[6] Childhood Memories

14K 567 8
                                    

Kaisara berdiri bagaikan tunggul buruk sambil melihat ke arah Damian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara berdiri bagaikan tunggul buruk sambil melihat ke arah Damian. Jantungnya berdegup kencang, apakah yang Damian akan lakukan pada dirinya.

"Damian.." Akhirnya Kaisara berjaya mengumpul semua keberaniannya untuk bersuara.

"Wait." Kata Damian sebelum berlalu pergi meninggalkan Kaisara seorang diri.

"Dia kata apa?" Soal Kaisara sendiri. Kaisara membuka handphonenya lalu menekan aplikasi google kerana ingin mentranslate perkataan itu.

"Oh tunggu.." Kata Kaisara sendiri.

Tidak lama selepas itu, dari kejauhan Kaisara dapat melihat Damian mendekatinya. Lelaki itu kelihatan lebih segak saat memakai t-shirt hitam, ternyata Damian pergi sebentar kerana ingin menukar baju.

Kaisara bagaikan terpukau dengan kekacakan lelaki itu, Kaisara hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Pandang apa?" Soal Damian. Bahu Kaisara terangkat kerana terkejut, ternyata lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Kaisara yang malu terus berpaling ke arah lain, dia tidak mahu Damian tahu bahawa dia terpukau dengan kekacakan lelaki itu.

Damian terus berlalu pergi meninggal Kaisara yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Kaisara pun terus mengikuti Damian dari belakang sehingga mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Kita nak pergi mana?" Soal Kaisara kerana tidak dapat melawan sifat ingin tahunya.

"Beli baju untuk kau." Jawab Damian tanpa riaksi di wajahnya.

"Tapi saya nak ambil barang dekat rumah sewa lama saya.." Kata Kaisara.

"Beli je yang baru."

"Tapi Encik.. Ada barang kenangan saya dekat sana, saya perlu ambil-

"How many times do I have to tell you!" Belum sempat Kaisara menghabiskan kata-katanya, Damian sudah memotong. Damian melihat ke arah Kaisara membuatkan pandangan mereka bertemu. Dia tidak meneruskan kata-katanya saat melihat wajah terkejut Kaisara.

Kaisara kelihatan takut, matanya kelihatan merah seperti ingin menangis. Damian kembali melihat ke arah Depan.

"Ian.. Panggil aku Ian." Kata Damian.

"Baik.." Jawab Kaisara, kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya. Dia sangay terkejut saat Damian tiba-tiba meninggikan suaranya. Kaisara tidak tahu apa kesalahan yang sudah dia lakukan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Damian. Kaisara pun terus memberi tahu alamat kedai bunga tempatnya dulu berkerja pada Damian.

Tidak lama selepas itu, mereka pun sampai di depan kedai bunga yang Kaisara maksudkan. Kaisara berniat ingin meminjam kunci rumah pada bekas bossnya.

"Ian.. Tunggu kejap yaa.." Kata Kaisara. Belum sempat Damian berkata apa-apa, Kaisara sudah keluar dari perut kereta. Kelihatan Kaisara masuk ke dalam kedai bunga tersebut.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now