Chapter 90

90 10 2
                                    


Tiga hari kemudian, Lin Di akhirnya terbangun dari koma. Namun tepat seperti yang dikatakan oleh doktor, baginda hanya terbaring kaku diatas katil.

Walaupun pemanas ruangan telah dinyalakan dan para pembantu yang berada disitu sudah kepanasan tetapi Lin Di tetap menjerit kesejukan setiap masa.

Atas nasihat doktor yang merawatnya, pihak istana telah mempersiapkan acara pemakaman diraja yang mungkin akan terjadi pada bila bila masa sahaja.

Laporan dari perisik telah menyatakan bahawa utusan dari kerajaan Yong telah pun bertemu dengan Raja Song. Namun mereka tidak mengetahui hasil pertemuan tersebut dan hanya menyatakan bahawa utusan dari kerajaan Yong tersenyum senang sewaktu keluar dari istana.

Turut dilaporkan selepas pertemuan itu, Raja Song telah memanggil ayah saudaranya dan general mereka untuk melakukan perbincangan yang tidak dapat diketahui isinya.

Disebabkan itu, para utusan Dalin bergegas pergi ke bandar Lincheng iaitu ibu kota kerajaan Song bagi menggagalkan rancangan kerajaan Yong.

Malah Xi Xingjiang yang berjaga di kawasan perbatasan lain, diarah pulang ke ibu kota lalu diperintahkan untuk memimpin seramai tiga puluh ribu tentera infantri dan berkuda untuk pergi ke kawasan sempadan diantara Dalin dan kerajaan Song.

Pada ketika ini, utusan kerajaan Yong yang masih menunggu berita baik dari kerajaan Song terkejut apabila mengetahui tindakan Song Jinglan yang memimpin pasukan tenteranya seramai seratus ribu orang menuju ke kawasan perbatasan.

"Apa maksud Raja Song yang sebenarnya?" tanya Putera Ketiga kerajaan Yong yang datang bertemu dengan Rong Yan yang merupakan ayah saudara Song Jinglan sekaligus penggantinya untuk memerintah buat sementara waktu.

Rong Yan memiliki wajah yang tampan meskipun sudah berusia. Walau merasa kesal dengan tindakan kerajaan Yong tapi dia tetap menjawab pertanyaan itu dengan senyuman, "Putera Ketiga, apa yang membuatkan kamu merasa kesal?"

"Apa maksud sebenar Raja Song?"

"Apa yang kamu lihat itulah maksud baginda yang sebenar. Tiada siapa yang boleh mengagak fikirannya dengan tepat".

"Huh?"

Putera Ketiga kerajaan Yong tidak menyangka orang orang yang tinggal di dataran tanah rata mempunyai pemikiran yang licik, tidak seperti mereka yang suka berterus terang.

Dengan pantas, rombongan utusan kerajaan Yong segera kembali semula ke negara mereka bagi melakukan persiapan kerana risau jika Song Jinglan menghapuskan Dalin maka mereka tidak boleh mendapatkan sebarang faedah daripada penyerangan itu. Sedangkan merekalah yang bertanggungjawab meracun Lin Di secara perlahan selama bertahun tahun.

Beberapa hari kemudian, Song Jinglan pun akhirnya tiba di kawasan selatan sungai Huai bersama sama dengan pasukan tenteranya.

Berita itu segera dilaporkan oleh pihak perisik dan jelas sekali peperangan yang dahsyat tidak dapat dielakkan daripada berlaku.

Lin Qing adalah orang yang paling sibuk menguruskan hal negara. Semasa dia sedang berbincang dengan beberapa orang menteri. Lin Qing mendengar derap kaki yang datang secara tergesa gesa kearahnya, dia menyangka pasukan tentera Song telah menyerang kerajaan mereka.

Tapi orang itu melaporkan bahawa ayah mereka telah pun mangkat. Tidak lama kemudian, deringan lonceng sebanyak tujuh kali pun kedengaran dari arah istana.

Lin Di pergi dalam keadaan tidur pada waktu malam.

Tugas Lin Qing menjadi semakin berat. Kematian Raja pada waktu ini membuatkan rakyat merasa risau, cemas dan ketakutan. Sebilangan mereka ada yang telah melarikan diri kerana tidak mahu berhadapan dengan peperangan.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon