[37] You What?

7.5K 404 20
                                    

"Sebenarnya Kai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebenarnya Kai.." Kaisara memegang tangan Damian dengan lembut sambil menatap lama wajah Damian. Dia tidak tahu bagaimana riaksi Damian jika Damian tahu punca sebenar dia tidak sedap badan beberapa hari ini.

"Kenapa sayang?"

Damian risau, apa yang Kaisara cuba sampaikan kepadanya? Adakah Kaisara masih tidak sedap badan? Atau..

"Sayang nak cakap apa?" Soal Damian lagi.

Adakah Kaisara sudah ingat dengan masa lalunya?

Adakah Kaisara akan pergi meninggalkannya?

"Jangan tinggalkan abang.." Tanpa sedar Damian mengucapkan kata-kata itu.

"Ian.." Kaisara menyentuh pipi Damian saat melihat riak wajah Damian yang tiba-tiba berubah takut.

Damian tertunduk, dia tidak mahu kehilangan Kaisara. Damian memegang tangan Kaisara yang hangat menyentuh pipinya.

"Tentang kesihatan Kai.. Sebenarnya Kai-

"Sayang." Belum sempat Kaisara menghabiskan katanya, Damian sudah memotong. Damian turun dari katil lalu mengangkat tubuh Kaisara dengan perlahan. Tanpa berkata apa-apa, Damian membawa Kaisara keluar dari dalam bilik tidur mereka.

"Ian! Kita nak pergi mana? Turunkan Kai!" Kaisara mula panik, dia tidak tahu kenapa Damian tiba-tiba bersikap seperti itu.

"Pergi hospital." Jawab Damian singkat, wajahnya kelihatan serius.

Ternyata selama ini Kaisara merahsiakan soal kesihatannya, Damian tidak akan membiarkan isterinya menderita disebabkan sakit itu. Dia sanggup buat apa sahaja sehingga Kaisara sihat seperti sedia kalah.

"Ian?" Kimi yang kebetulan lalu di situ melihat ke arah Damian dan Kaisara. Namun kehadirannya tidak dipedulikan oleh Damian.

Kimi mengerutkan dahinya, sudah dua hari dia tidak melihat Kaisara kerana Damian berkata bahawa Kaisara tidak sedap badan.

"Kai tak sakit!" Kaisara cuba untuk turun namun gagal. Kaisara menyentuh wajah Damian namun Damian tetap meneruskan langkahnya. Kaisara tiada pilihan lain selain mengatakan hal sebenar pada Damian.

"Kai pregnant!" Kata Kaisara separuh menjerit. Langkah Damian terus terhenti. Suara Kaisara dapat didengar jelas oleh Kimi yang masih berdiri tidak jauh dari mereka. Mata Kimi terus membulat.

"You what?" Soal Damian sambil menatap wajah Kaisara.

Kaisara tersenyum kelat lalu melihat ke arah beberapa pembantu rumah yang sedang berada di situ.

"Kai.. Pregnant.." Ulang Kaisara sekali lagi, tapi kali ini lebih perlahan.

"Pregnant?!!" Kimi mendekati Damian dan Kaisara. Kelihatan rona merah di pipi Kaisara, dia malu saat semua pembantu rumah melihat ke arah mereka.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now