[32] Beautiful Brown Eyes

8.5K 388 26
                                    

Kaisara membuka matanya lalu mengosok pelan kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara membuka matanya lalu mengosok pelan kelopak matanya. Kaisara melihat ke arah balkoni bilik, pagi itu terasa lebih sejuk dari sebelumnya. Kaisara terus menarik selimutnya sampai ke paras leher.

Kaisara melihat ke arah Damian, ternyata Damian masih lena di sebelahnya, tangan Damian masih kemas memeluk pinggangnya.

Kaisara menatap lama wajah lena Damian, tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman manis. Damian kelihatan sangat sempurna walaupun tengah tidur.

Dia tidak menyangka dia mempunyai suami sekacak dan sesempurna Damian. Kadang Kaisara terfikir, adakah semua ini cuma mimpi? Benarkah lelaki yang sedang lena di hadapannya ini benar-benar suaminya?

Wajah lena Damian membuat hatinya tenang. Kaisara mengusap pelan pipi Damian lalu mencium dahi Damian. Dia ingin memastikan bahawa lelaki benar-benar miliknya.

Damian terjaga kerana tindakan Kaisara, Damian terus menarik tubuh Kaisara ke dalam pelukannya. Kaisara yang terkejut terus mendongakkan wajah untuk memandang wajah Damian. Mata Damian masih terpejam rapat.

"Sayang.." Suara garau Damian menyapa gegendang telinga Kaisara. Dia dapat merasakan bibir Damian menyentuh dahinya. Kaisara tersenyum manis lalu membalas pelukan Damian. Kini tubuhnya kembali terasa hangat di dalam pelukan Damian.

~°~

Kimi masuk ke taman bunga Puan Aishah sambil melihat ke arah bunga yang tersusun indah di tepi jalan yang dilaluinya.

Kimi tersenyum tipis, suasana dan udara di taman bunga itu membuatkan dia teringat dengan Danian, sepupu dan kawan baiknya yang dia paling rapat sekali.

Danian sangat berbeza dengan Damian, dia juga tidak pasti kenapa dua lelaki kembar itu mempunyai sikap yang sangat berbeza seperti langit dan bumi.

Kimi duduk di kerusi panjang yang tersedia di taman itu, di situlah dia bertemu dengan Kaisara tempoh hari. Dia tergelak kecil bila teringat dengan gelagat Kaisara yang baginya pelik dan comel. Dia tidak menyangka gadis seperti Kaisara dapat membuat Damian jatuh cinta.

Tiba-tiba handphone Kimi berbunyi menandakan satu pesanan ringkas dari aplikasi whatapp masuk. Ternyata pesanan ringkas itu dari ibunya.

Ibu:
Nenda sihat?

Kimi:
Nenda sihat.

Ibu:
Bila Kimi balik?

Kimi:
Kimi tak nak balik.

Ibu:
🤨

Ibu:
Gurau, kimi akan balik bulan depan.

Kimi terus mematikan handphonenya, dia tidak tahu kenapa ibunya tidak mahu kembali ke malaysia bersama dengannya. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi antara Puan Aishah dan ibunya, dia juga tidak pernah bertanya.

Kimi mengeluh kecil lalu menyandarkan belakangnya di kerusi itu.

~°~

Kaisara melihat ke arah screen handphonenya. Jam sudah menunjukkan angka 2:34PM. Kaisara masih ingin membaca buku di bilik bacaan puan Aishah.

Dia berniat untuk pergi ke ruang kerja Damian tapi dia membatalkan niatnya kerana dia tahu kehadiranya pasti akan mengganggu focus Damian. Sudah pasti Damian tidak akan membenarkannya keluar lagi.

Kaisara terkejut saat mendengar pintu bilik bacaan Puan Aishah di buka dari luar. Kelihatan seorang budak lelaki yang berumur lingkungan 4 tahun masuk ke dalam bilik bacaan Puan Aishah.

Budak lelaki itu mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Kaisara berdiri dari duduknya lalu mendekati budak lelaki itu.

