[25] Fall For Him

10K 454 14
                                    

Kaisara duduk di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara duduk di birai katil. Dia rasa sangat malu bila teringat tentang kejadian tenghari tadi di saat dia mengatakan yang dia merindui Damian. Dia juga tidak menyangka bahawa dia telah memeluk dan menangis teresak-esak di hadapan Damian.

Kaisara terkejut saat terdengar bunyi dari arah pintu bilik air, kelihatan Damian keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil.

"Kai." Damian mendekati Kaisara namun Kaisara terus berdiri dari duduknya kerana masih malu dengan kejadian tadi. Dia tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan Damian selepas ini.

"Kai nak jumpa nenda." Kaisara terus berlalu pergi meninggalkan Damian seorang diri di bilik tanpa melihat pun kebelakangan.

~°~

"Mana Damian?" Tanya Puan Aishah, saat itu mereka bertiga sudah duduk di kerusi meja makan kerana ingin makan malam bersama.

Kimi melihat ke arah Kaisara, saat itu Kaisara duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.

"Ian baru siap mandi." Jawab Kaisara lalu tersenyum ke arah Puan Aishah.

Kaisara tidak menyangka bahawa Damian akan pulang seawal itu, dia fikir Damian akan pergi selama seminggu.

Kaisara tertunduk kerana dia tiba-tiba teringat lagi tentang kejadian tenghari tadi.

"Kenapa pipi Kai merah? Kai demam?" Tanya Puan Aishah risau. Kaisara terkejut saat mendengar soalan Puan Aishah.

Kimi tersenyum seperti faham dengan situasi tersebut.

"Tak.. Tak lah.. Kai ok." Kaisara cuma untuk menutup pipinya mengunakan kedua telapak tangannya.

Mata Kaisara membulat saat merasakan dahinya di sentuh, ternyata Damian sudah berdiri di belakang Kaisara sambil meletakkan telapak tangannya di dahi Kaisara. Tangan Damian terasa hangat sangat menyentuh dahinya.

"Sayang ok?" Tanya Damian. Pandangan mereka bertemu, Kaisara mengangguk laju. Damian mengusap pelan rambut Kaisara sebelum duduk di sebelah Kaisara.

Kaisara kaku kerana sebelum ini Damian tidak pernah duduk di sebelahnya saat mereka makan bersama. Kaisara melihat ke arah Damian, ternyata Damian juga sedang melihat ke arahnya.

Kimi perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan Kaisara. Kehadiran Damian seolah-olah membuat Kaisara gugup dan tidak selesa.

"Kai.. Tak sihat.." Kaisara tertunduk, pipinya terasa panas.

Puan Aishah yang risau terus mengarahkan pembantu rumah memasakkan bubur untuk Kaisara.

"Kai.. Minta maaf.. Boleh tak Kai nak.." Kaisara tidak menghabiskan katanya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia lari pergi ke taman bunga untuk menenangkan fikiran.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now