[23] Kimi Zarif

9.8K 441 17
                                    

Kimi Zarif berdiri di depan pintu rumah agam Puan Aishah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kimi Zarif berdiri di depan pintu rumah agam Puan Aishah. Dia memejamkan matanya lalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul semua tenaga yang dia ada. Bibirnya mengukir senyuman manis. Sudah bertahun-tahun dia tidak pulang ke rumah Puan Aishah, dia sangat merindui suasana ini.

Kimi Zarif menekan lonceng rumah sambil memegang sejambak bunga rose merah. Tidak lama selepas itu, pintu rumah agam Puan Aishah terbuka dengan luas.

Kelihatan seorang pembantu rumah berdiri di tepi pintu. Wanita itu  tersenyum ke arah Kimi Zarif  sebelum mempersilahkannya masuk ke dalam rumah.

"Puan Aishah ada di ruang tamu." Kata wanita tersebut. Kimi Zarif masuk ke dalam rumah agam Puan Aishah dengan senyuman yang tidak pudar dari bibirnya.

Dari kejauhan Kimi Zarif dapat melihat Puan Aishah yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.

"Hey sweetheart." Kimi Zarif menyapa Puan Aishah lalu menghulurkan sejambak buah rose merah ke depan Puan Aishah.

Mata Puan Aishah membulat saat melihat Kimi Zarif, cucunya yang sudah lama tidak pulang ke malaysia.

Kimi Zarif adalah cucu Puan Aishah yang tinggal di jepun. Anak ke dua Puan Aishah yang bernama Sofea telah berkahwin dengan seorang lelaki jepun lalu Puan Sofea memilih untuk tinggal bersama suaminya di jepun. Dulu Kimi Zarif pernah tinggal di rumah agam Puan Aishah bersama dengan Danian dan Damian, namun setelah berumur 10 tahun Kimi Zarif telah berpindah bersama dengan kedua orang tuanya. Begitu juga dengan Danian, hanya Damian saja yang tinggal bersama dengan Puan Aishah sehingga Damian remaja.

Puan Aishah berdiri dari duduknya lalu memeluk Kimi Zarif. Dia tidak dapat menahan air matanya dari mengalir di pipi.

Kimi Zarif membalas pelukan Puan Aishah dengan erat. Hatinya terasa tenang kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan Puan Aishah.

"Kimi rindu sangat." Kimi Zarif memang fasih berbahasa melayu kerana Puan Sofea selalu menggunakan bahasa melayu jika bercakap dengannya. Sedangkan ayahnya pula menggunakan bahasa jepun.

Puan Aishah meleraikan pelukannya lalu memegang kedua tangan Kimi Zarif. Tuhan saja yang tahu bertapa rindunya dia dengan cucunya itu.

"Nenda sihat?" Tanya Kimi Zarif, bibirnya masih mengukir senyuman manis.

"Alhamdulillah sihat." Puan Aishah mengusap air matanya. Kimi Zarif memeluk Puan Aishah sekali lagi.

"Kimi minta maaf sebab tak dapat balik waktu Damian kahwin. Kimi dah lama tak balik jumpa Nenda.." Kimi Zarif mengusap pelan belakang Puan Aishah. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat berada di sisi Puan Aishah di saat suka dan duka. Dulu Puan Aishah lah yang menjaganya saat kedua ibu bapanya berkerja di jepun.

~°~

Kaisara duduk termenung di kerusi panjang yang berada di taman bunga Puan Aishah. Kaisara rasa sangat tenang saat berada di situ.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now