Chapter 99

79 7 1
                                    


Sewaktu melihat pernikahan diantara Lin Qing dan Si Mioaran, Lin Feilu merasa letih dan lelah dengan pelbagai upacara yang harus dilalui oleh pasangan pengantin diraja itu.

Tanpa diduga, hari ini dia pula yang akan mengharunginya.

Lin Feilu merasakan jubah Permaisuri yang bermotifkan burung phoenix itu sangat berat walaupun biro jahitan dan sulaman telah menjahitnya dengan sesederhana yang mungkin atas arahan dari Song Jinglan.

Hari tersebut, dia bangun lebih awal daripada hari sebelumnya untuk menyiapkan diri bagi mengharungi hari yang akan melelahkan dirinya.

Barisan para menteri dan pegawai kerajaan sedang beratur mengikut gelar dan pangkat masing masing bagi menyaksikan hari bersejarah tersebut.

Sebaik sahaja upacara bermula, Lin Feilu berjalan dengan penuh yakin disepanjang laluan yang telah ditetapkan.

Jubah Permaisurinya terbentang panjang dibelakang memperlihatkan seekor burung phoenix putih sedang terbang berkilau apabila terpancar sinaran matahari kerana ia diperbuat daripada benang sutera emas.

Sepanjang acara tersebut, senyuman manis tidak lekang dari wajah Song Jinglan.

Seterusnya, acara berlangsung dengan memberi penghormatan kepada nenek moyang dan ucapan tahniah daripada Maharani dan ratusan menteri serta pegawai kerajaan Song.

Lin Feilu mula merasa letih disebabkan oleh cuaca yang panas. Walaubagaimanapun, dia cuba bersikap setenang yang mungkin untuk menjaga harga dirinya sebagai seorang Permaisuri.

Semasa hendak menuruni tangga, kaki Lin Feilu mula melemah namun tubuhnya dengan cepat dipapah oleh Song Jinglan.

"Kamu boleh berjalan?"

"Saya merasa sangat letih dan kaki saya juga sakit kerana berdiri terlalu lama dengan menggunakan busana yang berat", balas Lin Feilu perlahan.

Serta merta Song Jinglan segera mendukung isterinya dihadapan semua orang tanpa rasa segan.

Lin Feilu segera memegang mahkota yang berada diatas kepalanya kerana takut terjatuh.

"Apa yang kamu lakukan, cepat turunkan saya!"

Namun Song Jinglan tidak mengendahkan bantahan isterinya itu dan terus mendukungnya sambil berjalan.

"Jubah dan mahkota ini sangat berat!"

Barisan para menteri terkejut dengan tindakan Song Jinglan lalu segelintir dari mereka ada yang memberanikan diri untuk menegur perbuatan tersebut, "Yang Mulia, tindakan awak ini nampaknya kurang sesuai untuk dilakukan".

"Mengapa pula, cuba beritahu beta aturan apa yang telah beta langgar?"

Serta merta suasana persekitaran tiba  tiba bertukar menjadi hening dengan soalan yang diutarakan oleh Song Jinglan itu.

Setelah itu, tiada siapa lagi yang berani meningkah perbuatan yang dilakukan oleh Song Jinglan semasa upacara sedang berlangsung.

Song Jinglan menghantar Lin Feilu terus ke istana Lin'an miliknya.

Sedangkan mengikut peraturan dan adat kerajaan Song yang sebenar. Seseorang yang berkhawin dengan Raja seharusnya pergi ke istananya sendiri dan menunggu Raja memilih plat namanya untuk melayan baginda. Namun kedudukan Lin Feilu sangat istimewa dihati Song Jinglan sehingga dia mengabaikan adat dan peraturan tersebut.

Istana Lin'an yang dulunya kelihatan suram dan menakutkan kini telah berubah wajah dengan kedatangan seorang Permaisuri.

Melangkah masuk kedalam bilik, Lin Feilu segera melepaskan jubah panjang dan mahkota berat yang berada diatas kepalanya lalu tanpa membuang masa dia segera baring diatas katil untuk menghilangkan rasa penatnya.

Shixia segera menyediakan makanan buat Lin Feilu kerana takut jika wanita itu tertidur tanpa mencicipi sebarang hidangan untuk mengalas perut.

