[19] Those Beautiful Eyes

11K 456 15
                                    

"Cik Muda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Muda." Sapa seorang pembantu rumah yang sedang lalu disebelah Kaisara. Kaisara tersenyum manis ke arahnya.

Hari ini Kaisara ingin meneruskan niatnya untuk melukis peta di buku kecilnya. Kerana sakit, dia tidak sempat untuk melukis. Jadi dia akan menggunakan masa yang ada untuk melukis beberapa peta lagi.

Kaisara sudah masuk di beberapa bilik tetamu.

"Besarnya bilik air ni." Kaisara kagum saat masuk ke dalam bilik air tetamu. Dia tidak tahu macam mana dia boleh tersesat sampai ke bilik air tersebut. Dari luar tidak kelihatan seperti bilik air bagi Kaisara.

Kaisara terus keluar dari bilik air itu lalu masuk ke dalam bilik yang berada tidak jauh dari tempat tadi. Ternyata Kaisara masuk ke dalam gym, Kaisara melihat sekeliling dengan wajah kagum.

"Waa.. Ini gym.." Kaisara mula melukis-lukis sesuatu di dalam buku kecilnya.

"Kai?" Kaisara terdengar namanya di panggil, dia pun terus melihat ke arah datangnya suara tersebut. Terlihat Damian sedang berdiri tidak jauh darinya. Damian tidak mengenakan baju membuatkan six packs absnya kelihatan jelas. Damian mengelap rambutnya yang basah kerana peluh sambil melihat ke arah Kaisara.

Buku yang dipegang Kaisara terus jatuh ke atas lantai kerana terkejut. Dia tidak menyangka ada Damian di dalam ruangan itu.

Kaisara berdiri macam tunggul buruk sambil memandang ke arah Damian. Damian membiarkan tuala kecil itu tersangkut di bahunya lalu mendekati Kaisara.

"Kenapa?" Tanya Damian lalu menyentuh dagu Kaisara. Damian mendongakkan wajah Kaisara untuk memandang wajahnya.

"Aku masih cantik?" Tanya Damian lalu tersenyum. Pipi Kaisara tiba-tiba terasa panas. Kaisara menepis tangan Damian lalu undur satu langkah kebelakang.

"Awak.. Tak malu ke Damian?" Tanya Kaisara tersekat-sekat.

"Malu?" Soalan itu membuatkan Damian tergelak kecil.

"Kau dah nampak lebih dari ni Kai." Sambung Damian lagi. Dia mengambil buku Kaisara yang jatuh di lantai lalu melihat isi buku tersebut.

Damian tergelak kecil saat melihat lukisan Kaisara. Nampaknya Kaisara masih belum putus asa untuk melukis peta rumah agam Puan Aishah.

"Buku saya.." Kaisara cuba untuk mengambil buku itu namun gagal kerana Damian terus mengangkat tangannya tinggi.

"Ambil lah kalau dapat." Damian sengaja ingin menyakat Kaisara. Kaisara mengerutkan dahinya kerana sakit hati. Dia tahu Damian sengaja membulinya kerana dia lebih rendah dari Damian. Kaisara cuba untuk mengambil buku itu dengan sedaya upaya. Pipi Kaisara memerah kerana menahan malu sendiri. Kaisara tidak mahu menunjukkan kelemahannya di hadapan Damian.

Wajah malu Kaisara membuatkan hati Damian diserang debaran. Mungkin dia sudah terobses dengan Kaisara. Semua yang Kaisara lakukan, dia menyukainya.

"Damian!" Kaisara marah namun Damian hanya tersenyum. Kaisara melompat kecil, mencuba untuk mencapai buku yang berada di tangan Damian namun gagal. Kaisara hampir terjatuh namun Damian sempat merangkul pingangnya.

Mata Kaisara membulat, jantungnya berdegup kencang saat pandagan mereka bertemu.. Begitu juga dengan Damian, mata yang indah itu membuatkan Damian terpaku.

Beberapa saat sudah berlalu namun tangan Damian masih merangkul pinggang langsing isterinya.

