[79] An Untold Story

2.9K 174 32
                                    

"Boleh tak kalau sayang nak tanya sesuatu pada abang?" Soal Kaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boleh tak kalau sayang nak tanya sesuatu pada abang?" Soal Kaisara.

"Boleh sayang.." Bibir Damian mengukir senyuman.

"Dulu kenapa abang takut sangat kalau sayang tinggalkan abang? Setiap kali abang terbangun dari mimpi buruk, abang akan nangis dan peluk sayang erat-erat.."

Soalan Kaisara membuatkan Damian termenung panjang. Bukannya dia tidak mahu menceritakan kisah itu, tetapi dia tidak suka untuk mengingati masa lalunya.

"But promise me that you won't cry." Damian memegang tangan Kaisara.

"Tapi.." Kaisara tidak tahu jika kisah yang ingin Damian ceritakan padanya akan menjadi kisah yang sedih ataupun tidak. Bagaimana jika dia berjanji dan dia mengungkiri janjinya?

"Sedih sangat ke?" Soal Kaisara.

"Mungkin bagi sayang cerita ni sedih." Jawab Damian. Kaisara mula tidak sabar untuk mendengar kisah yang ingin diceritakan oleh suaminya itu. Kaisara turun dari pengkuan Damian lalu duduk bersila menghadap Damian.

"Sayang tak boleh janji yang sayang tak akan nangis.." Riak wajah Kaisara terus bertukar sedih. Bibir Damian mengukir senyuman.

"Abang akan cerita sekarang.. Are you ready?" Soal Damian. Kaisara mengangguk laju.

"Once upon a time.."

"Abang.. Betul-betul lah.."

Damian tergelak kecil saat melihat riak wajah serius Kaisara yang baginya terlihat sangat comel. Damian sempat mencium pipi gebu isterinya itu.

"Okay.. Dulu ada satu pembantu rumah yang melahirkan di hari yang sama dengan mama. Mama melahirkan anak kembar lelaki dan pembantu rumah tu pula lahirkan seorang anak lelaki." Damian memulakan ceritanya. Kaisara mengerutkan dahinya tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana ingin focus mendengar cerita Damian.

"Tanpa pengetahuan semua orang, pembantu rumah tu sempat tukar seorang anak lelaki mama dengan anak dia.. Sebab-

"Apa?!" Jerit Kaisara kerana terkejut. Benarkah kisah yang baru saja Damian ceritakan? Jadi siapa yang sudah ditukar? Damian atau Danian?

"Should i continue?" Soal Damian.

"Yaa.. Tapi takkan mama tak perasan yang muka anak dia tak serupa?" Soal Kaisara dengan riak wajah yang penuh tanda tanya. Kaisara berfikir bahawa kisah seperti itu hanya berlaku di dalam drama sahaja.

"Of course mama perasan.. Tapi nurse yang waktu tu takut dipersalahkan, diorang sanggup cakap yang anak mama tu kembar tak seiras. Padahal diorang semua tahu yang sebenarnya wajah anak kembar mama tu seiras."

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Kaisara. Damian angkat kedua bahunya tanda tidak tahu. Damian juga merasa bahawa hal itu tidak masuk akal, pasti ada orang dalam yang terbabit dalam kes tersebut.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now