Chapter 2

198 11 0
                                    

Semasa kejadian kelmarin tiada saksi yang melihatnya namun ibu kepada Lin Xi tetap bertegas mahu Lin Feilu mengaku kesalahannya dan memohon maaf kepada anaknya yang kini sedang sakit.

Walaubagaimanapun semua orang tahu perangai Puteri Ketiga yang sombong dan panas baran serta suka membuli puteri Kelima tapi Jingbing tidak peduli akan semua itu.

Sistem harem Dinasti Dalin sama seperti sistem harem Dinasti Ming yang terdapat didalam sejarah. Antara pangkat gundik adalah seperti Guiren, Meiran, Jieyu, Zhaoyi, Gundik Utama, Gundik Diraja dan terakhir adalah Permaisuri. Kedudukan ibunya berada rendah dibawah kedudukan ibu Lin Xi.

Walaupun Lan Guiren merasa marah dan tidak sanggup anaknya dipersalahkan tetapi dia tidak berdaya untuk melawan mereka. Dengan berat hati mereka dua beranak dibawa ke istana Zhaoyang untuk diadili.

Berbanding dengan ibunya yang kelihatan risau dengan apa yang berlaku Lin Feilu tetap bersikap santai dan mengambil peluang itu untuk menikmati keindahan alam persekitaran yang bersih dari segala pencemaran.

Dari luar istana Zhaoyang lagi, Lin Feilu telah mendengar suara tangisan yang kuat dan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalamnya dia telah diherdik, "ini dia Tuan Puteri kita telah sampai, hanya akan datang jika dijemput!

Semasa melihat wajah Jingbing, Lin Feilu segera membandingkan wajah wanita itu dengan wajah ibunya, Jingbing merupakan seoarng wanita yang sangat tidak menarik mungkin dia terpilih menjadi gundik di istana kerana memiliki keluarga yang berpengaruh.

Sebaik melihat Jingbing, ibunya segera berlutut dihadapannya lalu menarik Lin Feilu untuk berlutut sama namun dia yang berasal dari zaman moden tidak rela untuk melakukannya lebih lebih lagi dihadapan ibu Lin Xi yang sombong itu.

Dengan sekelip mata satu tamparan yang kuat hinggap diwajah ibunya membuatkan Lin Feilu tergamam, malah yang lebih mengejutkan ibunya langsung tidak marah tetapi terus merayu kepada Jingbing untuk memaafkan kesalahan mereka.

Walaupun Lin Feilu merupakan puteri yang terpinggir tetapi dia tetaplah seorang puteri diraja. Oleh itu, Jingbing tidak berani menamparnya hanya mengarahkan Lin Feilu untuk bersujud di hadapan bilik Puteri Ketiga sambil memohon maaf!

Walaupun Jingbing tahu Lin Feilu juga telah jatuh demam pada hari sebelumnya namun dia tidak mempedulikan semua itu kerana pada waktu ini Lin Xi masih meracau sambil menyebut perkara yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

Tiba tiba Jingbing melihat Lin Feilu memandang ke arah pintu bilik Lin Xi dengan penuh ketakutan. Kemudian, Lin Feilu segera bersembunyi dibelakang ibunya sambil menangis.

"Ibu saya takut, wanita itu berdiri dihadapan pintu sana sambil tubuhnya kebasahan!" ucap Lin Feilu.

Semua yang berada disitu terdiam mendengar kata kata Lin Feilu, tidak ada seorang pun dari mereka yang akan menyangka kanak kanak berumur lima tahun akan menipu mereka memandangkan wajah Lin Feilu ketika ini langsung tidak menampakkan seperti seorang yang sedang berpura pura.

"Apa lagi yang kamu nampak? apakah benda itu masih berada di sana?" soal Jingbing juga dengan penuh ketakutan.

"Sekarang benda itu sedang masuk ke dalam bilik kakak Lin Xi".

Lin Xi yang mendengar perbualan mereka menangis ketakutan sehingga pengsan tidak sedarkan diri di dalam bilik.

Orang zaman dahulu masih berpegang teguh dengan kepercayaan terhadap makhluk halus, pada ketika ini semua yang berada di istana Zhaoyang menyakini cerita Lin Feilu dan pasti benda yang dimaksudkan itu adalah hantu air.

Cerita itu dikuatkan lagi apabila mereka mengingati beberapa bulan yang lalu dua orang pembantu yang berasal dari istana Zhaoyang telah mati lemas di tasik yang terdapat di astaka Linxing.

Kemungkinan besar kedua dua roh itu tidak tenteram atau menyimpan dendam terhadap Jingbing!

