[24] Chibi!

9.5K 474 15
                                    

Kaisara duduk di tepi kolam renang sambil merendamkan kaki ke dalam air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara duduk di tepi kolam renang sambil merendamkan kaki ke dalam air. Jam sudah menunjukkan angka 2:20 petang. Sudah 30 minit dia duduk termenung sambil melihat ke arah awan. Kaisara sangat menyukai awan kerana awan sentiasa kelihatan indah walau dimana pun dia berada.

Sudah lima hari Kaisara tidak bertemu dengan Damian. Sebenarnya Damian sengaja mahu memberi waktu dan ruang untuk Kaisara memikirkan isi hatinya yang sebenar.

"Kai." Bahu Kaisara terangkat kerana terkejut. Kaisara terus melihat ke arah datangnya suara tersebut. Kelihatan Kimi berdiri tidak jauh di belakang Kaisara.

"Kimi." Kaisara tersenyum kelat. Kimi mendekati Kaisara lalu duduk tidak jauh di sebelah Kaisara, Kimi turut memasukkan kaki ke dalam kolam renang.

"Tak sejuk ke?" Tanya Kimi. Kaisara sekadar menggeleng.

"Kenapa awak termenung je dari pagi tadi? Awak ada masalah?" Tanya Kimi. Kaisara terus tunduk merenung jari jemarinya. Dia risau jika keadaannya membuatkan Puan Aishah risau tapi dia tidak dapat untuk mengawal perasaan sendiri.

"Tak taulah." Jawab Kaisara singkat. Kimi tersenyum.

Selalunya Kaisara kelihatan sangat bersemangat dan ceria, tapi entah kenapa kebelakangan ini dia merasa tiada semangat untuk melakukan apa-apa.

"Oh, saya tahu."

Kaisara melihat ke arah Kimi yang terlihat santai. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman manis.

"Awak rindu Ian kan." Teka Kimi, pandangan mereka bertemu. Kaisara mengelip-ngelipkan matanya. Terdetik satu rasa aneh di hati Kaisara setelah mendengar nama Damian.

"Mestilah awak sedih dan tak ada semangat kalau berjauhan dengan orang yang awak sayang." Sambung Kimi lagi.

Kimi tidak tahu tentang hubungan sebenar Kaisara dan Damian. Sudah pasti Kimi akan berfikir seperti itu, fikir Kaisara.

"Yaa, mestilah saya rindu suami saya."  Kaisara termenung lama sambil memikirkan Damian. Dia tidak menipu dengan jawapan itu.  Kebelakangan ini senyuman dan gelak tawa Damian selalu bermain di fikirannya. Entah kenapa, dia sangat  merindui semua itu.

"Awak dengar tak?" Tanya Kimi membuatkan lamunan Kaisara terus mati.

"Dengar apa?" Tanya Kaisara dengan wajah pelik. Kimi tergelak kecil.

"Saya cakap.."

Baru dua hari Kaisara berkenalan dengan Kimi, namun Kimi sudah menganggap Kaisara seperti keluarganya sendiri. Kaisara rasa bersalah kerana sudah menipu semua orang tentang hubungannya dengan Damian.

Semua perasaan Kaisara bercampur baur membuatkan dia keliru ingin merasakan yang mana satu. Rasa bersalah, rasa rindu dan rasa yang dia sendiri tidak fahami.

"Awak dengar tak Kai?" Tanya Kimi lagi.

"Hah? Awak cakap apa? Saya minta maaf.. Fikiran saya ni tak boleh berhenti dari berfikir. Lepastu saya tak tau nak buat apa.." Kaisara mengeluh kecil. Kimi tergelak kecil, penat saja dia bercakap tapi satu pun tidak di dengar oleh Kaisara.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now