"Damian!" Kaisara mencubit lengan Damian membuatkan Damian tersedar dari lamunannya. Dia tidak dapat berhenti daripada menatap mata indah Kaisara.

Kaisara menarik tangan Damian lalu mengambil bukunya. Dia berjaya mengambil buku itu saat Damian terleka.

Damian tersenyum saat melihat Kaisara berlari keluar dari ruangan itu. Damian menutup mukanya mengunakan satu tangan.

"Comel.." Bibirnya tidak henti mengukir senyuman.

~°~

Kelihatan seorang wanita tinggi lampai yang memakai dress hitam paras peha keluar dari Van hitam miliknya. Siapa lagi kalau bukan Maya.

Rambutnya yang panjang berwarna hitam itu di biarnya terhurai.

Maya menekan lonceng rumah agam Puan Aishah. Dia masih belum putus asa untuk mendapatkan Damian. Dia akan cuba semua yang dia mampu untuk membuatkan Damian menjadi miliknya. Hari ini dia akan melihat sendiri wajah Kaisara, wanita yang sudah merampas Damian dari dirinya.

Pintu di hadapan Maya terbuka, kelihatan seorang pembantu rumah tersenyum ke arah Maya. Maya membalas senyuman pembantu rumah itu.

"Nenda ada?" Tanya Maya. Dulu Maya selalu datang ke rumah agam Puan Aishah kerana mencari Danian, jadi semua pembantu rumah sangat mengenali Maya dengan baik.

"Ada.." Pembantu rumah itu membuka pintu agam dengan luas. Maya masuk lalu pergi ke ruang tamu. Kelihatan Puan Aishah duduk di sofa sambil menghirup coffee suamnya.

"Nenda.." Maya menyapa Puan Aishah lalu menyalam tangan tua Puan Aishah. Puan Aishah tersenyum saat melihat kehadiran Maya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Maya sejak Danian meninggal dunia.

"Duduklah." Kata Puan Aishah. Maya pun terus duduk di sofa yang berada di hadapan Puan Aishah, hanya meja kaca yang memisahkan mereka.

"Nenda sihat?" Tanya Maya lalu menyilangkan kakinya.

"Sihat alhamdulillah.." Jawab Puan Aishah. Maya tersenyum ceria.

"Dah lama Nenda tak nampak Maya." Puan Aishah tahu dulu Maya sangat menyukai Danian namun Danian tidak pernah menerima cintanya, tapi gadis itu tidak pernah berputus asa. Puan Aishah juga tahu Maya cuba untuk memikat hati Damian namun gagal. Puan Aishah berharap bahawa Maya akan berubah kerana baginya Maya adalah seorang gadis yang baik dan menghormati orang tua.

"Kai." Panggil Puan Aishah saat melihat Kaisara menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah.

Tidak lama selepas itu Kaisara pergi ke arah Puan Aishah sambil tersenyum manis. Maya terus berdiri dari duduknya saat melihat wajah Kaisara. Matanya membulat. Maya kelihatan sangat terkejut sekali.

Kaisara kagum saat melihat kecantikkan Maya, tubuhnya yang tinggi dan langsing sudah seperti model dan pelakon terkenal.

"Maaf Nenda.. Maya balik dulu." Kata Maya sebelum berlalu pergi meninggalkan Kaisara dan Puan Aishah di ruang tamu.

Kaisara hanya mendiamkan diri kerana masih bingung dengan situasi tersebut. Adakah wanita itu pergi kerana tidak mahu bertemu dengannya?

"Siapa-

"Itu Maya, dulu Fatimah nak jodohkan Damian dengan Maya tapi Damian menolak." Belum sempat Kaisara menghabiskan katanya, Puan Aishah sudah memotong.

"Hah?!" Kaisara terkejut. Ternyata wanita cantik itu adalah Maya.

"Sebab dia tak cantik."

Kata-kata Damian tempoh hari terlintas di fikiran Kaisara. Damian menolak cinta wanita secantik Maya dan mengatakan bahawa Maya tidak cantik. Alasan itu tidak dapat diterima oleh Kasara.

'Damian memang dah buta..' Kata Kaisara dalam hati.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now