Tanpa berlengah Lan Guiren segera membawa Lin Feilu kembali semula ke halaman mereka di istana Mingyue dan mengarahkan anaknya itu membersihkan diri lalu dia menyiapakan hidangan sembahyang untuk diberikan kepada roh yang tidak tenteram itu agar tidak menganggu kehidupan mereka anak beranak kelak.

Dalam sekelip mata cerita tersebut tersebar ke seluruh istana. Puteri Ketiga dan Puteri Kelima bermain di sekitar tasik yang berada di astaka Linxing lalu keduanya jatuh demam namun roh yang tidak tenteram hanya mengganggu Puteri Ketiga sahaja. Mereka percaya perkara itu berlaku disebabkan perangai Puteri Ketiga yang tidak murni atau pun istana Zhaoyang ada melakukan kesalahan sehingga membuatkan roh tersebut marah.

Akibat daripada perkara itu, ramai orang mengelak untuk pergi ke istana Zhaoyang kerana takut akan terkena badinya. Malah Permaisuri juga menasihatkan Raja untuk tidak pergi kesana dan Raja pun menuruti nasihat tersebut tanpa berfikir panjang.

Dalam sekelip mata nama Jingbing hampir dilupakan oleh raja yang mempunyai ramai isteri yang bersedia untuk melayaninya bila bila masa sahaja.

*******

Oleh kerana mereka tinggal di istana Mingyue yang diketuai oleh Xu Cairen, setiap kali pembahagian barangan mentah pasti akan dimonopoli olehnya sahaja. Mereka anak beranak hanya mendapat sisa barangan yang tidak diingini oleh Xu Cairen.

Seperti tahun tahun yang sebelumnya, Xu Cairen tetap mendapatkan bahagian yang lebih banyak daripada mereka. Sebenarnya Xu Cairen juga bukanlah gundik kesayangan Raja tetapi memandangkan dia adalah pengikut Ruan Guifei maka mereka tidak berani untuk menolak permintaanya.

Yunyao merasa tidak adil kerana Xu Cairen hidup berseorangan tidak mempunyai puteri mahu pun putera berbeza dengan mereka namun dia tidak berani menyuarakan ketidakadilan itu dan hanya mengadu kepada Lin Feilu sahaja sebagai tanda protes.

Akibat kekurangan bahan mentah, ibunya harus berjimat cermat agar mereka anak beranak dapat meneruskan hidup untuk sebulan mendatang sebelum pembahagian barangan mentah yang seterusnya.

Jika diceritakan kepada orang luar tentu tiada siapa yang akan percaya akan kisah keperitan mereka untuk bertahan hidup di istana ini. Mereka berlima terpaksa memakan bubur nasi yang tawar sedangkan Xu Cairen santai meminum teh sambil dihidangkan pelbagai jenis lauk yang tidak dihabisi olehnya.

"Ibu mengapa Xu Cairen mengambil bahan mentah dengan banyak? adakah dia juga mempunyai dua orang anak yang perlu dibesarkan seperti ibu?", soal Lin Feilu dengan wajah polosnya.

Sebenarnya Xu Cairen masuk ke istana dua tahun lebih awal dari ibu Lin Feilu namun wanita itu tidak bertuah memiliki anak dan sehingga sekarang masih lagi berusaha untuk memilikinya tapi pada ketika ini Raja tidak pernah melawatinya lagi membuatkan dia merasa kesal dan melampiaskan ketidakpuasan hatinya itu terhadap mereka anak beranak.

Beberapa hari setelah itu, Xu Cairen menjemput dua orang sami wanita untuk membersihkan istana Mingyue dari segala kekotoran dan menurut sami tersebut istana mereka akan terhindar dari segala bahaya jika punca utamanya dibersihkan terlebih dahulu.

Tiga orang pembantu Xu Cairen segera menangkap Lin Feilu untuk dibawa ke hadapan sami sami tersebut agar proses pembersihan semangat jahat dapat dilakukan.

"Apa yang kamu cuba lakukan?", soal ibu Lin Feilu.

"Kami mahu membersihkan jiwa Tuan Puteri dari semangat jahat yang masih berada disisinya", jawab salah seorang dari sami itu.

Tanpa berlengah mereka dengan segera menyebat belakang Lin Feilu dengan kuat sambil membaca mentera penghalau roh jahat.

Dari kecil sehingga dewesa Lin Feilu tidak pernah menerima layanan seperti ini. Walaupun mengingati janjinya yang bertekad untuk menjadi orang baik namun apa yang berlaku kepadanya pada hari ini pasti akan dibalasnya dengan lebih hebat lagi.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now