[56] Unforgettable Feelings

6.8K 304 19
                                    

Kaisara masuk kedalam ruang kerja Damian lalu mendekati Damian yang sedang duduk si sofa yang berada tidak jauh dari meja kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara masuk kedalam ruang kerja Damian lalu mendekati Damian yang sedang duduk si sofa yang berada tidak jauh dari meja kerjanya. Kaisara duduk di sebelah Damian lalu menyentuh dahi Damian menggunakan telapak tangan kanannya, ternyata suhu badan Damian sudah tidak panas seperti semalam.

Damian memegang tangan Kaisara lalu mencium telapak tangan isterinya itu. Bibir Damian terasa lembut di bawah telapak tangan Kaisara.

Kelakuan Damian yang seperti itu tidak pernah gagal membuat jantung Kaisara berdegup kencang. Damian tersenyum saat melihat rona merah di pipi Kaisara.

"I love you sayang." Damian berkata sambil melihat tepat ke sepasang mata indah milik isterinya itu.

"I love you more.." Kaisara tersenyum manis lalu mengusap pipi Damian. Dia tiba-tiba rasa bersalah kerana sudah menganggu masa kerja Damian.

"Abang sibuk?" Soal Kaisara, sebenarnya dia berniat ingin bertanya sedikit soalan pada Damian.

"Sayang nak tanya apa?" Soalan berbalas soalan. Sebenarnya Damian sibuk, namun dia sudah kenal dengan sifat isterinya. Dari riak wajah Kaisara, pasti Kaisara ingin menanyakan sesuatu kepadanya.

Kaisara melihat ke arah jari jemarinya yang kelihatan kecil saat menyatu dengan jari Damian.

"Tinggi abang berapa?" Soal Kaisara secara tiba-tiba.

"185." Jawab Damian. Kaisara terus mengingati tingginya yang cuma berangka 160cm. Kaisara tersenyum cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya kerana tidak mahu Damian risau terhadap dirinya.

Sejujurnya berbezaan tinggi mereka membuatkan Kaisara merasa tidak sepadan dengan Damian. Dia mula terfikir bahawa jika Damian tidak bertemu dengannya, pasti sekarang Damian sudah bersama dengan gadis yang lebih cantik dan tinggi dari dirinya.

Dia tahu dia tidak sepatutnya memikirkan hal itu, namun dia tidak dapat melawan fikirannya sendiri. Mungkin kerana dia sedang mengandung, perasaannya terasa lebih sensetive dari sebelum ini.

Mata Kaisara membulat saat Damian tiba-tiba mencium bibirnya. Kaisara dapat merasa tangan Damian memeluk erat pinggangnya. Damian melepaskan ciumannya lalu menatap lama wajah Kaisara dengan penuh cinta sebelum bibirnya menyentuh bibir Kaisara untuk kedua kalinya.

Kaisara memejamkan matanya, ciuman itu membuatkan Kaisara melupakan semua masalah yang tadi menggangu fikirannya. Selepas beberapa saat, akhirnya Damian melepaskan ciuman itu.

"Sayang fikir bukan-bukan lagi?" Soal Damian. Kaisara terus menggeleng laju. Damian tersenyum lalu mencium dahi Kaisara. Dia tidak mahu Kaisara memikirkan hal yang tidak penting, dia mahu membuat isterinya bahagia dan dia akan melakukan apa saja untuk membuat hal itu menjadi kenyataan.

~°~

Sedang Puan Rosaline sibuk memasak sarapan pagi di dapur, dia di kejutkan dengan kehadiran anak lelakinya.

"Good morning.." Sapa Puan Rosaline sebelum mendukung tubuh kecil itu. Noah Han hanya mendiamkan diri sambil menatap wajah Puan Rosaline.

Puan Rosaline tergelak kecil saat melihat anaknya yang masih mamai. Tuan Ammar, suami Puan Rosaline tiada di rumah kerana ada urusan kerja di luar negara. Jadi hanya ada Puan Rosaline dan Noah Han saja di rumah saat itu.

Tiba-tiba lonceng rumah Puan Rosaline berbunyi. Puan Rosaline sedikit bingung kerana dia tidak menjemput sesiapa untuk datang ke rumahnya.

"Tunggu mama." Pesan Puan Rosaline pada Noah Han, tanpa berfikir panjang lagi Puan Rosaline terus bergegas pergi ke pintu utama.

Puan Rosaline membuka pintu utama, kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapannya bersama sejambak bunga tulip di tangannya.

Mata Puan Rosaline membulat, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Puan Rosaline tiba-tiba merasa sebak. Benarkah apa yang di lihatnya? Lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini kelihatan sangat mirip seperti anak lelakinya, Noah.

"Mama.." Lelaki itu tersenyum membuatkan Puan Rosaline yakin bahawa lelaki itu adalah anak lelakinya. Puan Rosaline sudah tidak dapat menahan air matanya dari mengalir di pipi. Puan Rosaline mengangkat tangannya cuba untuk memeluk Noah namun..

"Aku dah bagi tau kau, jangan ganggu hidup kami lagi."

Tindakannya terhenti kerana teringat  kata-kata Tuan Richard tempoh hari.

"No.. Noah.." Akhirnya Puan Rosaline bersuara. Noah mengangguk, kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Noah.

"I miss you." Kata-kata itu keluar dari mulut Noah. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa, tapi yang pasti dia sangat merindui wanita yang sedang berdiri di hadapannya saat ini.

Tiada apa-apa yang berubah pada Puan Rosaline, wanita itu masih kelihatan sangat anggun. Noah rasa bahagia saat mengtahui bahawa selama ini Puan Rosaline selalu datang di kediaman mereka saat dia belajar di luar negara.

Tuan Richard tidak pernah memberitahu hal itu kepada Noah kerana tidak mahu membuat Noah mengingati masa lalunya. Namun Tuan Richard salah, Noah tidak pernah sekali pun membenci Puan Rosaline. Malahan dia saat merindui wanita itu.

Puan Rosaline terus memeluk tubuh Noah, anaknya yang selama ini dia rindui.

"Mama minta maaf Noah." Puan Rosaline tahu, perkataan maaf saja tidak cukup.

Noah membalas pelukan Puan Rosaline, dia tidak pernah membayangkan bahawa dia dapat memeluk Puan Rosaline lagi. Selepas mengetahui bahawa Puan Rosaline sudah mempunyai keluarga sendiri, Noah turut merasa bahagia untuk Puan Rosaline. Namun dia mahukan lebih, tanpa sedar dia selalu melihat Puan Rosaline dari jauh. Saat bertemu dengan Puan Rosaline tempoh hari, Noah tidak pernah membayangkan hal itu. Namun jauh di dalam lubuk hatinya, dia sangat bahagia saat mendengar suara Puan Rosaline lagi.

Saat Puan Rosaline memeluk tubuhnya, pelukan Puan Rosaline terasa hangat.. Perasaan yang selama ini tidak pernah dilupakan oleh Noah, akhirnya dapat dia rasakan lagi. Puan Rosaline menangis semahunya di dada Noah.

"Mama.." Kedengaran suara Noah Han dari belakang Puan Rosaline membuatkan Puan Rosaline tersedar. Dia baru teringat bahawa dia meninggalkan Noah Han menunggu terlalu lama di dalam dapur.

Puan Rosaline meleraikan pelukannya lalu mengesat air matanya yang mengalir di pipi.

"Noah.. Ini-

"Noah tahu.. Maaf sebab Noah tak datang jenguk mama selama ni.." Noah tersenyum. Dia tidak mahu membuatkan Puan Rosaline risau. Puan Rosaline tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana dia sudah mengetahui semuanya.

Puan Rosaline terkedu, air matanya tidak dapat berhenti dari terus mengalir. Tiada sehari pun dia tidak  memikirkan Noah, dia rasa sangat bersalah dan menyesal. Namun semuanya sudah terlambat. Saat mengetahui bahawa Noah tidak pernah sekali pun menyebut namanya, hatinya kecewa tapi dia merasa bahawa dia memang layak untuk dilupakan.

Namun saat melihat Noah datang menemuinya dan memanggilnya mama, hatinya rasa sangat bahagia. Dia tidak pernah menyangka bahawa hari indah ini akan tiba lagi ke dalam hidupnya.

"Noah.. Ini abang Noah." Kata Puan Rosaline pada Noah Han. Noah Han melihat ke arah Noah tanpa riaksi di wajahnya. Noah Han memang jarang terlihat tersenyum namun Puan Rosaline sudah biasa dengan hal itu.

"Abang.." Panggil Noah Han.

"Yaa.." Noah tersenyum. Puan Rosaline merasa bahagia saat melihat dua anak lelakinya bertemu. Puan Rosaline pun terus mempelawa Noah masuk ke dalam rumahnya untuk bersarapan bersama.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now