Chapter 98

68 7 0
                                    


Salah satu panduan hidup Lin Feilu untuk terus bertahan dengan tenang ialah harus mendapatkan ramai sahabat, menukarkan lawan menjadi kawan!

Itu adalah strategi yang digunakan olehnya kepada Maharani, potensi musuh ditukar menjadi teman.

Setelah mendengar penerangan Tingchun dan Shixia mengenai kehidupan Maharani maka dia menyimpulkan bahawa Maharani kekurangan kasih sayang dan perhatian dari anaknya sendiri. Oleh itu, dia akan menjadi jambatan untuk memulihkan semula hubungan yang renggang tersebut.

Bagi Maharani, Puteri Yong'an adalah medium yang tepat untuknya memahami masa kecil anaknya sewaktu berada di Dalin. Lagi pula Puteri Yong'an merupakan seorang yang polos dan tidak tinggi diri, mendekatkan diri dengan puteri tersebut boleh menjernihkan hubungan Maharani dengan anaknya sendiri.

Ketika Lin Feilu meninggalkan istana Maharani, dia membawa bersama seutas gelang tangan batu jed ais pemberian khas dari ibu Song Jinglan itu.

Gelang tangan batu jed ais itu memiliki tekstur yang istimewa kerana semasa digunakan pada musim panas ia akan memberikan kesegaran kepada pemakainya untuk terhindar dari sengatan musim panas.

Ia akan membuatkan pemakainya merasa selesa.

"Puteri Yong'an, adakah Maharani membuli awak?" soal Shixia kerana melihat mata Lin Feilu kemerahan.

"Tiada siapa yang membuli saya, Maharani melayan saya dengan sangat baik".

Tingchun agak terkejut apabila melihat Puteri Yong'an memakai gelang tangan batu jed ais kerana dia mengetahui itu adalah antara harta berharga Maharani. Ini bermaksud, Maharani sememangnya menyukai Puteri Yong'an dengan sepenuh hati.

Ketika mereka meninggalkan istana Chonghua, matahari sangat terik diatas kepala masing masing. Namun sekumpulan orang sedang menunggu Lin Feilu dibawah sebuah pokok yang berhampiran sambil menyediakan sebuah tandu untuk memudahkanya berjalan.

Kumpulan tersebut diketuai oleh sida Sun Jiang, melihat kehadiran Lin Feilu mereka dengan segera memberi salam hormat.

"Apakah kamu semua sedang menunggu saya?"

"Ya, kami diperintahkan oleh Yang Mulia untuk menunggu dan menghantar Puteri Yong'an kembali semula".

Tanpa membuang masa, Lin Feilu segera menaiki tandu yang telah disediakan itu.

"Adakah Yang Mulia masih sibuk dengan tugasannya?"

"Ya, mungkin Yang Mulia akan sibuk sehingga tengah hari. Adakah Puteri Yong'an mahu pergi ke istana Lin'an untuk menikmati makan malam bersama sama dengan tuanku?"

"Ya, saya mahu pergi kesana", ucap Lin Feilu setelah berfikir sejenak.

Semasa menunggu Song Jinglan menghabiskan kerjanya, Lin Feilu telah terlelap kerana keletihan.

Pada waktu ini, kementerian adat istiadat kerajaan Song iaitu Menteri Shang Shu sedang mengumumkan pernikahan dan pertabalan Puteri Yong'an sebagai Permaisuri. Walaupun para menteri yang lainnya merasa tidak puas hati dengan perkhabaran tersebut tetapi tiada siapa yang berani meningkah keputusan itu.

Setelah itu, Song Jinglan pergi ke ruangannya dan dia disambut oleh sida Sun Jiang yang menyatakan bahawa Puteri Yong'an sedang menunggunya sehingga dia tertidur.

Lin Feilu tidur berseorangan dan tidak ditemani oleh seorang pun pembantu kerana sedari kecil lagi dia tidak suka dijaga ketika sedang tidur.

Song Jinglan mendekatinya perlahan lahan kerana risau gadis itu akan tersedar dari tidurnya yang lena.

