Chapter 63

74 8 0
                                    


Perselihan diantara dua paksi masih berlangsung walaupun enam tahun telah berlalu.

Dalam beberapa tahun ini, Lin Feilu telah membesar menjadi seorang gadis cantik yang berusia tiga belas tahun manakala Lin Wei pula kini berumur sembilan tahun.

Akhirnya kerenggangan hubungan diantara Lin Ting dan Lin Qing juga turut disedari oleh Lin Jingyuan. Dalam tempoh ini, dia telah berusaha untuk menjernihkan hubungan diantara kedua dua mereka namun tidak membuahkan sebarang hasil.

Wajah Lin Ting masih sahaja terlihat lembut dan mendamaikan walaupun kini menjadi semakin pendiam tapi setelah bertahun berlalu Lin Feilu tidak dapat memastikan bahawa adakah dia masih tidak berminat untuk memiliki takhta atau pun sebaliknya.

Manakala Lin Qing masih sahaja seperti dahulu, mempunyai tatapan mata yang tajam dan mendalam.

Walaubagaimanapun, kasih sayang mereka berdua langsung tidak pernah berubah terhadap Lin Feilu.

Sama seperti dahulu, Lin Ting akan memberikan istana Mingyue haiwan haiwan kecil yang comel untuk dibesarkan. Kadang kala dia akan datang, menghabiskan waktunya di pondok haiwan yang terdapat disana.

Hanya ketika dia berada disamping haiwan haiwan tersebut barulah dia akan tersenyum dengan tulus.

Manakala Lin Feilu akan bertemu dengan Lin Qing dan menghabiskan waktu bersama sama jika dia mempunyai permainan atau gajet baru untuk diperkenalkan kepada abangnya itu seperti bermain layang layang dan pelbagai lagi.

Lin Feilu hanya mampu berharap bahawa kedua dua abangnya boleh melalui kehidupan yang gembira walaupun sedang melalui proses yang menyakitkan.

"Apa hebatnya menjadi seorang Raja yang memerintah? Ia adalah memikul sebuah tanggungjawab yang berat dan melelahkan. Malah jika saya diberi oleh ayah untuk menggantikannya, saya pasti akan menolak!"

"Dunia ini akan menjadi aman damai jika semua orang berfikiran seperti abang Jingyuan".

Perkataannya itu hanya mampu diluahkan dihadapan Xiaowu sahaja kerana jika Xian Fei mengetahuinya, Lin Jingyuan pasti akan dihukum oleh ibunya dengan hukuman tahanan kediaman selama setengah bulan seperti yang pernah berlaku.

Sejak setahun yang lalu, Lin Ting telah mendapat gelar iaitu sebagai Raja Qi dan mendirikan sebuah kediaman di luar istana kerana dia telah mencapai had umur. Manakala sebagai seorang Putera Mahkota, walaupun tahun ini Lin Qing juga telah cukup umur namun dia tetap tinggal di istana Timur miliknya.
Kedua dua mereka juga tidak perlu lagi menghadirkan diri ke Taixue menyebabkan pertemuan diantara mereka berkurang semakin hari.

Ketika kediaman Qi sedang dibina, Lin Feilu menyangka abangnya itu akan mendirikan sebuah taman haiwan kerana kini dia sudah tidak tinggal bersama dengan Ruan Guifei namun sangkaannya itu meleset sama sekali disebabkan tidak ada seekor haiwan pun berada disana.

Malah ketika Lin Feilu ingin menghadiahkannya dengan beberapa ekor haiwan kecil yang comel, Lin Ting juga telah menolaknya. Membuatkan dia berfikir, adakah abangnya itu benar benar telah berubah?

Perubahan Lin Ting membuatkan Lin Feilu merasa sedih dan khuatir dengan masa depan abang sulungnya ini.

Berlainan pula dengan Lin Jingyuan yang akan mencapai had umur pada tahun ini. Dia dengan teruja mengajak Xiaowu untuk berjalan ke luar istana melihat sendiri perkembangan kediamannya yang kini sedang didirikan.

Menurut blueprint yang ditunjukkan kepadanya oleh Lin Jingyuan, Lin Feilu berpendapat bahawa abang keempatnya ini bukannya mendirikan sebuah kediaman tetapi sebuah taman hiburan.

Setelah itu, Lin Feilu meminta keizinan daripada Lin Jingyuan untuk bertemu dengan Lin Nianzhi yang kini sudah pun berkhawin dengan Du Jingruo dan tinggal di kediaman Du.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now