Chapter 20

97 8 0
                                    

"Saya mahu bertemu dengan kakak Sulung, awak kembali semula ke istana Mingyue tanpa perlu menunggu saya", ucap Lin Feilu kepada Qingyan.

Oleh kerana Qingyan mengetahui bahawa Puteri Kelima dan Puteri Sulung mempunyai hubungan yang baik maka dia tidak ragu untuk menuruti arahan tersebut.

Mendekati istana Yaohua, Lin Feilu bertanya kepada penjaga pintu istana tersebut terlebih dahulu sama ada kakaknya berada di dalam atau pun tidak.

"Maafkan saya Puteri Kelima, saya harus memastikannya dengan bertanya ke dalam".

Tidak lama kemudian Gong Ren penjaga pintu istana Yaohua keluar semula lalu menjemput Lin Feilu untuk masuk ke dalam kerana Hui Fei ingin bertemu dengannya.

Istana Yaohua merupakan istana yang tidak ramah, disetiap laluannya ketika bertemu dengan pembantu mahupun sida, semua memandangnya dengan pandangan yang sinis.

Melangkah masuk ke dalam istana Yaohua, Lin Feilu hanya dibenarkan berdiri diluar dewan utama istana tersebut sedangkan Hui Fei duduk santai diatas kerusi kulit sambil ditemani oleh dua orang pembantu didalam dewan.

"Xiaowu memberi salam kepada Hui Fei".

"Adakah kamu Puteri Kelima?"

"Ya".

"Kamu datang kesini kerana ingin bertemu dengan Puteri Sulung?"

"Ya".

"Mengapa awak ingin bertemu dengannya?"

"Xiaowu membuat sesuatu dan ingin memberikan kepada kakak Sulung".

"Awak seorang budak yang baik tapi sekarang Puteri Sulung sedang tidur petang. Kalau begitu, awak tunggu sahaja disini sehingga dia bangun dan awak serahkannya sendiri nanti".

"Baiklah", ucap Lin Feilu sambil tersenyum polos walaupun ketika ini dia sedang berdiri dihalaman yang tidak berbumbung dan salji sedang turun menimpa tubuh kecilnya.

Setelah itu, Hui Fei dan para pembantunya berlalu dari situ, meninggakan Lin Feilu bersendirian.

Setelah ditinggalkan bersendirian, Lin Feilu mengeluh kecil kerana berfikir bahawa Hui Fei bukanlah seorang yang mudah untuk ditangani. Dia memandang hamparan salji yang semakin menebal dihadapan matanya.

Bagi Hui Fei, memandangkan hubungannya dengan Xian Fei rapat maka mereka ditakdirkan untuk menjadi musuh. Diantara isteri ayahnya, Hui Fei adalah wanita pertama yang berjaya mengandung namun pada waktu itu, akibat sebuah kesalahan yang dilakukan oleh Xian Fei tanpa sengaja menyebabkan Hui Fei keguguran.

Semenjak dari itu, mereka berdua berseteru malah yang lebih menyakitkan hati Hui Fei, doktor menyatakan bahawa bayi tersebut merupakan bayi lelaki. Sekiranya ia tidak gugur dan berjaya dilahirkan pasti kini anak Hui Fei telah menjadi Putera Sulung.

Setelah mengalami keguguran, Hui Fei sukar mengandung lagi mujur setelah menerima rawatan akhirnya dia berjaya mengandung semula dan melahirkan Lin Nianzhi.

Jika bukan kerana Xian Fei, tentu ketika ini dia sudah menjadi gundik diraja dengan gelaran Guifei. Dengan kebencian yang mendalam, selama lamanya dia tidak akan memaafkan ibu kepada Putera Keempat itu.

Tapi bagi Lin Feilu kedatangannya ke sini bukanlah untuk mengambil hati Hui Fei kerana dengan perlindungan dari Xian Fei sudah cukup memadai bagi dirinya dan istana Mingyue, dia hanya ingin berkawan rapat dengan Puteri Sulung tanpa melibatkan ibunya.

Menurut Lin Feilu, Hui Fei bukanlah wanita yang bijak kerana dia tetap menghukum dirinya walaupun mengetahui hubungannya dengan Lin Nianzhi rapat. Seolah olah dia sengaja mahu memancing kekesalan anaknya sendiri.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora