[4] You Will Be Mine

16.9K 588 49
                                    

Kaisara menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah, tadi dia hampir tersesat kerana rumah agam itu kelihatan sangat besar baginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah, tadi dia hampir tersesat kerana rumah agam itu kelihatan sangat besar baginya. Nasib baiklah ada pembantu rumah menunjukkan arah padanya.

Kaisara melihat ke arah beberapa pembantu rumah yang sedang melakukan tugas masing-masing. Dia tiba-tiba terfikir ingin memohon kerja di rumah agam Puan Aishah, tapi adakah dia akan diterima?

'Siapa agaknya yang tinggal dalam rumah besar ni?' Bisik hati kecil Kaisara. Dia pun terus duduk di anak tangga yang terakhir.

"Selamat pagi Cik Muda." Sapa salah seorang wanita yang berpakaian sama seperti pembantu rumah yang lain.

"Cik Muda?" Soal Kaisara hairan, dia terus melihat ke kiri dan kanan. Namun, dia tidak melihat sesiapa.

"Puan besar panggil untuk sarapan bersama." Kata wanita itu lagi. Dia tersenyum manis ke arah Kaisara.

Kaisara yang sedikit bingung hanya mengikuti saja kemana wanita itu pergi membawanya.

"Selamat pagi Kai." Sapa Puan Aisyah yang sedang duduk di kerusi meja makan, sedangkan Damian pula duduk tidak jauh dari Puan Aisyah. Meja makan itu sangat besar, ada 10 kerusi tapi hanya dua sahaja yang terisi.

"Selamat pagi Puan.." Kaisara tersenyum kelat, sejujurnya dia tidak biasa diperlakukan seperti itu.

"Panggil Nenda yaa.. Duduk lah Kai, kita sarapan sama-sama sebelum Ian pergi kerja." Kata Puan Aisyah. Kaisara mengangguk lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan Damian. Lelaki itu kelihatan segak saat mengenakan suit hitam, tapi dia tidak akan tertipu dengan wajah kacak itu.

"Sayang.." Panggil Damian, mata Kaisara terus membulat. Adakah dia tersalah dengar? Betul kah lelaki itu baru saja memanggilnya dengan gelaran sayang?

"Sayang." Panggil Damian lagi. Kaisara melihat ke arah Puan Aishah dan Damian silih berganti.

"Y.. Ya.." Jawab Kaisara takut-takut.

"Are you okay?" Soal Damian.

"Hm.." Kaisara kelihatan bingung, Damian hampir terlupa bahawa Kaisara tidak faham bahasa english.

"Kai okay?" Soal Puan Aishah.

"Kai cuma segan." Jawab Damian.

"Janganlah segan dengan Nenda, Damian dah cerita semuanya pada Nenda semalam, lagipun lepas ni kita akan jadi keluarga." Puan Aishah tersenyum manis.

Keluarga? Kaisara tidak pernah terfikir akan memiliki keluarga lagi setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia akhibat kemalangan jalan raya 3 tahun lepas.

Kaisara tertunduk merenung jari jemarinya yang berada di bawah meja. Dia merasa bersalah kerana sudah menipu wanita itu, dia rasa bersalah tapi dia tidak berani untuk berterus terang di hadapan Damian. Dia takut lelaki itu akan melakukan sesuatu yang buruk kepada dirinya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now