. Saat itu Tuan Khaliq dan Puan Natali sedang duduk di sofa yang berada tidak jauh dari meja kerja Tuan Khaliq.

Maya melihat ke arah Puan Natali dengan pandangan tajam.

"Maya nak cakap dengan daddy." Kata Maya sambil berpeluk tubuh. Tangannya kemas memegang fail putih.

"Daddy tengah bincang dengan mummy ni, hormat sikit." Kata Tuan Khaliq. Puan Natali tersenyum sinis.

"Maya cuma nak daddy tengok ni." Maya menyerahkan fail putih itu kepada Tuan Khaliq. Tanpa berfikir panjang, Tuan Khaliq terus melihat isi fail tersebut. Alangkah terkejutnya Tuan Khaliq saat dia melihat gambar Puan Natali keluar dari hotel sambil berpegangan tangan bersama dengan lelaki yang dia sangat kenali. Tidak lain tidak bukan, lelaki itu adalah Dato Sopian sahabatnya sendiri.

Mata Puan Natali membulat.

"I.. I boleh explain!" Puan Natali memeluk lengan Tuan Khaliq.

"Ni lah yang perempuan ni buat dekat belakang daddy!" Kata Maya. Bibir Puan Natali kelihatan pucat.

"Ahh!" Tuan Khaliq memegang dadanya yang tiba-tiba saja terasa sakit.

"Daddy!!" Maya terus mendapatkan Tuan Khaliq.

"You!" Puan Natali cuba untuk memegang tangan Tuan Khaliq namun terus ditepis oleh Maya.

"Lepas lah! Perempuan tak sedar diri!" Maya terus menampar wajah Puan Natali. Tiba-tiba beberapa bodyguard Tuan Khaliq masuk ke dalam ruangan itu. Mereka pun terus mengangkat Tuan Khaliq dan membawa Tuan Khaliq ke hospital yang berdekatan.

~°~

Puan Gress termenung sambil memandang caramel macchiato yang terhidang di meja hadapannya. Saat itu dia berada di Cafe ke sepuluh miliknya yang terletak di tengah kesibukan kota.

Semua pekerja kelihat focus melakukan tugas masing-masing. Mereka tidak menyangka Puan Gress akan datang melawat ke Cafe tersebut. Kedatangan Puan Gress betul-betul membuatkan mereka gementar.

Puan Gress mengeluh kecil, dia risau kerana sudah beberapa hari Damian tidak pulang ke rumah.

Kata-kata Kaisara tempo hari betul-betul menusuk ke hatinya. Puan Gress menyesali perbuatannya sendiri tapi dia tidak tahu ingin berbuat apa.

Dia berfikir patutkah dia meminta maaf pada Damian? Tetapi dia merasa Damian perlu menghormatinya kerana dia adalah mama kepada Damian, wanita yang melahirkannya. Sepatutnya Damianlah yang datang meminta maaf kepadanya.

"Dulu kau tak pernah sekali pun jalankan tanggungjawab kau sebagai mama pada aku."

kata-kata Damian bermain di fikiran Puan Gress. Puan Gress berpeluk tubuh sambil menyandarkan belakangnya di kerusi.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now