Beberapa waktu kemudian, Lin Feilu akhirnya terbangun dari tidur dan mendapati Song Jinglan sedang terbaring disebelahnya sambil tersenyum kecil.

"Song Jinglan, apa yang awak buat disini?"

"Saya sedang menjaga awak tidur".

"Tapi saya tidak dapat tidur dengan nyenyak".

"Kalau begitu mari bangun dan makan", balas Song Jinglan ketawa.

"Tapi saya tidak lapar. Tadi saya pergi bertemu dengan ibu awak dan dia memberikan saya gelang tangan batu jed ais ini"

"Mmm"

"Kamu tidak suka saya pergi bertemu dengannya?"

"Tidak, selagi dia tidak mencederakan awak, itu tidak akan menjadi masalah kepada saya".

Lin Feilu tersenyum mendengar jawapan Song Jinglan.

"Apakah kamu membenci saya yang kejam ini?"

Sebelum ini, Song Jinglan telah membunuh ayah serta saudaranya yang lain dan kini dia juga tidak menyukai ibu kandungnya sendiri. Perbuatannya yang dingin, sangat jauh berbeza dengan personaliti Lin Feilu yang baik hati. Mungkin dimasa hadapan, namanya akan tercatat didalam buku sejarah sebagai seorang Raja yang tidak berhati perut.

Namun dia tidak peduli akan semua itu, apa yang dia mahukan hanyalah pandangan gadis ini terhadap dirinya.

"Saya tidak salahkan dan bencikan awak kerana saya tahu awak pasti mempunyai kesukaran yang tersendiri!"

Hidup Song Jinglan tidak mudah sama ada ketika berada di Dalin mahupun semasa berada di kerajaan Song.

Song Jinglan tergamam dan merasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Lin Feilu kepada dirinya. Lalu perlahan lahan dia mengucup kening gadis kesayangannya itu.

Kemudian ciuman itu berlanjutan sehingga ke bibir Lin Feilu.

Song Jinglan akan bertukar menjadi seorang yang lembut hanya ketika bersama Lin Feilu.

Apabila Song Jinglan seolah olah hilang kawalan terhadap dirinya sendiri, Lin Feilu segera menghentikan tindakan pemuda tersebut.

"Jangan..jangan..bukan sekarang!"

Melihat penolakan yang diberikan oleh Lin Feilu, Song Jinglan segera menghentikan segala tindakannya lalu mengajak Lin Feilu untuk bangun dan makan bersama.

Song Jinglan mempunyai kawalan diri yang sangat baik kerana boleh dihentikan pada bila bila masa sahaja.

"Song Jinglan..kamu..kamu..".

"Sudahlah..mari kita makan", balas Song Jinglan sambil ketawa".

Ketika ini, wajah Lin Feilu kemerahan kerana menahan malu.

"Awak jangan menggoda saya lagi"

"Bila masa saya menggoda awak?"

"Jadilah orang yang baik kerana saya mahu memberikan kamu pernikahan yang lengkap tanpa cacat cela".

Kemudian mereka berdua meninggalkan tempat itu untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Semasa sedang makan, mereka menerima laporan yang menyatakan tarikh pernikahan telah pun ditetapan iaitu pada hari ketujuh bulan hadapan.

Ini bererti Lin Feilu hanya ada masa sebulan sahaja lagi untuk dia mempersiapkan diri menjadi isteri Song Jinglan sekaligus bakal bergelar Permaisuri kerajaan Song.

"Bulan hadapan?"

"Yang Mulia, tarikh tersebut merupakan tarikh yang sangat bertuah untuk tuanku dan pasangan".

"Baiklah, beta setuju".

Semakin dekat hari pernikahan, keadaan istana semakin sibuk dengan persiapan.

Para petugas yang berkenaan mula tidak menang tangan menguruskan persiapan perkhawinan tersebut.

Sebagai bakal pengantin, Lin Feilu juga merasa gugup kerana ini adalah kali pertama dia akan melangsungkan pernikahan.

Walaubagaimanapun, dia juga tidak sabar untuk menanti kedatangan hari tersebut, kerana dia akan menjadi isteri yang sah kepada Song Jinglan.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now