[69] The Best Gift In My Life

3.2K 159 15
                                    

Kimi Zarif masuk ke dalam bilik tidurnya, dia baru saja balik kerumah selepas selesai melakukan beberapa photoshoot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kimi Zarif masuk ke dalam bilik tidurnya, dia baru saja balik kerumah selepas selesai melakukan beberapa photoshoot. Hari ini dia sangat lelah kerana jadualnya yang sangat padat.

Kimi Zarif membuka satu persatu butang kemeja putih yang menyarungi tubuhnya sebelum dia menanggalkan kemeja itu. Dia pun terus melangkah masuk ke dalam bilik air kerana ingin membersihkan diri.

Handphonenya yang sedari tadi berbunyi tidak dihiraukannya.

Tok tok tok!

Kedengaran pintu bilik Kimi Zarif di ketuk dari luar sebelum pintu itu terbuka dengan sendirinya. Kelihatan Puan Fatinah melangkah masuk ke dalam bilik Kimi Zarif. Dilihatnya bilik itu kosong, padahal pembantu rumah baru saja mengatakan bahawa Kimi Zarif sudah pulang ke rumah.

Puan Fatinah melihat ke arah baju kemeja putih yang berada di atas katil, telinganya juga dapat menangkap bunyi air dari arah bilik air. Dia sudah tahu bahawa Kimi Zarif sedang mandi.

Puan Fatinah berlalu pergi dari bilik Kimi Zarif lalu pintu bilik itu di tutupnya. Setelah selesai membersihkan diri, Kimi Zarif akhirnya keluar dari bilik air bersama tuala putih yang berada di pinggangnya.

Dia mengelap rambutnya menggunakan tuala bersih sebelum mengeluarkan baju tidurnya yang berada di dalam almari. Tuala bersih itu di biarkannya tersangkut di bahu.

Zarif Kimi melihat ke arah handphonenya yang berada di atas meja tepi katil, pandangannya terhenti pada frame gambar Diaz Ayyan yang berada di atas meja.

"Nak jumpa Yaya.." Kimi Zarif sudah menganggap Diaz Ayyan seperti anaknya sendiri. Semakin lama berjauhan, semakin besar rindu yang terasa di dalam hatinya.

Tiba-tiba handphone Kimi Zarif berbunyi menandakan satu panggilan dari aplikasi whatapp masuk. Tertera nama Nenda Aishah di screen handphonenya. Kimi Zarif duduk di birai katil lalu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum.." Kedengaran suara Puan Aishah di hujung talian.

"Waalaikumsalam nenda." Bibir Kimi Zarif mengukir senyuman. Dia mengelap rambutnya yang masih basah menggunakan tangan kiri, sedangkan tangan kanannya pula memegang handphone.

"Kimi sihat?" Soal Puan Aishah.

"Sihat Alhamdulillah.. Nenda sihat ke?" Soal Kimi pula.

"Nenda sihat.. Tadi Kimi nak tanya apa pada nenda?"

Kimi Zarif baru teringat bahawa dia ingin bertanyakan sebab sebenar kenapa ibunya, Puan Fatinah tidak mahu balik ke Malaysia.

"Kimi nak tanya tentang.."

Tok tok tok!

Kimi Zarif tidak meneruskan katanya saat terdengar bunyi ketukan dari pintu biliknya.

"Kimi." Kedengaran suara Puan Fatinah dari luar bilik.

"Maaf Nenda, nanti Kimi call Nenda." Kata Kimi Zarif pada Puan Aishah sebelum dia mematikan panggilan itu.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now