"Kenapa nangis?" Tanya Kaisara. Budak lelaki itu melihat ke arah Kaisara, bibirnya terjuih ke depan. Kaisara yang tidak sampai hati terus mendukung tubuh kecil itu.

Tiba-tiba seorang pembantu rumah mendekati Kaisara.

"Maaf cik muda!" Wanita itu kelihatan panik membuatkan Kaisara juga turut panik. Kaisara tidak faham kenapa wanita itu tiba-tiba meminta maaf kepadanya.

"Tadi anak saya nak pergi ke taman bunga, tapi saya larang sebab sekarang masih dalam waktu saya berkerja. Jadi dia menangis dan terus masuk ke sini. Saya minta maaf kalau anak saya ganggu cik muda." Jelas wanita itu. Dia sudah cukup bersyukur kerana Puan Aishah membenarkannya untuk membawa anak kecil saat berkerja.

Kaisara tiba-tiba rasa sedih selepas mendengar penjelasan wanita itu.

"Tak apa, saya temankan dia.. Lagipun dia tak takut dengan saya." Kaisara tersenyum.

"Tapi cik.."

"Tak apa.." Belum sempat wanita itu menghabiskan katanya, Kaisara sudah memotong.

"Terima kasih cik muda." Kata wanita itu sebelum berlalu pergi. Kaisara melihat wajah budak lelaki itu, ternyata budak itu juga sedang melihat ke arahnya.

"Awak ni comel lah.. Siapa nama awak?" Tanya Kaisara sambil tersenyum manis.

"Lait.." Jawab budak lelaki itu.

"Lait?" Nama itu sedikit pelik bagi Kaisara, dia tidak pernah mendengar nama seperti itu sebelum ini. Bila di lihat dengan teliti, mata Lait ternyata berwarna coklat jernih.

"Lait nak pergi taman?" Tanya Kaisara. Lait mengangguk lalu menunjuk ke arah buku yang berada di meja depan sofa. Kaisara pergi ke sofa lalu duduk di sofa itu. Kini Lait duduk di atas riba Kaisara.

"Ini buku tentang bunga." Jelas Kaisara. Dia jumpa buku itu di rak buku Puan Aishah, dia mengambil buku itu kerana hatinya tertarik untuk membaca isi kandungan buku tersebut.

Kaisara pun membaca isi kandungan buku itu pada Lait. Lait tertarik kerana ada berbagai jenis gambar bunga di dalam buku itu, riak wajah Lait kelihatan sangat teruja. Kaisara tergelak kecil, ternyata Lait sangat sukakan bunga.

"Sayang.." Suara Damian membuatkan Kaisara terkejut. Kaisara dan Lait terus melihat ke arah pintu bilik bacaan Puan Aishah dengan serentak. Kelihatan Damian mendekati Kaisara dan Lait, dahi Damian berkerut saat melihat ke arah Lait yang sedang duduk di riba Kaisara.

"Siapa budak ni?" Tanya Damian dengan wajah serius membuatkan Lait takut. Lait terus memeluk tubuh Kaisara dengan erat.

"Damian.. Janganlah macam tu, dia takut.." Kaisara mengusap rambut Lait.

"He acts like I'm going to eat him." Damian duduk di sisi Kaisara, bahu mereka bersentuhan.

"Ni abang Damian.." Kaisara berkata pada Lait namun Lait hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah Damian.

"Sejak bila aku jadi abang dia?" Tanya Damian dingin.

"Damian ni dah kenapa?" Kaisara mengerutkan dahinya. Takkan Damian cemburu dengan budak kecil? Dia tidak faham dengan sikap Damian.

"Kalau Damian tak cakap elok-elok dengan Lait, Kai tak nak cakap dengan Damian." Kaisara sudah berani untuk mengugut Damian.

Damian tiada pilihan lain, sebenarnya dia tidak biasa berurusan dengan anak kecil. Baginya anak kecil hanya menyusahkan sahaja, hatinya sakit saat melihat budak lelaki itu memeluk erat tubuh isterinya.

Hanya dia yang boleh memeluk tubuh Kaisara seerat itu kerana Kaisara adalah miliknya seorang.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now