[10] Why Are You So Cute?

12.6K 507 15
                                    

Damian terbangun dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian terbangun dari tidurnya. Peluh halus mengalir di dahi Damian. Dia selalu mendapatkan mimpi yang sama berulang kali.

Damian duduk lalu melihat ke arah screen handphonenya. Jam sudah menunjukkan angka 11:20 malam. Tekak Damian tiba-tiba terasa haus. Tanpa berfikir panjang lagi Damian terus turun dari katil lalu keluar dari bilik.

Damian melihat ke arah pintu bilik Kaisara yang tertutup rapat. Dia ingin memeriksa keadaan Kaisara tapi dia terus membatalkan niatnya kerana sudah larut malam. Dia tidak ingin menganggu Kaisara, pasti Kaisara sedang dijaga oleh pembantu rumah.

Damian menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Malam ini hawa terasa lebih dingin dari sebelumnya. Damian mengerutkan dahi saat hidungnya menangkap bau makanan dari arah dapur.

Keadaan dapur sangat gelap sekali, Damian sedikit hairan kerana selalunya pembantu rumah tidak mematikan lampu dapur. Damian terus menghidupkan lampu dapur dan terlihatlah Kaisara yang sedang duduk di kerusi meja makan. Meja makan itu disediahkan untuk pembantu rumah.

"Kaisara?" Panggil Damian. Pandangan mereka bertemu.

"Dam.. Damian." Kaisara tersenyum kelat.

"Kau..

"Saya boleh jelaskan!" Kaisara terus berdiri dari duduknya lalu mendekati Damian.

"Saya lapar lepastu saya turun dan masak samyang.." Jelas Kaisara. Damian melihat ke arah garfu yang masih berada di genggaman Kaisara.

"Okay.." Jawab Damian singkat. Dia hairan bagaimana Kaisara boleh mendapatkan samyang, padahal Damian tidak pernah melihat samyang di rumah agam Puan Aishah sebelum ini.

Damian mengerutkan dahinya, dia hampir lupa tentang keadaan Kaisara.

"Kau dah ok? Mana pembantu rumah?" Soal Damian. Kaisara terus pergi ke arah kerusi meja makan lalu duduk ke tempatnya tadi.

"Saya masih rasa sakit kepala tapi dah ok, saya tak ingat apa-apa yang dah jadi. Tapi saya lapar.." Jawab Kaisara. Damian mendekati Kaisara lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan Kaisara. Hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Saya dah suruh pembantu rumah rehat tadi sebab saya tak sampai hati." Sambung Kaisara lagi. Kaisara sambung makan samyang tadi kerana takut samyangnya jadi sejuk.

"Habistu kenapa kau makan dalam gelap?" Tanya Damian sambil memerhatikan Kaisara makan.

"Tadi tak, tapi saya nampak Damian datang. Lepastu saya matikan lampu." Jelas Kaisara.

"Sebab?" Tanya Damian.

"Sebab saya takut Damian marah.. Tapi nasib baik Damian tak marah." Kaisara tersenyum manis.

"Siapa kata aku tak marah?" Tanya Damian. Tiada riaksi di wajahnya. Senyuman Kaisara terus mati.

"Kau sakit, kau tak boleh makan samyang. Kau dapat samyang ni dari mana?" Soal Damian dengan nada biasa tapi terdengar tegas. Kaisara telan air liur.

"Ni samyang saya.." Jawab Kaisara.

"Nanti Nenda marah kalau tau kau makan samyang." Damian mengangkat tangannya lalu memegang mangkuk yang berisikan samyang milik Kaisara. Namun Kaisara terus menepis tangan Damian. Kini mangkuk itu selamat di dalam pelukannya.

"Damian.. Saya minta maaf.. Tapi dah lama saya tak makan samyang.." Kata Kaisara dengan nada sedih. Dia tidak tahu bahawa Puan Aishah tidak mengizinkannya untuk makan samyang. Tanpa sedar bibir Damian mengukir senyuman.

"Makanlah." Damian menyandarkan belakangnya di kerusi sambil melihat ke arah Kaisara.

"Betul ke?" Tanya Kaisara was-was. Damian hanya mengangguk. Kaisara pun terus meletakkan kembali mangkuk yang berisikan samyang itu di atas meja.

"Why are you so cute?" Soal Damian.

"Hah?" Kaisara buat muka pelik. Tangannya masih memegang kemas mangkuk itu kerana takut Damian mengambil mangkuk itu darinya.

"Comot." Kata Damian. Kaisara terus mengelap mulutnya menggunakan tisu.

"Kenapa Damian masih dekat sini?" Tanya Kaisara. Dia merasa tidak selesa jika Damian memerhatikannya makan.

"Kau nak makan atau tak?" Soal Damian dengan wajah serius.

"Nak." Jawab Kaisara laju.

"Makan je, jangan banyak tanya."

"Baik.."

~°~

Keesokan harinya, awal pagi lagi Puan Aishah sudah masuk ke dalam bilik Kaisara kerana ingin memeriksa keadaan Kaisara.

"Kaisara dah ok." Kata Kaisara sambil tersenyum manis. Lega hati Puan Aishah saat melihat keadaan Kaisara yang sudah semakin baik dari kemarin. Puan Aishah tersenyum sambil mengusap rambut Kaisara.

Tiba-tiba Kaisara terasa sebak saat Puan Aishah mengusap rambutnya. Tangan Puan Aishah terasa hangat, sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang seperti itu.

"Terima kasih Nenda." Kata Kaisara pelan.

"Sama-sama." Puan Aishah tersenyum.

"Jom sarapan dengan Damian." Kata Puan Aishah.

"Baik."Kaisara mengangguk. Selepas itu Puan Aishah dan pembantu rumah keluar dari bilik kerana memberi ruang untuk Kaisara.

Kaisara terus bangun lalu masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai membersihkan diri, Kaisara pun terus turun ke tingkat bawah lalu pergi ke meja makan. Kelihatan Puan Aishah dan Damian sudah berada di situ. Damian kelihatan segak seperti biasa.

"Selamat pagi nenda.." Sapa Kaisara lalu duduk di kerusi yang berada di sebelah Puan Aishah.

"Selamat pagi Kai." Puan Aishah tersenyum.

"Sayang dah ok?" Tanya Damian. Pandangan mereka bertemu. Kaisara masih kekok saat mendengar Damian memanggilnya sayang.

"Alhamdulillah dah ok.." Jawab Kaisara. Kaisara terus teringat kejadian semalam, nasib baiklah Damian tidak memberi tahu kejadian itu pada Puan Aishah.

"Semalam.." Damian seperti ingin mengatakan sesuatu tapi dia tidak meneruskan katanya. Mata Kaisara terus membulat. Damian melihat ke arah Puan Aishah.

"Kenapa dengan semalam?" Tanya Puan Aishah. Kaisara telan air liur.

"Semalam Kai.." Damian melihat ke arah Kaisara.

"Kenapa dengan Kai?" Tanya Puan Aishah. Kaisara melihat ke arah Damian dengan penuh berharap bahawa Damian tidak akan memberi tahu Puan Aishah.

"Kai cakap dia rindu Ian, Kaisara ni manja sangat nenda." Kaisara terngangah kerana tidak percaya dengan kata-kata yang baru saja diucapkan oleh Damian.

Puan Aishah tergelak kecil.

"Kan sayang." Damian tersenyum. Kaisara tahu Damian sengaja ingin menyakatnya. Kaisara rasa sakit hati tapi dia tiada pilihan lain.

"Y.. Yaa.." Jawab Kaisara singkat.

Tiba-tiba Kaisara rasa bersalah kerana tidak berkata jujur pada Puan Aishah. Dia berniat ingin mengatakan hal sebenar pada Puan Aishah tenghari nanti. Kerana jika dia tidak jujur, itu sama saja seperti dia membohongi Puan Aishah.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now