[51] Unwanted Child

7.8K 301 5
                                    

Sudah 15 minit Maya berdiri di luar bilik tidur Noah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah 15 minit Maya berdiri di luar bilik tidur Noah. Noah mengarahkan Maya untuk menunggunya di sofa ruang tamu tapi Maya menolak, dia tidak boleh duduk tenang kerana risau pada luka yang berada di leher Noah.

Selepas kejadian pagi tadi, Maya ingin terus membawa Noah pergi ke hospital untuk menerima rawatan namun Noah menolak. Dia meminta Maya menghantarnya pulang saja ke rumah kerana dia ingin di rawat oleh Doctor peribadinya.

Puan Natali pula sudah di urus oleh orang bawahan Noah, mereka akan merawat luka ringan Puan Natali sehingga Puan Natali sembuh.

Tiba-tiba pintu bilik Noah terbuka, doctor peribadi Noah keluar dari bilik tidur Noah lalu menutup kembali pintu bilik itu.

"Noah ok?" Soal Maya. Doctor itu mengangguk lalu tersenyum. Tanpa berfikir panjang lagi, Maya terus masuk ke dalam bilik Noah tanpa megetuk pintu terlebih dahulu.

Langkah Maya terhenti saat melihat Noah yang sedang duduk di birai katil tanpa mengenakan baju.

"Maya.." Noah kelihatan terkejut saat pandangan mereka bertemu. Tadi Noah sengaja membuka bajunya yang terkena sedikit darah dari lehernya.  Dia berniat ingin membersihkan diri, namun dia tidak menyangka bahawa Maya akan masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Kenapa dengan dada you?!" Soal Maya dengan wajah terkejut saat melihat bekas luka di dada Noah.

Noah tiba-tiba teringat kenangan saat dia mendapat luka di dadanya. Ketika itu dia baru berusia 5 tahun namun kenangan itu masih segar di ingatannya.

"Saya dah cakap! Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!" Jerit Puan Rosaline pada suaminya Tuan Richard.

Noah yang saat itu sedang bersembunyi di belakang sofa ruang tamu hanya mampu mendiamkan diri.

"Aku dah muak dengan alasan kau!!" Jerit Tuan Richard. Bergema suaranya di ruang tamu itu.

Tiba-tiba handphone Tuan Richard berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

"Lepas saya lahirkan Noah, awak ashik sibuk dengan kerja! Awak tak pernah peduli dengan saya! Awak dah berubah! Kalau saya tau macam ni, saya tak akan pernah lahir kan Noah!" Jerit Puan Rosaline.

Pang!

Mata Noah membulat saat melihat Tuan Richard menampar wajah Puan Rosaline. Noah terus berlari masuk ke dalam biliknya lalu menutup telinganya menggunakan kedua tangan kecilnya itu.

Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Noah, setiap hari dia akan mendengar Puan Rosaline dan Tuan Richard bergaduh.

"Aku kerja untuk kau! Untuk anak kita Noah!" Jerit Tuan Ricard. Dia sudah tidak tahan dengan sikap Puan Rosaline.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now