Chapter 55

78 7 0
                                    


Ketika Xia Qing membawa Puteri Keenam balik ke istana Linjing, dia turut membawa beberapa buah kotak kecil membuatkan Su Bin merasa hairan.

"Kotak apa tu?"

"Ini adalah hadiah pemberian daripada Maharani kepada Puteri Keenam".

"Kamu kata siapa?" soal Su Bin terkejut.

"Maharani".

Kotak kotak tersebut berisikan barangan berharga seperti rantai emas, gelang jed dan beberapa jenis barangan lagi.

Ketika ini riak wajah Su Bin sangat sukar untuk digambarkan.

Maharani tidak menyukainya kerana semasa Lin Wei masih bayi dia akan menangis sebaik sahaja melihat wajah nendanya itu.

Semenjak daripada itu, Su Bin sudah tidak dibenarkan untuk menghadap Maharani lagi sehinggalah beliau kembali ke gunung Wutai.

Semenjak daripada hari itu, Maharani sudah tidak pernah memanggil Su Bin untuk memberikan salamnya lagi seperti gundik gundik yang lain.

Semasa Maharani datang semula ke istana, Su Bin ingin membawa Lin Wei melawat baginda namun permintaannya untuk menghadap telah ditolak menyebabkan khabar angin tentang dirinya yang tidak disukai oleh Maharani tersebar di istana.

Penolakan Maharani untuk menemuinya mungkin disebabkan baginda masih terasa dengan kelakuan Lin Wei semasa masih bayi. Oleh itu, Su Bin merancang untuk membawa anaknya itu bertemu Maharani jika Lin Wei sudah mampu berfikir, ianya untuk memohon maaf kepada baginda.

"Hari ini adalah hari Putera Keenam  melawat Maharani, maka Putera Keenam membawa Puteri Keenam bersama sama denganya ke istana Yiqing", terang Xia Qing lagi.

Sambil memeluk anaknya, Su Bin berkata, "adakah Wei'er telah bertemu dengan nenda tadi?"

"Ya, nenda memberikan banyak hadiah kepada Weiwei".

"Wei'er tidak takut kepada nenda?"

"Pada mulanya Weiwei takut tapi abang keenam kata nenda tidak garang dan sememangnya nenda seorang yang sangat baik hati".

Disebabkan hal itu, Su Bin memberikan lagi pelbagai jenis hadiah kepada istana Mingyue membuatkan Lin Feilu menjadi semakin bingung.

"Ibu tidak tahu mengapa Su Bin memberikan kita hadiah tapi melalui pengamatan ibu. Su Bin seolah olah memperhatikan Chang er dan arnab peliharaan kamu", ucap Xiao Lan kepada anaknya.

Sebagai orang yang paling rapat dengan Ruan Guifei, sudah pasti Su Bin akan mengenali kedua dua haiwan tersebut.

Jika Su Bin melaporkan hal ini kepada Ruan Guifei pasti ibu kepada Lin Ting akan memberikan mereka pelajaran namun setelah beberapa hari berlalu, Ruan Guifei langsung tidak memberikan mereka sebarang hukuman.

Oleh itu, Lin Feilu menyimpulkan bahawa Su Bin tidak memberitahu perkara itu kepada Ruan Guifei.

Membuatkan Lin Feilu semakin keliru dengan tujuan sebenar Su Bin.

Akhirnya percutian musim panas diraja pun bermula. Setiap tahun Lin Di akan membawa beberapa orang gundik dan anak anaknya untuk pergi bercuti bagi mengelak teriknya musim panas.

Mereka semua akan pergi bercuti ke istana Lanxing yang terletak di pergunungan Taihang. Memandangkan ia terletak di kawasan gunung, istana ini dikelilingi oleh hutan tebal yang mengandungi pelbagai jenis haiwan liar.

Setiap tahun, upacara pemburuan besar besaran akan diadakan disini. Semasa Xiao Lan baru masuk istana dan masih disayangi oleh Lin Di, dia pernah terpilih untuk menyertai percutian musim panas ini. Membuatkan para gundik yang lain merasa cemburu kepadanya pada waktu itu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon