Chapter 48

76 8 0
                                    

Pada waktu petang, majlis itu pun berakhir. Selepas sambutan ulang tahun ini, Lin Feilu secara rasminya akan dikenali oleh orang ramai

Kini semua orang mengetahui bahawa Puteri Kelima bukan sahaja disayangi oleh Raja tetapi sangat comel.

Lin Di juga telah mengarahkan jabatan teknik dan pembangunan istana untuk merenovasi semula istana Mingyue. Atas permintaan Lin Feilu, sebuah taman kecil akan didirikan didalam istana mereka.

Didalam taman itu juga, Lin Feilu mengarahkan membina dua buah pondok mini untuk dijadikan rumah buat kucing dan arnab peliharaan mereka.

Pembinaan taman tersebut dibina berdasarkan taman miliknya yang terdapat di zaman moden. Tujuannya adalah untuk mengimbau serta mengubat rasa rindu terhadap kehidupan silamnya.

Kucing parsi baru miliknya ini sangat comel dan juga anggun. Ketika dia dan Lin Zhanyuan sedang sibuk membincangkan nama yang sesuai untuk diberikan kepada kucing tersebut tiba tiba Songyu datang dan menjelaskan bahawa pasangan Xiao telah datang berkunjung ke istana mereka untuk bertemu dengan Lan Guiren dan juga dirinya.

Xiao Lan telah menceritakan kepadanya sebelum ini berkenaan keluarga Xiao yang telah membuang mereka semasa Raja mengabaikan ibunya. Memandangkan dia bukanlah cucu sebenar mereka kerana dia adalah Lin Feilu yang berasal dari dunia moden maka dia beranggapan bertemu dengan pasangan tersebut bukanlah satu perkara yang penting.

Semasa jamuan tadi, Xiao Lan telah minum wine dalam jumlah yang agak banyak membuatkan dia kini sedang tertidur pulas didalam penjagaan Qingyan.

Mungkin Xiao Lan sengaja berbuat demikian kerana dia mengetahui bahawa ibu dan ayahnya akan datang bertemu dengan dia untuk memulihkan semula hubungan mereka.

Lin Feilu memberikan isyarat mata kearah Lin Zhanyuan kepada Songyu, dan pembantunya itu segera mengetahui apa yang dimaksudkan olehnya.

Kemudian Songyu menyampaikan kepada sida yang membawa pesanan tersebut untuk menyatakan bahawa Lan Guiren sedang tidur manakala Puteri Kelima pula dijemput ke istana lain, hanya Putera Keenam sahaja yang mempunyai waktu yang terluang untuk bertemu dengan mereka.

Seperti jangkaan Lin Feilu, pasangan Xiao menolak untuk bertemu dengan Putera Keenam yang difikirkan tidak akan membawa manfaat kepada mereka.

Rancangan pasangan Xiao bertemu dengan Xiao Lan adalah untuk meraih simpatinya kerana dia merupakan seorang yang lembut manakala Puteri Kelima pula masih lagi kanak kanak dan mudah untuk dibentuk agar boleh menjalinkan hubungan yang rapat.

Namun bertemu dengan seorang putera yang bodoh, langsung tidak terdapat didalam agenda mereka pada hari ini.

"Saya risau jika Xiao Lan yang tidak mahu bertemu dengan kita", ucap ibu Lan Guiren dengan perlahan kepada ayahnya.

Memandangkan kini mereka berada di istana maka ayah Lan Guiren berusaha untuk mengawal rasa kesalnya.

Setelah itu, kedua dua pasangan tersebut akhirnya beredar meninggalkan istana Mingyue.

Lin Zhanyuan memutuskan untuk menamakan kucing parsi tersebut sebagai Erduo iaitu singkatan untuk telinga pendek kerana anak anjingnya bernama Shenger telinga panjang.

Tanpa bantahan, Lin Feilu segera menyetujui nama yang diberikan oleh  abangnya itu.

"Puteri Kelima, pasangan Xiao adalah ibu dan ayah kandung kepada Lan Guiren. Jika mereka mencanangkan cerita buruk mengenai Lan Guiren dengan orang orang yang berada di luar istana, reputasinya pasti akan menjadi buruk", ucap Songyu dengan agak risau.

"Jangan risau, mereka tidak akan melakukannya", balas Lin Feilu dengan yakin.

Pada waktu ini, keluarga Xiao yang gilakan keuntungan pasti akan menggunakan pelbagai cara untuk mendekati mereka, mereka sama sekali tidak akan memburukkan reputasi ibunya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now