[85] How Can I Forget Her?

3.3K 159 39
                                    

Kaiz Ize memberhentikan kerjanya saat terdengar pintu ruangannya di ketuk dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaiz Ize memberhentikan kerjanya saat terdengar pintu ruangannya di ketuk dari luar.

"Masuk." Arah Kaiz Ize sebelum pintu itu terbuka luas. Kaiz Ize kelihatan terkejut saat melihat seorang lelaki masuk ke dalam ruangannya. Bebola mata yang berwarna hijau jernih itu di tatap lama oleh Kaiz Ize, dia yakin bahawa lelaki itu adakah Harith Matten, bekas tunang Kaisara.

"Abang.." Kaiz Ize berdiri dari duduknya lalu mendekati Harith Matten.

"Kaiz.." Mereka berdua pun terus bersalaman.

"Duduklah." Pelawa Kaiz Ize, Harith Matten pun terus duduk di sofa yang berada tidak jauh dari meja kerja Kaiz Ize.

"Bila abang balik Malaysia?" Soal Kaiz Ize sebelum mengambil tempat di sofa yang berada di hadapan lelaki itu.

"Dua hari lepas." Jawab Harith Matten. Kaiz Ize tidak ingat bila kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu. Selepas pertunangan Harith Matten dan Kaisara putus, Kaiz Ize tidak pernah lagi mendengar khabar berita dari lelaki itu. Kaiz Ize hanya mengetahui bahawa Harith Matten sudah pindah ke luar negara bersama keluarganya.

"Sara sihat?" Soal Harith Matten.

"Sihat.."

"Betul ke Sara lupa ingatan?"

Soalan Harith Matten membuatkan Kaiz Ize terkedu, adakah lelaki itu datang menemuinya hanya kerana ingin bertanya tentang keadaan Kaisara?

"Abang tau yang Sara dah kahwin.. Tapi Kaiz tahu kan yang abang masih peduli dengan Kaiz dan Sara.. Abang dah anggap Kaiz dan Sara macam family abang sendiri." Jelas lelaki itu.

"Kaiz fikir abang dah lupakan kakak.."

"How can i forget her?" Bibir Harith Matten mengukir senyuman tipis.

𝟭𝟲 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝘆 𝟮𝟬**

Harith Matten mendekati Kaisara yang sedang duduk seorang diri di sofa ruang tamu. Sudah dua minggu dia tidak bertemu dengan wanita yang bergelar tunang kepadanya itu.

"Sara.." Harith Matten duduk di sofa yang berada di hadapan Kaisara, hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Matten." Seperti biasa, gadis itu tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

"You still mad at me?" Soal Harith Matten.

"Why should i be mad at you, Matten?" Soalan berbalas soalan.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now