Chapter 92

55 6 0
                                    

Setelah itu, Lin Feilu memutuskan untuk kembali semula ke kereta kuda miliknya.

"Puteri Kelima, buah ini sangat manis, ia sudah diawetkan bersama gula dan bercampur dengan ais", ucap Song Yu dengan penuh semangat.

Rombongan mereka memutuskan untuk berehat sebentar sahaja lalu kembali meneruskan perjalanan yang telah terganggu sebentar tadi.

"Komander Chen, berapa lama waktu yang kita perlukan untuk sampai ke bandar Lincheng?"

Chen Yao adalah ketua pengawal yang dihantar oleh Song Jinglan untuk menjemput pengantinnya. Chen Yao juga tahu bahawa Puteri Yong'an adalah gadis kesukaan Raja mereka, maka sebolehnya dia cuba bersikap sebaik yang mungkin, "disebabkan kita berjalan dalam berkumpulan maka kita semua akan sampai dalam masa dua puluh hari lagi".

"Huh?"

Pada waktu ini, Lin Feilu sangat merindui kemajuan teknologi moden seperti kapal terbang.

"Duduk terkurung terlalu lama membuatkan saya tidak mahu menikah!"

"Huh?"

Chen Yao sangat terkejut dengan ucapan Lin Feilu, dengan penuh berhati hati dia melirik kearah seorang pengawal yang mengikuti rombongan mereka itu.

Kesemua ahli rombongan perkhawinan ini merupakan pasukan tentera dari unit khas yang dikenali sebagai 'Tentera Terlarang'. Mereka mempunyai disiplin yang sangat tinggi, hebat dalam pertahanan diri dan berjumlah seramai tiga ratus orang, masing masing menggunakan baju besi yang bermutu tinggi.

Chen Yao tidak berani memandang mata pengawal tersebut apatah lagi melihat wajahnya.

Pemuda yang dimaksudkan oleh Chen Yao memakai busana lengkap berwarna hitam lalu dia mengarahkan Chen Yao dan anak anak buahnya yang lain untuk menjauh dari kereta kuda yang dinaiki oleh Lin Feilu.

Tanpa membuang masa, Chen Yao segera menuruti arahan tersebut.

Ketika ini, Lin Feilu sedang berbaring diatas tilam yang empuk sambil membaca catatan perjalanan untuk menghilangkan rasa bosannya. Adakah dia akan melalui dua puluh hari seperti ini?

"Nampaknya terlalu besar pengorbanan yang saya lakukan ini. Song Jinglan seorang yang tidak punya hati!"

"Puteri Kelima, awak tidak boleh memanggil nama Yang Mulia. Ianya adalah satu kesalahan yang besar!"

"Tapi Song Jinglan telah berubah, dia sudah tidak mencintai saya seperti dahulu. Lagi pula, sekarang dia sudah memiliki beberapa orang gundik yang  jelita di haremnya".

"Puteri Kelima.." ucap Song Yu ketakutan.

Tiba tiba mereka berdua mendengar suara orang sedang ketawa dari arah luar kereta kuda.

"Adakah perbualan kita didengari oleh komander Chen?" tanya Song Yu.

Jantung Lin Feilu berdetak laju kerana dia mengetahui siapakah pemilik suara itu. Tanpa membuang masa, dia segera menyelak langsir kereta kuda untuk memastikan tekaannya.

Serta merta Lin Feilu segera menutup semula tingkap tersebut setelah melihat kelibat Song Jinglan berada disitu.

"Puteri Kelima, kenapa dengan awak?" soal Song Yi gusar.

"Song Jinglan..dasar orang gila!"

"Cik Song Yu", ucap satu suara dari luar. Serta merta Song Yu membuka tirai untuk melihat siapakah yang telah memanggil dirinya.

Beberapa saat setelah Song Yu keluar, tirai tersebut terbuka lagi dan kali ini Song Jinglan pula masuk kedalam dan terus duduk disebelah Lin Feilu.

Membuatkan Lin Feilu tergamam seketika.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now