[70] Am I Not Enough?

3.4K 167 18
                                    

Puan Gress melihat ke arah Puan Aishah yang masih lena, pasti Puan Aishah penat kerana seharian berada di luar kemarin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Gress melihat ke arah Puan Aishah yang masih lena, pasti Puan Aishah penat kerana seharian berada di luar kemarin. Sudah lama dia tidak meluangkan masa seperti itu bersama Puan Aishah.

Tiba-tiba Puan Gress teringat pada Puan Fatinah, dia sangat merindui Puan Fatinah. Semenjak pindah di Jepun, Puan Fatinah tidak pernah menghantar khabar pada mereka. Puan Gress sudah mencuba beberapa kali untuk menghantar pesan pada Puan Fatinah, tetapi sekali pun tidak pernah di balas. Puan Gress tidak tahu, kenapa kakaknya tiba-tiba bersikap seperti itu kepada mereka.

Puan Gress turun dari katil lalu pergi ke beranda bilik, dia melihat ke arah bangunan-bangunan megah di ibu kota England itu. Pagi itu terasa lebih sejuk daripada sebelum ini.

Puan Gress tiba-tiba teringat pada arwah suaminya, Diaz Iskandar. Puan Gress mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia masih ingat lagi bertemuan pertamanya dengan Diaz Iskandar. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia bertemu Diaz Iskandar, dia pasti akan terjatuh di rumput. Bukan sekali, tetapi berkali-kali sehingga Diaz Iskandar menggelarnya dengan gelaran Gress.

"From now on, i will call you Gress."

"Nama saya Fatimah!"

Bibir Puan Gress mengukir senyuman, saat itu mereka baru berumur 10 tahun.

"I don't care, for me you're Gress."

"Awak nak panggil saya Grass sebab saya selalu jatuh dalam rumput kan?!"

"Not Grass. But G-r-e-s-s.."

"Tapi cara sebut dia sama je!"

Puan Gress mengesat lagi air matanya yang mengalir di pipi, hanya Allah yang tahu bertapa rindunya dia pada arwah suaminya.

Semenjak suaminya meninggal dunia, Puan Gress mengubah namanya kerana dia sangat merindui panggilan itu. Dia berharap semua orang akan memanggilnya dengan gelaran Gress kerana dengan cara itu rindu pada hatinya akan sedikit terubat.

Puan Gress terfikir, mungkin dia patut mengubah kembali namanya kepada Fatimah, kerana itulah nama yang diberikan Puan Aishah untuk dirinya.

~°~

Kaisara melangkah masuk ke kawasan yang penuh dengan bunga yang berwarna warni, tempat itu terasa cukup asing baginya. Langkah Kaisara terhenti saat dia melihat Damian yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.

"Abang!" Panggil Kaisara. Lelaki itu melihat ke arahnya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Abang.." Panggil Kaisara lagi. Namun,  lelaki itu sekadar tersenyum, dia tidak berganjak langsung dari tempatnya berdiri. Kaisara cuba untuk mendekati lelaki itu. Namun, semakin Kaisara cuba untuk mendekat, lelaki itu terasa semakin menjauh.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now