[55] Giant Teddy Bear

7.1K 318 6
                                    

"Selamat pagi Tuan Muda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi Tuan Muda." Seorang pembantu rumah tersenyum ke arah Noah.

"Selamat pagi, papa ada?" Soal Noah lalu membalas senyuman wanita yang berumur lingkungan 40 tahun itu.

"Tuan Richard ada di dalam bilik sedang berehat." Jawab wanita itu. Semua pembantu rumah sangat senang dengan kehadiran Noah.

Noah tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak baik saat mereka berkerja di kediaman Tuan Richard . Noah juga selalu tersenyum hangat, membuatkan hati mereka tenang. Namun semenjak pulang dari luar negara, Noah sudah tidak tinggal di kediaman Tuan Richard lagi. Noah juga jarang sekali datang menemui Tuan Richard.

"Terima kasih." Noah sempat berterima kasih sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita itu di ruang tamu.

Noah pergi ke bilik Tuan Richard. Dia sudah tidak ingat bila kali terakhir dia datang menemui Tuan Richard. Hubungannya juga tidak terlalu rapat dengan Tuan Richard kerana dari kecil Noah dijaga sepenuhnya oleh pengasuhnya.

Noah hampir tidak pernah merasa kasih sayang daripada papa dan mamanya seperti anak-anak kecil yang lain. Namun Noah tidak pernah merungut walaupun sekali. Noah hanya tersenyum dan menerima semuanya dengan sabar. Dia sudah kehilangan Puan Rosaline, dia tidak mahu kehilangan Tuan Richard. Dia takut jika dia mengeluh, Tuan Richard akan pergi meninggalkannya. Semua itu membuatkan Noah sudah terbiasa untuk menyembunyikan isi hatinya yang sebenar.

Noah mengangkat tangannya kerana berniat untuk mengetuk pintu bilik Tuan Richard, namun niatnya terhenti saat terdengar suara Tuan Richard dari dalam bilik.

"Aku dah bagi tau kau, jangan ganggu hidup kami lagi." Suara Tuan Richard terdengar tegas. Noah hanya berdiri kaku sambil menatap pintu bilik Tuan Richard yang masih tertutup rapat.

"Noah tak pernah sebut nama kau walaupun sekali, aku yakin Noah dah lupakan kau." Kata Tuan Richard lagi. Noah mengerutkan dahi saat terdengar Tuan Richard menyebut namanya.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau Rosaline." Mata Noah terus membulat saat Tuan Richard menyebut nama Puan Rosaline. Jadi ternyata Puan Rosaline masih menghubungi keluarga mereka. Tapi kenapa Tuan Richard tidak pernah mengatakan hal itu pada Noah?

Noah terkejut saat pintu bilik Tuan Richard terbuka luas, kelihatan Tuan Richard berdiri di hadapan Noah.

"Noah?" Tuan Richard kelihatan terkejut saat melihat kehadiran Noah. Sejak bila Noah berdiri di depan biliknya? Adakah Noah mendengar semua perbualannya bersama Puan Rosaline tadi? Banyak soalan bermain di fikiran Tuan Richard.

"Papa." Noah tersenyum lalu menyalam tangan Tuan Richard. Noah sedaya upaya mengawal riaksi wajahnya. Dia tidak mahu Tuan Richard tahu bahawa dia sudah mendengar semuanya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now