[82] Eyes Can't Lie

2.8K 142 49
                                    

Awal pagi lagi Kaisara sudah membawa Saleha untuk sarapan bersama di meja makan utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal pagi lagi Kaisara sudah membawa Saleha untuk sarapan bersama di meja makan utama. Sebenarnya Saleha lebih selesa untuk sarapan bersama pembantu rumah di dapur, tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak ajakan Kaisara. Saleha cuma merasa segan untuk sarapan bersama di meja makan utama kerana dia sedar bahawa dia hanyalah pembantu Puan Fatinah.

Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi Saleha, masalah Saleha sekarang adalah Kimi Zarif yang sedari tadi melihat ke arahnya. Tidak senang duduk Saleha dibuatnya.

Sesekali Saleha akan melihat ke arah Kimi Zarif, ternyata lelaki itu masih melihat ke arahnya tanpa menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya. Saleha tidak faham dengan isi kepala lelaki itu, Saleha juga merasa bahawa Kimi Zarif berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

Saleha tunduk kerana ingin memeriksa jika ada yang tidak kena pada tudung dan baju yang sedang dipakainya. Semuanya terlihat baik-baik saja, tetapi kenapa lelaki itu masih melihat ke arahnya?

"Makan lah Saleha." Kata Kaisara yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Y.. Yaa.." Saleha tersenyum kelat, dia terus menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Kenapa Kimi tengok Saleha macam tu?" Soal Puan Fatinah. Saleha terus melihat ke arah Puan Fatinah sambil menyuap sesudu lagi nasi ke dalam mulutnya. Ternyata Puan Fatinah juga perasan dengan kelakuan pelik anak lelakinya itu.

"Saleha nampak cantik harini."

Tersedak Saleha saat mendengar jawapan yang keluar dari mulut Kimi Zarif. Nasib baiklah nasi yang berada di dalam mulutnya tidak tersembur keluar. Kaisara yang saat itu sedang duduk di sebelah Saleha terus menepuk-nepuk pelan belakang Saleha.

Saleha dengan pantas meneguk segelas air putih yang tersedia di hadapannya. Matanya masih membulat kerana terkejut, adakah Kimi Zarif baru sahaja memujinya cantik?

Puan Fatinah mengerutkan dahinya, dia tidak pernah mendengar Kimi Zarif memberi pujian pada Saleha sebelum ini. Adakah hubungan Kimi Zarif dan Saleha sudah semakin membaik?

"Saya minta maaf." Saleha tertunduk kerana malu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menutup wajahnya menggunakan pinggan kerana malu yang teramat.

Saleha yakin, Kimi Zarif sengaja mengatakan hal itu kerana ingin menyakatnya. Mustahil Kimi Zarif memuji wanita biasa seperti dirinya cantik sedangkan Kimi Zarif selalu dikelilingi oleh wanita cantik dan bekerjaya sebelum ini. Media juga pernah mengatakan bahawa Kimi Zarif mempunyai hubungan cinta dengan seorang model terkenal di jepun. Saleha tidak pernah ingin ambil tahu tentang hubungan peribadi anak majikannya itu, tetapi dia tidak dapat untuk menghentikan media dari menyiarkan berita-berita hangat yang berkaitan dengan pelakon dan penyanyi terkenal di jepun.

Saleha harus lebih berhati-hati dengan Kimi Zarif, tidak mungkin lelaki itu berubah dalam sekelip mata tanpa muslihat yang tersembunyi.

"Tak apa Saleha." Kaisara tersenyum. Saleha membuatkan dia teringat pada dirinya yang dulu. Dia juga pernah tersedak saat sarapan kerana kata-kata Damian. Semua kenangan itu sudah bertukar menjadi kenangan manis buat Kaisara.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now