[45] Kaisara & Kaiz Ize

7.5K 316 15
                                    

𝟭 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟬𝟲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝟭 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟬𝟲

Bunyi guruh dan petir yang sambar menyambar membuatkan Kaisara terjaga dari tidurnya. Gadis kecil itu terus turun dari katil lalu keluar dari bilik sambil memeluk patung beruangnya. Kaisara berniat untuk pergi ke bilik Puan Syuhada kerana takut dengan bunyi petir dan guruh.

"Ibu.." Kaisara mengetuk pintu bilik tidur ibu dan ayahnya beberapa kali namun tiada sahutan. Kaisara pun terus mencuba untuk memulas tombol pintu, ternyata pintu bilik itu tidak berkunci.

"Ibu.." Kaisara masuk ke dalam bilik namun ibu dan ayahnya tidak kelihatan. Kaisara keluar dari bilik lalu menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah kerana ingin mencari ibu dan ayahnya.

Kelihatan Puan Syuhada dan Tuan Ashraf sedang berdiri di pintu utama seperti sedang berbual dengan seseorang. Dari anak tangga yang terakhir, Kaisara dapat melihat dengan jelas seorang wanita yang sedang menangis sambil memegang tangan seorang budak lelaki yang berumuran lingkungan 5 tahun.

Tidak lama selepas itu, wanita itu pergi tanpa membawa bersama budak lelaki yang berada di sebelahnya.

"Ibu.." Kaisara mendekati ibu dan ayahnya.

"Sayang.. Kenapa tak tido lagi?" Soal Puan Syuhada sedikit terkejut saat melihat anak gadisnya.

"Sara terbangun sebab bunyi petir.." Jawab Kaisara namun matanya sedari tadi hanya memandang ke arah budak lelaki yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Dia siapa?" Soal Kaisara sambil memeluk erat patung beruangnya.

"Mulai harini, dia adik Sara.." Jawab Tuan Ashraf lalu mengusap rambut Kaisara.

Kaisara memandang lama wajah Tuan Ashraf kerana bingung. Namun Kaisara terus mendekati budak lelaki itu lalu memegang tangan budak lelaki itu.

"Adik sejuk ayah.." Kata Kaisara sambil mendongak ke arah Tuan Ashraf. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Puan Syuhada. Tuan Ashraf mendukung tubuh kecil itu. Ternyata benar, tubuh budak lelaki itu terasa sejuk kerana terkena sedikit hujan.

Sejak kejadian malam itu, Kaisara kelihatan sangat gembira kerana mempunyai adik lelaki. Dia memang sangat mahukan adik sebelum ini, dia menganggap bahawa impiannya selama ini sudah tercapai.

"Nama saya Sara, nama adik?" Soal Kaisara namun budak lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil menatap wajah Kaisara.

Kaisara sedar bahawa budak lelaki itu tidak pernah berbual dengannya sebelum ini.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now