Pada waktu malam, Lin Feilu sekali lagi harus menyarungkan semula jubah diraja miliknya kerana akan menghadiri jamuan malam.

Setelah semuanya selesai, Lin Feilu merasa tersangat letih, tidak lama kemudian Song Jinglan turut datang menemaninya.

Memandangkan hari sudah lewat malam, Lin Feilu sudah tidak sabar untuk tidur bagi merehatkan dirinya setelah melalui satu hari yang sangat meletihkan.

Song Jinglan pula memilih untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu dan terkejut melihat isterinya yang sedang tertidur pulas tidak sedarkan diri tanpa melepaskan jubah yang dipakai olehnya.

Jubah phoenix itu berwarna cerah dan mempunyai tekstur kain yang lembut. Apabila terkena sinaran cahaya lilin ia menghasilkan pemandangan yang indah semasa dipadankan dengan cadar berwarna merah serta rambut hitam berkilat milik Lin Feilu.

Song Jinglan terus menikmati pemandangan tersebut. Seketika kemudian, dia tersenyum dan cuba menolong isterinya untuk menanggalkan jubah itu.

"Saya sangat mengantuk", ucap Lin Feilu tiba tiba.

Lalu Lin Feilu memeluk tubuh Song Jinglan dengan erat dan melihat segala tindakan yang dilakukan oleh suaminya itu yang sedang memadamkan lilin dan menurunkan tirai katil.

Kemudian Song Jinglan mengucup dahi Lin Feilu dan Lin Feilu menunggu dengan tenang pelakuan seterusnya yang akan dibuat olehnya.

Tapi setelah menunggu beberapa waktu, Song Jinglan langsung tidak mengambil sebarang tindakan malah dia juga turut tertidur disisi isterinya.

"Song Jinglan, kamu sudah tidur?"

"Huh?"

"Song Jinglan, malam pengantin apa yang kamu berikan kepada saya?" ucap Lin Feilu marah lalu dia melepaskan pelukan Song Jinglan dari tubuhnya.

"Bukankah kamu letih?"

"Tapi..tapi.."

"Huh?"

Serta merta senyuman Song Jinglan menjadi lebih bahaya.

"Saya memang letih tapi saya.."

Song Jinglan menyipitkan matanya memandang Lin Feilu dan mula merapatkan kedudukan mereka berdua.

Lin Feilu mula merasa tidak sedap hati dengan perlakukan Song Jinglan yang tiba tiba berubah lalu dia cuba untuk melarikan diri dari situ.

"Kemana awak mahu pergi?" soal Song Jinglan sambil menahan kaki Lin Feilu dari bergerak.

Kaki yang putih dihiasi dengan gelang  kaki burung phoenix berwarna merah menambahkan lagi keindahan gadis itu.

Lin Feilu cuba untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya.

"Apakah kamu masih merasa letih?" tanya Song Jinglan sambil membelai lembut rambut Lin Feilu.

"Saya sudah tidak merasa letih lagi.

Lalu Song Jinglan mula memperhatikan wajah Lin Feilu dengan lebih jelas dan mencium bibirnya sehingga Lin Feilu menutup matanya.

"Puteri Kelima, adakah kamu menyukai saya?"

"Saya..mmm.."

"Adakah kamu menyukai saya?"

"Saya.."

"Siapakah orang yang kamu sukai?"

"Song Jinglan, saya sangat menyukai kamu dengan sepenuh hati saya".

"Siapakah kamu yang awak maksudkan itu?"

"Saya sangat menyukai awak Yang Mulia, awak adalah Song Jinglan, suami yang saya nikahi!"

Nampaknya Song Jinglan sangat menyukai permainan tanya dan jawab itu kerana sepanjang malam dia hanya mengulang ulang pertanyaan tersebut tanpa henti.

Panggilan suami dari Lin Feilu memberikan dia sejuta semangat untuk melayari bahtera mereka pada malam itu.

Sehingga Lin Feilu benar benar keletihan tidak berdaya.

"Disepanjang kehidupan ini dan hayat  yang selanjutnya, kamu hanya boleh menjadi milik saya sahaja".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now