[60] Spaghetti

7.5K 328 55
                                    

Damian terjaga dari tidurnya kerana terdengar bunyi tangisan Kaisara, Damian terus melihat ke arah Kaisara yang sedang baring membelakangainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian terjaga dari tidurnya kerana terdengar bunyi tangisan Kaisara, Damian terus melihat ke arah Kaisara yang sedang baring membelakangainya.

"Sayang.." Panggil Damian lalu menyentuh bahu isterinya itu.

"Sayang nangis ke?" Soal Damian. Dia terus bangun lalu duduk kerana ingin melihat wajah isterinya. Damian dapat melihat jelas cecair jernih mengalir di pipi Kaisara.

"Kenapa sayang nangis?" Soal Damian risau. Kaisara terus baring menghadap Damian.

"Sayang.. Min.. Minta maaf." Kaisara sudah menangis teresak-esak. Damian baring di sebelah Kaisara, kini mereka berkongsi bantal yang sama. Damian memeluk erat tubuh isterinya itu.

"Kenapa ni?" Soal Damian. Kaisara membalas pelukan Damian lalu menyembamkan wajahnya di dada Damian.

"Sayang nak makan spaghetti.." Kata Kaisara sambil menangis teresak-esak. Semenjak kebelakangan ini, Kaisara tidak dapat untuk memakan apa-apa kerana dia pasti akan memuntahkan kembali makanannya. Kaisara hanya boleh makan roti dan buah-buahan sahaja kerana alahan yang teruk.

Damian mengusap rambut Kaisara, pasti bajunya sudah basah kerana air mata Kaisara.

"Okay.." Kata Damian. Dia tahu bahawa Kaisara pasti tidak dapat untuk memakan spaghetti tersebut. Tapi dia tiada pilihan lain, pasti Kaisara tidak dapat untuk melawan perasaanya sehingga mengalirkan air mata.

"Be.. Betul ke?" Soal Kaisara sambil mendongakkan wajahnya memandang wajah Damian.

"Hm." Damian tersenyum lalu  mengangguk.

"Abang sambunglah tidur, sayang nak masak." Kaisara terus meleraikan pelukannya lalu turun dari katil meninggalkan Damian.

"Tunggu abang." Damian hanya mampu melihat saja isterinya yang sudah tidak sabar pergi ke dapur. Damian turun dari katil lalu melihat ke arah screen handphonenya, jam menunjukkan angka 1:20AM.

"Sayang boleh masak sendiri.." Kata Kaisara. Saat itu Kaisara sudah berdiri di depan pintu.

"Sayang.." Panggil Damian. Kaisara mendekati Damian lalu memegang tangan kanan Damian.

"Jom." Damian mencium dahi Kaisara sebelum mereka berdua keluar dari dalam bilik tidur.

Dalam perjalanan ingin ke dapur, Damian dan Kaisara terserempak dengan Kimi yang baru keluar dari bilik.

"Tak tidur lagi?" Soal Kimi, wajahnya kelihatan sedikit terkejut.

"Kai nak makan spaghetti. Kimi nak?" Soal Kaisara.

Kimi melihat ke arah Damian membuatkan pandangan mereka bertemu, dia ingin memastikan bahawa dia tidak tersalah dengar. Benarkah Kaisara ingin makan spaghetti? Bukan kah Damian tahu bahawa Kaisara mempunyai alahan yang teruk sejak kebelakangan ini.

"Kimi nak?" Soal Kaisara.

"Sure.." Jawab Kimi lalu tersenyum ke arah Kaisara. Mereka bertiga pun menuruni setiap anak tangga untuk turun ke tingkat bawah lalu pergi ke dapur.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now