[36] The Truth

7.9K 342 24
                                    

Kaisara terbangun dari tidurnya kerana terdengar suara Damian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara terbangun dari tidurnya kerana terdengar suara Damian. Kaisara terus melihat ke arah Damian.

Kelihatan peluh halus mengalir di dahi Damian. Kaisara risau kerana beberapa hari ini Damian selalu mimpi buruk.

Kaisara melihat ke arah jam dinding, jam menunjukkan angka 1:34 AM.

"Ian.." Kaisara cuba untuk membangunkan Damian namun gagal, mata Damian masih terpejam rapat.

"Jangan tinggalkan aku.."

Damian pasti akan mengatakan hal itu jika sedang bermimpi buruk. Saat Kaisara bertanya tentang mimpi tersebut pasti Damian tidak mengatakan apa-apa.

"Ian.." Kaisara menggoncang pelan bahu Damian, akhirnya Damian terbangun. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Damian.

"Sayang.." Damian menarik Kaisara ke dalam pelukannya.

"Kai ada ni.. Kai tak pergi mana-mana." Kaisara membalas pelukan Damian lalu mengusap pelan belakang Damian.

"Semuanya cuma mimpi.." Kaisara cuba untuk menenangkan Damian. Akhirnya Damian kembali tertidur. Kaisara meleraikan pelukannya lalu menatap lama wajah Damian.

Dia tidak tahu kenapa Damian tidak pernah menceritakan mimpinya pada Kaisara, tapi Kaisara berharap dia dapat menghentikan mimpi buruk Damian.

~°~

Sedari tadi handphone Maya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas dari aplikasi whatapp masuk. Saat itu Noah dan Maya sedang bersarapan bersama di hotel keluarga Noah.

"Tengok lah dulu." Kata Noah pada Maya.

"Tak apa, i boleh tengok nanti." Jawab Maya lalu tersenyum manis.

"You sure?" Tanya Noah inginkan kepastian.

"Yes."

Tiba-tiba handphone Maya berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

"Mungkin penting." Kata Noah risau.

Maya mengambil handphonenya dari bag tangan lalu mematikan handphone tersebut kerana tidak mahu di ganggu.

"Tak ada yang lebih penting daripada you. Today is your birthday, dah 4 tahun kita tak celebrate birthday you sama-sama." Maya tersenyum manis. Noah terharu saat mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Maya.

"Tapi girlfriend you tak marah kalau you keluar dengan I?" Tanya Maya.

"I tak ada girlfriend." Noah tergelak kecil. Ternyata selama ini Maya menyangka bahawa Noah mempunyai kekasih.

"Dia masih belum terima cinta you?" Tanya Maya. Noah mengerutkan dahinya.

"Dia?" Soalan berbalas soalan.

"Perempuan yang you suka dulu. You tak pernah bagi tau I nama dia. Don't tell me you belum bagi tau dia yang you sukakan dia?" Maya tersenyum penuh makna.

Noah terkedu, dia tidak menyangka Maya masih ingat tentang hal itu.

"I.. Belum bagi tau dia." Jawab Noah setelah lama mendiamkan diri.

"Oh.. Bagi tau lah nama dia, nanti I boleh tolong you." Maya tergelak kecil.

"It's okay.." Noah tersenyum kelat.

"Noah.. Bagi tau lah nama dia. Takkan you masih nak berahsia dengan I?"

"Maya.." Wajah Noah kelihatan serius.

"Huh?"

"Maya." Ulang Noah sekali lagi.

"Yes Noah? Kenapa you panggil I?" Tanya Maya dengan wajah pelik.

"I tak panggil you."

"Tapi you panggil nama I." Maya tersenyum.

Noah hanya mendiamkan diri, tiada senyuman di bibirnya. Senyuman Maya terus mati saat menyedari sesuatu.

~°~

Tok tok tok!

Athur mengetuk pintu bilik Damian.

"Who is it?" Kedengaran suara Damian dari dalam bilik.

"Ehem.. Boss ini saya Athur." Athur adalah PA Damian yang datang jauh dari pejabat kerana sudah dua hari Damian tidak menjawab panggilan telefonnya.

"What do you want?" Tanya Damian namun pintu bilik masih tertutup rapat.

"Erm.. Well.."

"Ian.. Siapa tu?" Kedengaran suara Kaisara dari dalam bilik.

"Bukan sesiapa." Jawab Damian. Athur tidak berani meneruskan kata-kata kerana tidak berani mengganggu Damian.

"Janganlah macam tu.. Keluar lah dulu.." Kata Kaisara dengan suara lembut.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka, bahu Athur terangkat kerana terkejut.

"Summarize everything in one sentence." Kata Damian dengan wajah serius.

"Work is progressing smoothly! There's nothing to worry about!" Kata Athur dengan laju.

"Good. Leave." Arah Damian.

"Ba.. Baik boss!" Athur pun terus berlalu pergi kerana tidak mahu nasibnya sama seperti PA Damian yang lain. Dia sudah terlupa dengan niatnya untuk memberi tahu Damian tentang meeting penting minggu hadapan.

Damian menutup pintu bilik lalu pergi ke arah Kaisara. Saat itu Kaisara sedang duduk sambil menyandarkan belakangnya di kepala katil.

"Tu perkerja Ian kan?" Tanya Kaisara saat Damian duduk di sebelahnya.

"Yaa." Jawab Damian singkat.

Sudah dua hari Damian menemani dan menjaga Kaisara hanya kerana Kaisara mengatakan bahawa dia tidak sedap badan.

Kaisara rasa dia sudah menyusahkan Damian padahal keadaannya tidak lah terlalu teruk. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan oleh Damian tentang keadaannya. Kaisara mahu Damian untuk focus dengan kerjanya sahaja.

"Kai dah okay.. Ian dah boleh buat kerja macam biasa." Pujuk Kaisara.

"Ian akan buat kerja lepas sayang dah tidur." Kata Damian dengan tegas. Kaisara tiada pilihan lain. Sejak kebelakangan ini Damian tidak bersikap seperti biasa. Damian kelihatan lebih tegas dengan dirinya. Bukan itu saja, Damian juga tidak mahu berpisah dengan Kaisara walaupun sekejap.

Kaisara menatap lama wajah Damian. Selama dua hari ini, Damian telah menyediahkan makanan Kaisara dan menyuap Kaisara.

"Kai boleh makan sendiri.."

"No." Kata Damian dengan nada biasa tapi terdengar tegas.

Damian juga membantu Kaisara mandi dan menemani Kaisara sehingga Kaisara tidur.

"Ian tidurlah dulu." Kata Kaisara dengan wajah risau. Dia rasa bersalah kerana telah menyusahkan Damian.

"Abang tidur lepas sayang dah tidur." Damian mencium dahi Kaisara lalu memeluk tubuh Kaisara.

Sebenarnya Kaisara ingin memberi tahu hal sebenar pada Damian tentang keadaannya. Namun dia seperti tidak sampai hati untuk menunggu sehingga saat itu tiba.

"Abang.." Panggil Kaisara membuatkan Damian sedikit terkejut. Dia tidak menyangka Kaisara akhirnya sudah bersedia untuk memanggilnya abang.

"Sayang perlu apa-apa?" Tanya Damian lalu memegang tangan Kaisara.

Pasti Damian bersikap seperti ini kerana keadaan Kaisara sekarang.

"Sebenarnya Kai.."

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now