[68] As Long As You Happy

4.4K 215 23
                                    

Puan Fatinah duduk termenung di kerusi meja makan, suaminya tidak dapat balik untuk makan tengahari bersama, begitu juga dengan Kimi Zarif yang masih sibuk dengan kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Fatinah duduk termenung di kerusi meja makan, suaminya tidak dapat balik untuk makan tengahari bersama, begitu juga dengan Kimi Zarif yang masih sibuk dengan kerja.

Puan Fatinah tidak dapat untuk melupakan perbualan antara dirinya dan Kimi Zarif kelmarin. Dia tidak tahu bagaimana ingin menceritakan kisah itu pada Kimi Zarif.

Semuanya bermula saat Fatinah berumur 20 tahun, dia sudah mencuba untuk melupakan semua kenangan pahit itu. Tapi entah kenapa, kenangan pahit itu terasa masih segar di dalam ingatannya.

𝟯𝟱 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗹𝘂..

Fatinah menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Sedari tadi bibir Fatinah mengukir senyuman manis. Fatinah melihat ke arah keluarga Diaz Iskandar yang sudah berkumpul di ruang tamu. Fatinah pergi ke ruang tamu lalu mengambil tempat di sebelah adiknya Fatimah.

Semalam Puan Aishah bertanya kepada Fatinah jika dia mempunyai perasaan suka terhadap Diaz Iskandar, dengan laju Fatinah menjawab bahawa dia sudah lama menyimpan perasaan suka terhadap Diaz Iskandar. Dia sangat gembira saat mengetahui bahawa Puan Aishah akan menjodohkan dirinya dengan Diaz Iskandar.

Hati Fatinah diserang debaran saat bertentang mata dengan Diaz Iskandar, lelaki itu terlihat sangat sempurna. Dia tidak menyangka, hari yang selama ini dia nantikan akan menjadi kenyataan.

"Saya nak bincang tentang pertunangan Diaz Iskandar dan anak perempuan saya.." Suara Puan Aishah memecahkan suasana sunyi di ruang tamu itu. Fatinah tertunduk, cuba untuk menyembunyikan senyumannya.

"Fatimah."

Senyuman Fatinah terus mati saat Puan Aishah menyebut nama Fatimah. Fatinah melihat ke arah Puan Aishah dengan riak wajah terkejut. Adakah dia tersalah dengar? Kenapa Puan Aishah menyebut nama Fatimah? Bukankah dia yang akan bertunang dengan Diaz Iskandar?

Fatinah melihat ke arah Fatimah dan Diaz Iskandar yang sedang tersenyum. Seketika dunia Fatinah yang penuh warna berubah menjadi kelabu. Dada Fatinah tiba-tiba terasa sesak, Fatinah terus berdiri dari duduknya.

"Kenapa kak?" Soal Fatimah dengan riak wajah risau. Fatinah tidak menghiraukan soalan Fatimah, dia hanya melihat ke arah Puan Aishah. Namun, wanita itu masih terlihat tenang.

"Saya.. Nak ke dapur." Fatinah tersenyum, cuba untuk menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar.

"Maafkan saya.." Fatinah sempat tersenyum ke arah kedua orang tua Diaz Iskandar sebelum dia meminta diri untuk pergi.

Fatinah mendaki setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat atas. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir di pipi. Dia merasa seperti dikhianati oleh keluarganya sendiri. Jika Puan Aishah ingin menjodohkan Fatimah dengan Diaz Iskandar, kenapa dia perlu bertanya tentang perasaan Fatinah semalam? Apa maksud Puan Aishah melakukan hal itu pada dirinya?

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now