Chapter 3

154 9 0
                                    


Ibu Lin Feilu menjerit ketika melihat anaknya pengsan setelah disebat dua kali menggunakan rotan. Sebenarnya Xu Cairen merasa takut namun cuba berlagak tenang, membersihkan roh jahat dari diri puteri kecil itu digunakannya sebagai alasan sahaja semata mata untuk menyakitkan mereka setelah mengambil bahan bahan mentah dengan kuantiti yang banyak tidak memancing kemarahan Xiao Lan ( nama sebenar Lan Guiren ibu kepada Lin Feilu ) jadi ini adalah cara yang terbaik yang mampu difikirkan olehnya.

Malah kedua dua sami tersebut juga mula merasa takut jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Lin Feilu, kerana walau bagaimanapun juga dia tetaplah seorang puteri diraja.

"Nampaknya roh jahat telah pun disingkirkan, nanti setelah Puteri Kelima terjaga pasti jiwanya akan kembali menjadi suci", ucap Xu Cairen sebelum berlalu dari situ dengan tergesa gesa bersama sama pengikutnya.

Sesampai sahaja dibilik, Lin Feilu segera membuka matanya perlahan lahan sambil memanggil ibunya dengan lemah.

Ketika ini Xiao lan merasa sangat sedih kerana tidak mampu melindungi keselamatan anaknya sehingga membuatkan sesiapa sahaja boleh membuli mereka dengan sesuka hati.

Malah doktor istana yang dijemput oleh Yunyou untuk merawat Lin Feilu  juga merasa tindakan Xu Cairen adalah keterlaluan namun tidak berani mengulas dengan panjang dan hanya memberikan perawatan sewajarnya sambil berpesan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Xiao Lan menangis lagi apabila mengingati pesanan doktor istana yang menyuruhnya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat buat Lin Feilu.

Melihat ibunya menangis Lin Zhanyuan juga turut  menangis membuatkan Lin Feilu menjadi semakin pening.

Sikap ibunya mengingatkan dia dengan kawan sekolahnya di kehidupan yang lampau. Sahabatnya itu seorang yang baik hati tapi lemah dan mudah ditindas, jika dibuli bukannya melawan tapi hanya mampu bersabar dan menangis seorang diri didalam bilik selama beberapa hari.

Sebenarnya Lin Feilu paling tidak suka dengan sikap orang yang sebegini, yang tidak berani mempertahankan harga diri sendiri. Selalunya dia yang akan maju mempertahankan rakannya itu dan membalas balik perbuatan mereka. Setiap apa yang dilakukan harus dibayar setimpal dengan harganya.

Orang seperti ibunya adalah tipikal manusia yang cintakan keamanan namun sampai bila semua ini harus dibiarkan berlaku? Dia bertekad untuk mengubah nasib mereka..

"Ibu, mengapa ayah tidak sukakan kita?'

"Sebab ayah tidak menyukai ibu dan kamu berdua sebagai anak ibu terpaksa menjadi mangsanya".

"Tapi ibu lebih cantik daripada Jingbing, mengapa ayah menyukainya?"

Xiao Lan terdiam mendengar soalan anaknya itu, mungkin kerana selalu ditindas mengakibatkan anak sekecilnya boleh berfikir sejauh itu. "Sepatutnya ibu tak perlu menceritakan hal ini tapi Lu'er sudah besar dan faham, maka ibu akan beritahu. Sebenarnya ibu tidak ingin masuk ke istana dan menjadi gundik diraja tapi apa daya ibu menolak titah. Selepas masuk ke istana ibu selalu sakit dan tidak mesra membuatkan ayah kamu merasa bosan.

Tapi selepas melahirkan abang kamu dan melihat dia membesar menjadi kanak kanak istimewa, Raja tidak menerimanya dan menyalahkan ibu atas apa yang berlaku. Ketika itu ibu tengah mengandungkan awak, namun ayah tidak mahu melawat kamu kerana dia beranggapan bahwa jika yang pertama bodoh pasti yang kedua juga akan bodoh! Seiring waktu berjalan akhirnya kita bertiga dilupakan, lalu diabaikan. Malah keluarga ibu juga memutuskan hubungan dengan kita kerana takut akan memberi impak yang buruk kepada mereka".

Sambil bercerita ibunya menangis, mengenang akan nasib dirinya dan ketika ini Lin Feilu mengerti mengapa ibunya sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku kerana semua itu dilakukan untuk kepentingan diri mereka dua beradik.

Oleh kerana Lin Feilu sudah bertekad untuk mengubah hidup mereka dia akan mencari jalan yang terbaik. Buat masa sekarang adalah perkara yang mustahil untuk dirinya mendekati Raja tapi dia akan mendekati orang lain yang juga mempunyai kuasa untuk bersuara di istana ini antaranya ialah anak anak ayahnya yang lain.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now