[5] Rindu Tiada Penghujung

15.5K 564 11
                                    

Puan Aishah membuka album lama yang berada di atas meja kaca, aat itu Puan Aishah dia duduk di sofa yang berada di dalam bilik bacaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Aishah membuka album lama yang berada di atas meja kaca, aat itu Puan Aishah dia duduk di sofa yang berada di dalam bilik bacaannya.

Puan Aishah mengusap gambar arwah Danian, abang kembar kepada Damian. Sudah 3 tahun Danian meninggalkan mereka, tiada sehari pun dia tidak memikirkan Danian, dia sangat merindui cucunya.

𝟮𝟬 𝗢𝗖𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟭𝟴
𝟭𝟬:𝟯𝟬 𝗔𝗠

Danian melangkah masuk ke dalam bilik bacaan Puan Aishah, kelihatan puan Aishah sedang fokus memeriksa fail yang berada di meja kerjanya. Wajah tua itu ditatap lama oleh Danian. Senyuman indah terus terbit di bibirnya, dia sangat merindui Puan Aishah.

Danian mendekati meja kerja Puan Aishah dengan langkah yang perlahan, tiba-tiba idea nakal muncul di fikirannya.

"Nenda!!" Terpah Danian. Terangkat kedua bahu Puan Aishah kerana terkejut. Bergema suara ketawa Danian di bilik bacaan Puan Aishah. Walaupun Danian sudah berumur 20 tahun, sikap nakal dan suka menyakatnya tidak pernah berubah.

"Ya Allah Danian.. " Puan Aisha menggeleng sambil mengusap dadanya. Terkejut sungguh dia, nasib baiklah fail yang dipegangnya tadi tidak jatuh ke atas lantai. Danian mengesat air matanya yang mengalir kerana terlalu ketawa.

Hati Puan Aishah terasa tenang saat mendengar gelak tawa Danian, senyuman Danian menjadi pengubat hatinya yang duka dan sakatan Danian selalu membuat harinya yang sunyi menjadi ceria. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan cucu-cucunya kerana ada urusan kerja di luar negara.

"Danian rindu nenda.." Tangan tua Puan Aishah di salam lalu kedua pipi Puan Aishah di ciumnya. Rindu sungguh dia dengan Puan Aishah.

"Nenda pun rindu Danian." Puan Aishah mengusap rambut Danian seperti mengusap rambut anak kecil. Danian hanya tersenyum saat dimanjakan oleh Puan Aishah.

Puan Aishah mengesat air matanya yang mengalir di pipi, dia tidak akan pernah dapat melupakan kejadian 3 tahun lepas. Hatinya bagaikan hancur berkepingan saat mengetahui bahawa cucu dan anak menantunya meninggal dunia akhibat kemalangan jalan raya.

Nasib baiklah masih ada Damian di sisinya, dia selalu berharap dapat melihat Damian berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri sebelum dia meninggal dunia.

Hanya Puan Aishah sahaja yang memahami sikap Damian, sudah banyak yang Damian lalui. Dia sangat gembira saat Damian mengenalkan Kaisara padanya, akhirnya dia dapat melihat Damian hidup bahagia.

Tok Tok Tok

Kedengaran pintu bilik Puan Aishah di ketuk dari luar.

"Masuk." Arah Puan Aishah. Pintu itu terbuka lalu kelihatan Kaisara berdiri di depan pintu.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now