Chapter 62

81 9 2
                                    


Beberapa waktu yang lalu, Lin Feilu pernah bergurau kepada Song Jinglan untuk mengajarkannya seni bela diri dan tidak disangka Song Jinglan memandang serius permintaannya itu dengan memberikannya buku tersebut.

Bukankah sebelum mempelajari sesuatu seni bela diri, seseorang itu harus memuliakan gurunya seperti Lin Feilu yang memberikan tiga cawan teh kepada Xi Guifei sebagai tanda bermulanya hubungan diantara murid dan guru. Bagaimana pula, Song Jinglan boleh memberikannya buku tersebut dengan sesuka hati?

"Saya rasa, jika saya sudah mahir dengan seni mempertahankan diri yang terdapat didalam buku ini tentu saya boleh pergi ke medan perang tanpa rasa takut atau saya akan mengembara ke dunia jianghu".

"Jianghu?"

"Song Jinglan, jika saya pergi mengembara didunia jianghu, mahukah awak menyertai pengembaraan saya itu? kita akan menunggang kuda bersama sambil menikmati kehidupan. Kemudian kita akan menyamar menggunakan nama yang lain", ujar Lin Feilu dengan penuh semangat.

"Baiklah".

"Kenapa awak selalu menyetujui setiap apa yang saya katakan. Mengapa kamu terlalu baik kepada saya?"

"Kerana awak juga melayani saya dengan baik".

Mendengar jawapan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu tersenyum senang membuatkan dia mengingati novel jianghu yang dibaca olehnya dizaman moden. Setiap watak heroine pasti akan mempunyai seseorang yang sering menenaminya melalui liku liku kehidupan.

"Kalau begitu mari kita berjanji dengan melakukan high five".

"Huh?"

Sambil ketawa, Lin Feilu mengangkat tangan Song Jinglan sambil melakukan gerak tangan high five yang menandakan bahawa perjanjian diantara mereka berdua telah pun  terpateri.

Tidak lama kemudian, Song Jinglan kembali semula ke Cuizhuju. Dalam perjalanan pulang, dia telah bertembung dengan beberapa orang pengawal yang bertugas namun tiada siapa yang dapat menyedari kehadirannya.

Suasana kawasan persekitaran istana Dalin kelihatan sangat megah. Satu ketika dahulu, kerajaan ini pernah dipandang rendah kerana dianggap lemah dan kurang bertamadun tapi sekarang semua itu telah berubah kerana kini kerajaan Song yang telah ketinggalan dari segala aspek.

Sambil tersenyum, dia tekad untuk mengembalikan semula keagungan kerjaan mereka di suatu hari nanti.

Kedatangan Song Jinglan disambut oleh Tiandong dan Ji Liang. Sebaik sahaja melihat kelibat dirinya, Ji Liang segera menyerahkan sepucuk surat dan beredar dari situ tanpa sepatah kata.

"Seni qigong Tuan Ji nampknya semakin hebat. Adakah Tuan Rong sudah membalas surat yang tuanku kirimkan kepadanya tempoh hari?" soal Tiandong ingin tahu.

Namun Song Jinglan tidak membalas pertanyaan itu dan terus membaca surat tersebut. Gaya penulisan yang terdapat didalam surat itu sangat dikenali olehnya.

Tidak lama kemudian, Ji Liang yang telah menghilang sebentar tadi telah kembali semula kedalam ruangan itu, "Rong Yan berkata bahawa orang yang ingin kamu menangkan itu sangat sukar untuk dilakukan. Dia juga akan mencari cara agar dapat mengeluarkannya dari penjara tapi jika rencana ini gagal mungkin kita hanya mampu singkirkannya sahaja!".

"Nampaknya tahun ini, pakcik Ji telah berkerja keras".

"Ianya bukanlah kerja yang berat"

Setelah itu, Song Jinglan membakar surat tersebut. Tiandong merasa bangga dengan pencapaian Tengku Puteranya kerana berjaya menjadikan  Ji Liang seorang pendekar pedang nombor satu sebagai orang suruhannya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Où les histoires vivent. Découvrez maintenant