[74] Black Hair, Beautiful Eyes

3.5K 165 11
                                    

"Noah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Noah."

Sedari tadi Noah hanya melihat ke arah wad bersalin. Noah mengesat air matanya yang mengalir di pipi, jantungnya berdegup kencang saat teringat dengan keadaan Maya pagi tadi.

"Noah.." Panggil Puan Rosaline lagi, namun tiada sahutan dari Noah.

Noah teringat saat air ketuban Maya tiba-tiba pecah, Noah yang panik terus membawa Maya pergi ke hospital yang berdekatan. Ternyata Maya akan melahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh doctor.

"Noah."

Noah tersedar dari lamunannya saat terasa bahunya di tepuk pelan. Noah terus melihat ke arah Puan Rosaline yang ternyata sudah berdiri sebelahnya.

"Mama.." Noah sedikit terkejut saat melihat wajah Puan Rosaline, dia betul-betul tidak sedar dengan kehadiran Puan Rosaline.

Puan Rosaline duduk di sebelah Noah lalu mengesat air mata Noah yang mengalir di pipi, bibirnya mengukir senyuman tipis saat Noah menyalam tangannya. Mata Noah yang kelihatan merah di tatap lama oleh Puan Rosaline, dia tidak menyangka bahawa hari yang selama ini mereka nantikan telah tiba.

"Dah lama Maya dekat dalam?" Soal Puan Rosaline.

"Dah.. Sejam.." Jawab Noah. Dia tidak dapat mengawal perasaannya sendiri, dulu dia selalu ingin terlihat tenang di hadapan Puan Rosaline, tapi kali ini dia tidak mampu untuk melakukan hal itu.

Noah tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir, Puan Rosaline tidak pernah melihat Noah seperti itu sebelum ini. Puan Rosaline terus memeluk tubuh Noah, dia mengusap pelan belakang anak lelakinya itu.

"Maya akan ok.." Puan Rosaline cuba untuk menenangkan Noah.

"Noah risau.."

"Mama tau Noah risau."

~°~

Kaisara mendekati Kimi Zarif dan Diaz Ayyan yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Diaz Ayyan kelihatan sangat gembira saat bersama dengan Kimi Zarif.

"Kenapa Kimi balik tak bagi tau?" Soal Kaisara. Dia mengambil tempat di sofa yang berada di hadapan Kimi Zarif dan Ayyan, hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Sebab Kimi nak buat surprise untuk Yaya." Jawab Kimi Zarif. Tiba-tiba Diaz Ayyan memanjat naik di atas pangkuan Kimi Zarif lalu duduk di pangkuan Kimi Zarif.

"Again Achik." Diaz Ayyan sengaja meminta perhatian Kimi Zarif, dia mahu Kimi Zarif hanya melihat ke arahnya saja.

"Okay." Kimi Zarif menaip sesuatu di screen handphone lalu menunjukkan screennya pada Diaz Ayyan.

"What is this?" Soal Kimi Zarif.

"Violet." Jawab Kimi Zarif. Ternyata Kimi Zarif menaip satu ayat dan Diaz Ayyan akan membacanya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now